quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Arsenal 0
Man City 2

CHAMPIONS: What a feeling - scoring in the opening game of the Premier League!

CHAMPIONS: What a feeling - scoring in the opening game of the Premier League!

Liga Perdana Inggeris (EPL) Att:59934 Ahad, 12 Ogos 2018 3:00:00 PTG

Arsenal

0
0 - 2

Manchester City

2

Sterling 14'

Veiga de Carvalho e Silva 64'

Pengadil
Michael Oliver
Sorotan perlawanan

Arsenal:

  • Cech
  • Papastathopoulos
  • Maitland-Niles Lichtsteiner 35’
  • Bellerín
  • Mustafi
  • Mkhitaryan
  • Ramsey Lacazette 54’
  • Xhaka Torreira 70’
  • Özil
  • Guendouzi
  • Aubameyang
Pemain simpanan tidak diturunkan
Holding, El Sayed Elneny, Leno, Iwobi

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Laporte
  • Walker
  • Stones
  • Mendy
  • Gündogan
  • Sterling Sané 87’
  • Mahrez De Bruyne 60’
  • Luiz Rosa
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Agüero de Jesus 79’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Otamendi, Bravo, Kompany, Foden

Manchester City memulakan musim baru 2018/19 dengan langkah kanan dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila mengalahkan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates, petang Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Liverpool 1 +4 3
2 Chelsea 1 +3 3
3 Bournemouth 1 +2 3
4 Crystal Palace 1 +2 3

Apa yang telah berlaku?

Ia merupakan pertemuan ke-11 Pep Guardiola dengan pengurus baru Gunners, Unai Emery dan pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris dengan kesemua pertemuan sebelum ini di La Liga dimenangi oleh mantan bos Barcelona.

READY FOR ACTION: City and the Gunners walk out onto the Emirates pitch as we prepare to defend our title.

Pep menurunkan semula Ederson Moraes sebagai penjaga gawang utama, selepas kemenangan ke atas Chelsea dalam merangkul kejuaraan Community Shield minggu lalu dengan Claudio Bravo beraksi penuh termasuk tiga perlawanan persahabatan pramusim di Amerika Syarikat.

Pasukan pelawat mendahulu perlawanan selepas 14 minit permainan apabila Raheem Sterling meledak gol pembuka dari bola awal Benjamin Mendy selepas menggelecek melepasi pertahanan Gunners di luar petak penalti diikuti tendangan kaki kanannya melepasi Petr Cech.

SUNDAY SKILLS: Sterling whips around the Arsenal defence with a goal in his sights.

Sejurus kemudian, Ederson berjaya menafikan percubaan berbahaya Hector Bellerin sebelum rembatan Sergio Aguero berakhir di sisi luar gawang Cech.

City bermain dengan rentak permainan yang sama seperti mana di Stadium Wembley minggu lalu dan Kun hampir menjadikan kedudukan 2-0, namun ketika meluru ke gawang Arsenal beliau dijatuhkan Sokratis sebelum dapat menyudahinya.

CITY TRIO: What a first half from City!

Riyad Mahrez berpeluang menjaringkan gol pertamanya buat City, namun sepakan percumanya dapat ditepis Cech sebelum lantunan bola cuba disumbat Aymeric Laporte namun penjaga gol Arsenal dapat menyekatnya dengan kaki.

Sebelum masa rehat, Pierre-Emerick Aubameyang hampir menyamakan kedudukan namun ia tersasar jauh untuk menjadikan kedudukan 0-1 berpihak kepada City.

MAHREZ: This guy came close to scoring his first City goal in the opening half.

Sekembali di babak kedua, Arsenal menurunkan Alexandre Lacazette yang serta merta memberi impak apabila penyerang Perancis tersebut hampir menjadikan kedudukan 1-1 namun tendangan volinya melambung tinggi.

Aguero turut hampir menambah gol kedua namun gagal melepasi Cech sebelum Bernardo Silva merembat masuk hantaran Mendy pada minit ke-64 untuk mendahului tuan rumah 2-0.

DUO: Mendy with the assist, Bernardo with the goal!

Kedua-dua pasukan terus saling menyerang termasuk percubaan Kevin De Bruyne yang melepasi palang namun kedudukan tidak berganjak ke wisel penamat untuk memberi kemenangan pertama di musim baru buat penyandang juara liga dan tiga mata berharga dibawa pulang ke Manchester.

Apa seterusnya?

Tiada satu pasukan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak kali terakhir dilakukan oleh Manchester United tahun 2009 dengan tiga musim berturut-turut.

Ia masih awal untuk memperkatakan tentang peluang City kali ini, namun fokus seterusnya perlawanan pertama di tempat sendiri Ahad depan 19 Ogos di Stadium Etihad dengan menghadapi Huddersfield Town.

Berita Pasukan Utama

Nombor skuad Man City 18/19

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu awali musim baru dengan kemenangan

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Daniel Arzani dari Melbourne