quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

West Ham United West Ham 1
Man City 4

DEADLOCK BROKEN: City celebrate after Leroy Sané scored his tenth goal of the season to take an early lead.

DEADLOCK BROKEN: City celebrate after Leroy Sané scored his tenth goal of the season to take an early lead.

Liga Perdana Inggeris (EPL) London Stadium Att:56904 Ahad, 29 April 2018 1:15:00 PTG

West Ham United

1

Cresswell 42'

1 - 4

Manchester City

4

Sané 13'

Zabaleta 27'

de Jesus 53'

Luiz Rosa 64'

Pengadil
Neil Swarbrick
Sorotan perlawanan

West Ham United:

  • San Miguel del Castillo
  • Rice
  • Evra Masuaku 66’
  • Ogbonna
  • Fernandes Naval Costa Eduardo 65’
  • Noble
  • Zabaleta
  • Kouyaté
  • Cresswell
  • Lanzini Hernández Balcázar 66’
  • Arnautovic
Pemain simpanan tidak diturunkan
Hugill, Cullen, Trott, Carroll

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Laporte
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker da Silva 61’
  • Luiz Rosa
  • Gündogan Touré 71’
  • De Bruyne
  • Sterling
  • Sané
  • de Jesus Nmecha 80’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Veiga de Carvalho e Silva, Foden, Bravo, Mendy

Manchester City meneruskan momentum kecemerlangan dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas West Ham United dan melakar rekod-rekod baru Liga Perdana Inggeris.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 35 +76 93
2 Manchester United 35 +40 77
3 Liverpool 36 +43 72
4 Tottenham Hotspur 35 +37 71

Ia merupakan kemenangan ke-30 Citizens dalam Liga Perdana muisim ini menyamai rekod dipegang Chelsea pada musim 2016/17 dengan baki tiga lagi perlawanan.

City turut mengumpul 102 gol keseluruhan musim ini hanya satu kurang dari yang direkodkan Chelsea musim 2009/10.

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Pep Guardiola bermula meyakinkan dengan mendominasi posesi apabila Ilkay Gundogan hampir membawa City mendahului permainan selepas lapan minit, namun gagal menyudahi hantaran silang Kyle Walker.

Lima minit kemudian Leroy Sane meledak gol pembuka dari cubaan hadangan tandukan awal Patrice Evra dan tersilap langkah penjaga gol, Adrian.

Gol kedua pula hadir apabila Declan Rice gagal menampan hantaran lintang Kevin De Bruyne dan terkena Pablo Zabaleta yang membawa bola meluru masuk ke gawang.

OG: Declan Rice puts through his own goal to double City's lead - the Blues' 100th goal of the Premier League season.

Ia merupakan gol ke-100 Liga Perdana Inggeris Citizens yang menjadikan pasukan mencapai angka tersebut paling pantas dalam satu musim (35 perlwanan) semenjak Everton yang dicatat 1931/32 (32 perlawanan).

Namun tiga minit sebelum masa rehat, Aaron Creswell menyempurnakan sepakan percuma melepasi Ederson, selepas Gundogan menjatuhkan Edmilson Fernandes di luar petak penalti.

Raheem Sterling hampir menambah gol ketiga sebelum babak pertama berakhir melalui tendangan padu namun dapat diselamatkan Adrian untuk membawa kedudukan 1-2.

Ia merupakan bantuan gol ke-11 Sterling untuk Liga Perdana Inggeris musim ini, menjadikan City buat pertama kali dengan empat pemain mencatat angka dua digit bantuan jaringan dan menduduki empat teratas.

Sekembali di separuh masa kedua, Gabriel Jesus dengan kerjasama Sterling berjaya membawa bola mara ke hadapan dan berjaya melepasi cubaan halangan Zabaleta sebelum menyumbat masuk gol ketiga pada minit ke-53.

Sepuluh minit berikutnya, rakan senegara Brazil, Fernandinho menambah gol keempat dari bantuan Sterling untuk membawa kemenangan selesa 4-1 di Stadium London.

Pemain bintang

Leroy Sane dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dengan sentiasa menjadi ancaman kepada pasukan lawan, juga termasuk gol pembukanya. Aksi cemerlang selepas dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA minggu lalu.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Huddersfield Ahad depan, 6 Mei di Stadium Etihad dimana piala Liga Perdana Inggeris akan disampaikan sejurus selepas perlawanan.

Sementara perarakan kejuaraan akan diadakan di kota Manchester sehari selepas perlawanan penutup musim pada hari Isnin, 14 Mei.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan cemerlang

Berita Pasukan Utama

City bakal catat lebih banyak rekod baru EPL

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji aksi lima bintang City

PEP WATCH: The manager enjoyed his side's dominant first-half showing.

Pep Guardiola memuji keprofesionalan para pemain Manchester City selepas juara baharu liga tersebut mempamerkan permainan tanpa cacat dan cela menentang Swansea.