quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 6
Huddersfield 1

AT THE DOUBLE: Sergio Aguero wheels away, having bagged the rebound after Ben Hamer spilled Benjamin Mendy's cross

AT THE DOUBLE: Sergio Aguero wheels away, having bagged the rebound after Ben Hamer spilled Benjamin Mendy's cross

Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad, 19 Ogos 2018 12:30:00 PTG

Manchester City

6

Aguero 25', 35', 75'

Jesus 31'

D Silva 48'

Kongolo 84'

6 - 1

Huddersfield Town

1

Stankovic 42'

Pengadil
Andre Marriner
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Ederson
  • Mendy
  • Kompany
  • Laporte
  • Stones
  • Fernandinho
  • Gundogan Foden 82’
  • Bernardo
  • Silva Mahrez 64’
  • Jesus
  • Aguero Sane 76’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Walker, Sterling, Otamendi

Huddersfield Town:

  • Hamer
  • Smith
  • Kongolo
  • Lowe
  • Schindler
  • Billing
  • Hadergjonaj
  • Stankovic
  • Mounie Sobhi 84’
  • Pritchard Diakhaby 61’
  • Sabri Delpoitre 46’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Lossl, Van La Parra, Mbenza, Wiliams

City melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan besar 6-1 ke atas Huddersfield Town di Stadium Etihad, petang Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 2 +7 6
2 Liverpool 2 +6 6
3 Chelsea 2 +4 6
4 Watford 2 +4 6

Apa yang telah berlaku?

Selepas memulakan kempen 2018/19 dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal di Stadium Emirates minggu lalu, pasukan Pep Guardiola beraksi di laman sendiri buat pertama kali pertama musim ini menghadapi Terriers dengan pertemuan kali terakhir bulan Mei lalu kedua-dua pasukan telah diikat seri tanpa jaringan.

HOME, SWEET HOME: Stepping out into the home of the Champions

David Silva kembali beraksi selepas direhatkan dalam perlawanan pembuka berikutan kecederaan kaki selepas mengumumkan persaraan di arena antarabangsa minggu lalu dengan turut membawa anak lelakinya, Mateo hadir sama yang bertarung nyawa selepas lahir pramatang, untuk penampilan ke-250 Liga Perdana.

LITTLE BOY BLUE: David Silva cradles his son Mateo before kick-off

City terpaksa bersabar untuk membuka jaringan dengan sebahagian besar pemain pelawat berkubu di petak penalti sehinggalah pada minit ke-25 apabila bola panjang Ederson Moraes diambil Sergio Aguero lalu digeleceknya sebelum meledak gol pembuka melepasi Ben Hammer.

CHEEKY CHIP: Sergio Aguero opens the scoring with a glorious clipped finish over Ben Hamer

Ederson menjadi penjaga gawang pertama City melakukan bantuan jaringan dan yang pertama musim ini oleh mana-mana penjaga gol dalam Liga Perdana Inggeris.

HE'S A KEEPER: Fernandinho congratulates Ederson on his outrageous assist - City's first created by a goalkeeper in the Premier League!

Enam minit kemudian, Gabriel Jesus menambah gol kedua dari hantaran Benjamin Mendy dengan menerobos masuk sudut bawah gawang Hammer.

ALO MAE: The famous celebration!

Ia jelas tidak berhenti di situ apabila pada minit ke-35 Aguero menyudahi hantaran silang Mendy untuk menjadikan kedudukan 3-0.

MERCI, MENDY!: Sergio Aguero thanks Benjamin Mendy for his assist, having completed his hat-trick with a glorious flick

Namun dua minit sebelum masa rehat Terriers mengurangkan defisit gol kepada 3-1 apabila balingan bola Billing diambil oleh Mounie yang kemudia dirembat masuk Stankovic dari jarak dekat.

Sekembali di babak kedua, hanya tiga minit selepas perlawanan disambung, David Silva membawa City mendahului kembali dengan kelebihan tiga gol melalui sepakan percuma yang pertama buatnya dalam Liga Perdana Inggeris, dari 49 gol dihasilkan sehingga kini dalam saingan liga.

GOLDEN SILVA: El Mago celebrates by showing of his inkwork

Aguero hampir mencatat hatrik dengan beberapa percubaan namun gagal mengena sasaran sebelum pada minit ke-75 beliau menyempurnakan hantaran lintang Mendy melalui kuisan kaki belakang untuk jaringan hatrik ke-13 buat City dan ke-9 dalam Liga Perdana Inggeris, kurang dua dari rekod liga yang dipegang oleh Alan Shearer (11).

SIX AND THE CITY: An own-goal through Terence Kongolo completes the rout!

Leroy Sane yang diturunkan menggantikan Aguero hampir menambah gol keenam namun dapat diselamatkan Hammer sebelum percubaan keduanya cuba dihadang Kongolo namun ia meluru masuk gol sendiri untuk memberi kemenangan bergaya 6-1 buat City.

Pemain Terbaik Perlawanan: Sergio Aguero

Aguero membuka akaun gol di musim baru 2018/19 dengan tiga gol menjadikan gol keseluruhannya buat City 204 gol di penampilan ke-295 buat kelab di kesemua kejuaraan.

TREBLE: Three is the magic number!

Apa seterusnya?

City akan bertandang di Stadium Molineux berhadapan pasukan yang baru dipromosi ke Liga Perdana, Wolverhampton Wanderers pada hari Sabtu, 25 Ogos dengan perlawanan bermula jam 12.30 tengahari UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan cari solusi ketiadaan De Bruyne

Berita Pasukan Utama

Perkembangan kecederaan De Bruyne

Berita Pasukan Utama

Kevin de Bruyne: Laporan Kecederaan