quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City 5
Swansea 0

TEAMWORK: Provider Fabian Delph celebrates with goalscorer Raheem Sterling.

TEAMWORK: Provider Fabian Delph celebrates with goalscorer Raheem Sterling.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54387 Ahad, 22 April 2018 3:30:00 PTG

Manchester City

5

Silva 12'

Sterling 16'

De Bruyne 54'

Veiga de Carvalho e Silva 64'

de Jesus 88'

5 - 0

Swansea City

0
Pengadil
Craig Pawson
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph Mendy 75’
  • da Silva
  • Laporte
  • Kompany
  • Gündogan
  • De Bruyne Touré 65’
  • Silva
  • Sterling Foden 71’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Otamendi, Walker, Sané

Swansea City:

  • Fabianski
  • Olsson Abraham 75’
  • Mawson
  • Naughton
  • van der Hoorn
  • Fernandez Bartley 67’
  • Ki Clucas 65’
  • Ayew
  • King
  • Carroll
  • Ayew
Pemain simpanan tidak diturunkan
Nordfeldt, Roberts, Dyer, Routledge

Manchester City mempamerkan permainan terbaik selepaas dimahkotakan sebagai juara baharu Liga Perdana Inggeris dengan membenamkan Swansea 5-0 di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 34 +73 90
2 Manchester United 34 +39 74
3 Liverpool 35 +43 71
4 Tottenham Hotspur 34 +35 68

Apa yang telah berlaku?

Skuad City menerima barisan hormat (Guard of Honour) dari pasukan pelawat, Swansea City sebaik sahaja keluar dari terowong pemain, dalam perlawanan pertama selepas dijamin sebagai juara liga Ahad lalu apabila Manchester United tewas kepada West Brom.

Pep Guardiola menurunkan semula Danilo dan Bernardo Silva dengan merehatkan Kyle Walker dan Leroy Sane.

Swans, bimbingan Carlos Carvalhal amat mendambakan mata untuk berada di kedudukan lebih selamat dari zon penyingkiran selepas kalah 4-0 dalam pertemuan awal Disember lalu.

Dengan berbekalkan semangat untuk memecah rekod-rekod baru sebagai fokus pasukan selepas menjuarai awal liga, David Silva meledak gol pembuka pada minit ke-12 dari hantaran Raheem Sterling melepasi Lukasz Fabianski.

Empat minit kemudian, Sterling pula merembat masuk gol kedua dari bola awal Silva kepada Fabian Delph untuk disudahi pemain sayap England itu bagi gol ke-23 buat kelab musim ini.

City hampir menambah gol seterusnya melalui percubaan Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva namun tidak mengena sasaran untuk menjadikan kedudukan 2-0 di masa rehat.

Sekembali di babak kedua, De Bruyne melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang Swansea dan ia akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke-54, pemain tengah Belgium itu menendang kencang yang tidak terjangkau Fabianski untuk menyekatnya dari masuk.

Sepuluh minit kemudian, City dihadiahkan sepakan penalti selepas Sterling diterjah jatuh Federico Fernandez. Cubaan sepakan Gabriel Jesus dapat ditepis Fabianski, dan bola muntah tersebut pantas disepak masuk Bernardo menjadikan kedudukan 4-0.

ALERT: Bernardo Silva nets the rebound.

Benjamin Mendy yang kembali beraksi selepas direhatkan selama tujuh bulan akibat kecederaan turut menambah kerancakan permainan, ditambah aksi lincah Phil Foden dan Yaya Toure yang diturunkan dari bangku simpanan di sepertiga akhir perlawanan.

Selepas cubaan tandukan Gabriel Jesus dari hantaran Foden diselamatkan Fabianski, cubaan tandukan kedua Gabriel dari hantaran cantik Yaya pada minit ke-88 tidak berupaya dihadang Fabianski untuk memberi kemenangan bergaya 5-0 buat sang juara.

Aksi lima bintang. 

Di sebalik kemenangan

City kembali menambah jurang kepada 16 mata di puncak selaku juara Liga Perdana dengan mengumpul 90 mata dan 98 gol dengan baki 4 perlawanan ke akhir musim untuk melakar beberapa rekod baru liga dalam musim terindah buat Citizens.

DREAM TEAM: City players celebrate De Bruyne's twelfth goal of the season.

Apa seterusnya?

City berpeluang rehat seminggu sebelum bertandang di London menentang West Ham United pada Ahad depan, 29 April dengan perlawanan bermula jam 2.15 petang UK bersamaan pukul 9.15 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Pecah rekod baru jadi motivasi pasukan kini

Galeri Foto

Liga Perdana Inggeris 2017/18 milik City!

Berita Pasukan Utama

City juara Liga Perdana Inggeris!