quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Tottenham 1
Man City 3

Ilkay Gabriel celebrate goal

Ilkay Gabriel celebrate goal

Liga Perdana Inggeris (EPL) Wembley Stadium Att:80811 Sabtu, 14 April 2018 6:45:00 PTG

Tottenham Hotspur

1

Eriksen 42'

1 - 3

Manchester City

3

de Jesus 22'

Gündogan 25' (pen)

Sterling 72'

Pengadil
Jonathan Moss
Sorotan perlawanan

Tottenham Hotspur:

  • Lloris
  • Davies
  • Sánchez
  • Vertonghen
  • Trippier
  • Dier
  • Alli Sissoko 84’
  • Dembélé Rodrigues Moura da Silva 73’
  • Lamela Son 64’
  • Eriksen
  • Kane
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sterling, Vorm, Wanyama, Aurier

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Walker
  • Laporte
  • Kompany
  • Delph
  • Gündogan
  • De Bruyne Touré 89’
  • Silva
  • Sterling
  • Sané Otamendi 64’
  • de Jesus Veiga de Carvalho e Silva 76’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zinchenko, Foden, Diaz, Bravo

Manchester City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Spurs 3-1 di Wembley.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 33 +68 87
2 Manchester United 33 +37 71
3 Liverpool 34 +43 70
4 Tottenham Hotspur 33 +35 67

Apa yang telah berlaku?

Selepas melalui minggu yang sukar dengan tiga kekalan berturut-turut kepada Liverpool dan Manchester United, pasukan Pep Guardiola turun ke kota London dengan sasaran untuk kembali bangkit di laluan kemenangan.

City mendominasi permainan dari awal perlawanan dengan memberi tekanan kepada pasukan lawan dan Leroy Sane hampir membuka jaringan seawal minit ketiga namun rembatannya terkena tiang.

Ia diikuti percubaan Raheem Sterling dari hantaran David Silva melambung tinggi melepasi palang sebelum percubaan Kevin De Bruyne sedikit menyimpang keluar.

Pada minit ke-22 bola lambung Vincent Kompany menemui Gabriel Jesus lalu digelecek laju untuk meledak gol pembuka melepasi Hugo Lloris.

Tiga miniit kemudian, City dihadiahkan sepakan penalti apabila Lloris meluru keluar menyekat serangan Sterling.

Ilkay Gundogan menyempurnakan mudah sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat Citizens.

City hampir menambah gol ketiga dari tendangan rendah David Silva, namun dapat ditepis keluar Lloris sebelum Ben Davies menerjah keras betis Kompany yang seharusnya dikenakan kad merah dan menimbulkan pergeseran antara kapten City dan pertahanan Spurs tersebut.

Tiga minit sebelum rehat, Spurs kembali bangkit dengan City kerap kehilangan bola. Christian Eriksen menyumbat gol melepasi Ederson selepas melepasi hadangan Aymeric Laporte untuk menjadikan kedudukan 1-2.

Image result for eriksen spurs 1-3 man city 2018

Sekembali di separuh masa kedua, gol Eriksen jelas menambah keyakinan tuan rumah yang menimbulkan kegusaran para penyokong City kekuatan mental pasukan yang diuji sepanjang 10 hari lalu.

Gabriel Jesus dihidangkan dua peluang untuk menambah gol ketiga namun keduan-duanya gagal menemui sasaran sebelum umpanan David Silva untuk Sterling dengan mudah diselamatkan Lloris.

Pada minit ke-70 Kyle Walker yang pertama kali kembali di London bertemu bekas pasukannya melakukan hantaran lintang menemui Sterling, namun pantas dikepung dan penyudahannya menyimpang keluar.

Dua minit kemudian, tendangan penjuru De Bruyne cuba ditendang masuk Jesus namun dapat ditepis keluar Lloris dan bola muntah hinggap di kaki Sterling untuk dirembat masuk menjadikan kedudukan 3-1.

Kedua-dua pasukan terus mencari gol seterusnya namun gagal membuahkan hasil sehingga ke wisel penamat untuk membawa kemenangan berharga buat Citizens selepas minggu yang getir.

Saat Penting

Selepas ulang tayang, penalti tidak sepatutnya diberikan kepada City kerana ia berlaku di luar kotak penalti dan seharusnya Lloris dikenakan kad merah dan keluar padang.

Namun memandangkan tiga perlawanan lalu banyak keputusan pengadilan tidak berpihak pada City, gol kedua tersebut amat dihargai untuk menambah keyakinan kepada pasukan.

Image result for lloris sterling 2018

Di sebalik kemenangan dan seterusnya

City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan dengan perlawanan seterusnya bertemu Swansea di Stadium Etihad Ahad depan.

Namun sekiranya Manchester United kalah mengejut kepada pasukan tercorot, West Brom di Old Trafford atau keciciran mata kepada Bournemouth, City akan dinobatkan sebagai juara lebih awal tanpa turun di perlawanan seterusnya.

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula di Wembley

Spurs v City EPL 2018

Manchester City menyasarkan untuk kembali di laluan kemenangan selepas melalui minggu yang perit dengan tiga kekalahan berturutan dengan menghadapi Tottenham Hotspur.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu kekal tenang lawan Spurs

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami telah berikan segalanya