quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Wolves Wolves 1
Man City 1

LEVELLER: Aymeric Laporte celebrates his goal with Raheem Sterling

LEVELLER: Aymeric Laporte celebrates his goal with Raheem Sterling

Liga Perdana Inggeris (EPL) Molineux Stadium Att:31322 Sabtu, 25 Ogos 2018 12:30:00 PTG

Wolves

1

Boly 57'

1 - 1

Manchester City

1

Laporte 69'

Pengadil
Martin Atkinson
Sorotan perlawanan

Wolves:

  • dos Santos Patrício
  • Coady
  • Bennett
  • Boly
  • Doherty
  • Castro Otto Silva Nascimento Vinagre 85’
  • Santos Moutinho
  • da Silva Neves
  • Jiménez
  • Teixeira da Silva
  • Sousa de Azevedo e Costa Traoré 72’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bonatini Lohner Maia, Saïss, Gibbs-White, Hause, Ruddy

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Kompany
  • Mendy
  • Laporte
  • Luiz Rosa
  • Silva
  • Gündogan Sané 77’
  • Sterling Mahrez 85’
  • Agüero
  • Veiga de Carvalho e Silva de Jesus 62’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Otamendi, Muric, Delph, Stones

City terpaksa mengejar dari belakang untuk membawa pulang satu mata dari Stadium Molieux selepas diikat seri 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Liverpool 3 +7 9
2 Tottenham Hotspur 3 +6 9
3 Chelsea 3 +5 9
4 Watford 3 +5 9

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola turun dengan sasaran meneruskan momentum kemenangan selepas menang 2-0 di Arsenal dan 6-1 ke atas Huddersfield.

City mencipta beberapa peluang pada 15 minit pertama perlawanan termasuk oleh Rahem Sterling namun hantaran akhirnya dipotong pertahanan Wolves.

BY THE RIGHT: Raheem Sterling fizzes in a shot on the Wolves goal but is denied by Patricio's wonder save

Kemudian bola cantik Benjamin Mendy cuba ditanduk hantaran Sergio Aguero menemui Ilkay Gundogan namun penyudahannya mudah dijinakkan Rui Patricio.

Wolves yang menguasai posesi 30% berbanding 70% oleh City tidak gentar melakukan siri serangan ke gawang Ederson sehinggalah Jimenez meledak gol melepasi Ederson, namun ia dibatalkan pengadil kerana di posisi ofsaid.

Sejurus kemudian Aguero merembat kencang ke gawang Wolves namun ia terkena tiang sebelum tendangan Sterling dapat diselamatkan Patricio dengan lompatan dan tepisan hujung jarinya.

NOT THIS TIME: Sergio Aguero is denied as City turn up the pressure

Pasukan tuan rumah hampir mendahului perlawanan sebelum masa rehat oleh percubaan Helder Costa namun berjaya diselamatkan Ederson untuk mengakhiri babak pertama tanpa jaringan.

Sekembai di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling serang menyerang dengan City kerap kehilangan bola dengan mudah.

Ia akhirnya membawa padah apabila pada minit ke-57 hantaran silang Joao Moutinho terkena lengan Willy Boly sebelum ia masuk melepasi Ederson.

CONTROVERSIAL CALL: Willy Boly stoops to open the scoring for Wolves but replays showed the ball went in off his hand

Tayangan semula jelas menunjukkan bola terkena lengan dan sudah di posisi ofsaid, namun pengadil Martin Atkinson mengatakan ia gol.

Dengan ketinggalan satu gol, City cuba serta merta memburu gol penyamaan dan peluang terhidang apabila David Silva jelas ditolak jatuh oleh pertahanan Wolves dalam petak penalti namun tidak diendahkan pengadil.

Gol penyamaan tiba pada minit ke-69 apabila sepakan percuma Gundogan berjaya ditanduk masuk Aymeric Laporte untuk gol debutnya buat City.

HEAD BOY: Aymeric Laporte powers home City's equaliser

Pasukan Pep Guardiola hampir menemui gol kemenangan melalui hantaran Mendy yang cuba ditendang masuk Gabriel Jesus namun sekali lagi ia diselamatkan oleh penjaga gol asal Portugal, Patricio.

Ia diikuti percubaan Jota yang melepasi palang sebelum sepakan percuma Aguero terkena palang di minit akhir perlawanan untuk membawa kedudukan muktamad 1-1.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Newcastle United di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 1 September jam 5.30 petang bersamaan 12.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami percayakan para penjaga gol muda kami

Berita Pasukan Utama

Bernardo: Rasa serasi kunci prestasi mantap

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Aguero antara terbaik dunia