quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Chelsea 0
Man City 2

WHAT A FEELING: City lift the trophy

WHAT A FEELING: City lift the trophy

Perisai Komuniti Wembley Stadium Ahad, 5 Ogos 2018 2:00:00 PTG

Chelsea

0
0 - 2

Manchester City

2

Agüero 13', 58'

Pengadil
Jonathan Moss
Sorotan perlawanan

Chelsea:

  • Caballero
  • Alonso
  • Luiz Moreira Marinho
  • Rüdiger
  • Azpilicueta
  • Frello Filho
  • Barkley
  • Fàbregas Drinkwater 60’
  • Rodríguez Ledesma Moses 79’
  • Morata Abraham 69’
  • Hudson-Odoi Borges Da Silva 59’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bulka, Christensen, Zappacosta

Manchester City:

  • Bravo
  • Laporte Otamendi 87’
  • Stones Gomes 95’
  • Mendy
  • Walker
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Luiz Rosa
  • Foden Diaz 76’
  • Sané Gündogan 45’
  • Mahrez de Jesus 68’
  • Agüero Kompany 80’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Santana de Moraes

Sergio Aguero menjaringkan dua gol untuk mencecah 201 gol buat Manchester City mengalahkan Chelsea 2-0 dalam perlawanan ‘Community Shield’ di Wembley.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola menamakan kesebelasan utama yang mantap termasuk dibarisi enam bintang City yang baru kembali dari rehat Piala Dunia di Russia iaitu Sergio Aguero, Nicolas Otamendi, Kyle Walker, John Stones, Bernardo Silva dan Benjamin Mendy.

Ia pertemuan pertama Pep dengan Chelsea di bawah pengurus baru mereka, mantan ketua jurulatih Napoli, Maurizio Sarri yang mengambil alih jawatan dari rakan senegaranya, Antonio Conte.

Dengan musim baru 2018/19 Liga Perdana Inggeris hanya seminggu sahaja lagi akan bermula, para pemain menunjukkan betapa mereka begitu bersemangat untuk mengekalkan kejuaraan liga dengan perlawanan pembuka musim menentang Arsenal menanti Ahad depan di Stadium Emirates.

SILVA SALVO: Bernardo Silva, who produced an excellent individual display, looks to cause Chelsea yet more problems

City bermula dengan meyakinkan seawal minit ke-2 perlawanan dengan percubaan Riyad Mahrez, namun ia dihadang pertahanan Chelsea sebelum Bernardo Silva melakukan hantaran silang cantik tetapi ia tidak bersambut untuk disudahi oleh mana-mana pemain City.

HEAD BOY: Riyad Mahrez gets an early taste of the action for City as he beats Marcos Alonso

Sejurus selepas itu, Mahrez memberi umpanan pada Aguero namun percubaan pertama Kun menyasar jauh sebelum hantaran cantik Phil Foden dirembat masuk penyerang Argentina tersebut untuk gol pembuka pada minit ke-13, sekaligus gol ke-200 nya buat City.

Aguero hampir menambah gol kedua empat minit kemudiannya, namun ia dapat diselamatkan oleh bekas rakan sepasukan yang kini penjaga gol lawan, Willy Caballero.

Beberapa minit kemudian, bola awal Aguero cuba ditendang masuk oleh Leroy Sane namun bidikannya tepat terkena hadangan badan Caballero.

Sementara itu, Claudia Bravo hampir terbolos gol penyamaan melalui serangan Callum Hudson-Odoi namun nasib menyebelahinya apabila ia ditampan John Stones sebelum Fernandinho menemui Bernardo untuk dilakukan hantaran kepada Mahrez namun tendangan pemain baru City tersebut lemah lalu  dirampas mudah David Luiz.

Kedudukan tidak berubah 0-1 berpihak kepada City sehingga ke masa rehat.

Sekembali di babak kedua, Aguero hampir menyumbat gol ke-201 nya namun tendangannya berakhir di sisi luar gawang Caballero sebelum hantaran Bernardo berjaya dirembatnya masuk untuk mendahului Chelsea dengan kedudukan 2-0.

TWO GOOD: Sergio Aguero celebrates after doubling his personal tally and City's lead

Aguero hampir menjaringkan hatrik beberapa minit selepas selepas itu, namun ia dapat disekat Caballero sebelum Bernardo turut cuba menghasilkan gol ketiga di masa tambahan namun ia diterjah keluar Antonio Rudiger untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 2-0 buat City.

Kemenangan juara bertahan Liga Perdana Inggeris ke atas penyandang juara Piala FA musim 2017/18 membawa City menjulang kejuaraan ‘Community Shield’ kali kelima buat kelab selepas merangkulnya pada tahun 1937, 1968, 1972 dan 2012.

Aguero melakar sejarah

Sergio Aguero menjadi penjaring gol terbanyak Manchester City ketika mencecah angka 178 mengatasi rekod legenda kelab Eric Brook ketika melawan Napoli dalam Liga Juara-Juara Eropah pada bulan November tahun lalu.

Sembilan bulan kemudian, beliau mencecah angka ke-200 dalam 293 penampilan sejak gol debut dalam penampilan pertamanya buat City melawan Swansea pada 15 Ogos 2011.

LETHAL WEAPON: Sergio Aguero acknowledges the City fans after his second goal of the afternoon

Pecahan hasil 200 gol Aguero:

146 kaki kanan

35 kaki kiri

19 tandukan

181 dalam petak

19 luar petak

Apa seterusnya?

City mempunyai masa seminggu sebelum perlawanan pembuka dengan kunjungan ke Stadium Emirates menentang pasukan Arsenal di bawah pengurus baru, Unai Emery, pada hari Ahad, 12 Ogos dengan perlawanan bermula jam 4 petang UK bersamaan pukul 11 malam Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Mahrez sedia untuk Community Shield

Berita Pasukan Utama

Gabriel Jesus tandatangani lanjutan kontrak

Berita Pasukan Utama

Bersant Celina sertai Swansea