quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 2
Man United 3

CLOSE: Sergio Agüero went close to scoring his 200th City goal, but was denied by David De Gea.

CLOSE: Sergio Agüero went close to scoring his 200th City goal, but was denied by David De Gea.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54259 Sabtu, 7 April 2018 4:30:00 PTG

Manchester City

2

Kompany 25'

Gündogan 30'

2 - 3

Manchester United

3

Pogba 53', 55'

Smalling 69'

Pengadil
Martin Atkinson
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • da Silva
  • Kompany
  • Delph
  • Otamendi
  • Gündogan Agüero 76’
  • Silva De Bruyne 72’
  • Luiz Rosa
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva de Jesus 72’
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Walker, Laporte, Touré, Bravo

Manchester United:

  • de Gea
  • Young
  • Bailly
  • Valencia
  • Smalling
  • Matic
  • Pogba
  • Herrera Lindelöf 94’
  • Lukaku
  • Lingard McTominay 85’
  • Sánchez Rashford 82’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Martial, Castro Pereira, Mata, Rojo

Manchester City melepaskan peluang kemenangan dua jaringan gol pendahuluan di babak pertama sebelum kalah 3-2 kepada Manchester United dalam perlawanan derbi Manchester ke-176 yang penuh sengit dan dramatik.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 32 +66 84
2 Manchester United 32 +38 71
3 Liverpool 33 +40 67
4 Tottenham Hotspur 32 +37 67

Pesta kejuaraan Liga Perdana Inggeris paling awal dalam sejarah liga terpaksa ditangguh sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi setelah Blues terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan gol ketika mengawal penuh perlawanan dan menerima padahnya di separuh masa kedua untuk kekalahan kedua berturut-turut minggu ini buat pertama kali musim ini.

Apa telah terjadi?

Selepas Stadium Etihad yang penuh dengan penonton memberi tepukan sanjungan selama seminit untuk mengenang memori mendiang Ray Wilkins, bekas pemain kebangsaan England dan beberapa kelab Inggeris, derbi Manchester ke-176 pun bermula.

EL MAGO: David Silva keeps the ball from Ander Herrera.

Dengan suasana gamat dan keriuhan suara lantang para peminat City, skuad Blues dengan empat perubahan dari kekalahan di Anfield pada pertengahan minggu lepas, bersedia untuk mendapatkan tiga mata yang bakal memastikan gelaran juara bagi kali ketiga dalam masa tujuh tahun.

Bermain tanpa penyerang utama, Raheem Sterling mengambil peranan utama di tengah padang dan tanpa membuang masa mengacau bilaukan pihak lawan, menutup dan membentes pertahanan United.

LEVEL: It gets heated at the Etihad after United grab an equaliser.

Dan terdapat rayuan untuk mendapatkan sepakan penalti dalam enam minit pertama bila hantaran silang rendah Leroy Sane kelihatannya terkena lengan Ashley Young yang tertiarap jatuh, namun rayuan itu tidak dipedulikan pengadil, Martin Atkinson.

Peluang keemasan berikutnya tiba pada minit ke-22 ketika kuisan jarak dekat Bernardo Silva ke gawang ditepis keluar dengan kaki David de Gea.

POWER: Vincent Kompany beats compatriot Romelu Lukaku in the air.

Tiga minit kemudian, Blues berada di hadapan. Sane mengambil sepakan sudut, dan seperti jaringan gol yang hampir sama ketika melawan United pada 2012, Kompany melompat setinggi mungkin untuk menanduk deras melepasi de Gea dan para peminat City terus menggila bersorakan kegembiraan.

Ia umpama sentuhan ajaib seorang kapten yang sudah pastinya akan termaktub dalam sejarah Kelab sebagai salah seorang ketua pasukan terbaik kita.

 LEADER: Vincent Kompany powers City ahead.

Keyakinan Blues yang telah hilang semasa berhadapan dengan Liverpool tiba-tiba pulih dan permainan seterusnya menghancurkan pertahanan United dan dalam masa lima minit menjadi 2-0.

City terus-menerus menyerang dan pengadil memberikan isyarat meneruskan permainan ketika Sane dijatuhkan, dan bola sampai ke Sterling yang menghantar sepakan pendek ke Ilkay Gundogan dan pemain Jerman itu berpusing melepasi pertahanan dan menyepak tonjol bola dari jarak dekat ke dalam sudut gawang.

AT THE DOUBLE: Ilkay Gundogan doubles City's lead with a brilliant strike after a wonderful turn.

Keadaan terus riuh rendah.

MAGIC: What a finish it was from Gundo!

Dalam 15 minit terakhir di babak pertama, Blues berada pada tahap terbaik dan Sterling sepatutnya boleh menjaringkan gol ketiga bila dua kali peluang terbuka dia menendang tinggi ke atas palang dan satu lagi ketika sepakannya tersasar ke tepi.

Tetapi seterusnya sesuatu yang tidak disangka telah berlaku apabila cerita skrip perlawanan dirobek selepas masa rehat.

City sekali lagi dihukum kerana gagal mematikan permainan apabila di minit ke-50, sepakan sisi Gundogan tersasar lebih 10 meter- dan ia terbukti amat merugikan kerana setelah semua yang berlaku sebelumnya, jaringan telah disamakan hanya lima minit kemudian.

Pertama, Alexis Sanchez membuat hantaran silang dari sebelah kanan dan hantaran daripada tampanan dada Ander Herrera membolehkan Paul Pogba menjaringkan gol dari jarak dekat.

FRUSTRATION: City go behind.

Dua minit kemudian, Sanchez menghantar tendangan lintang dari kiri dan Pogba melompat tinggi untuk menanduk bola melewati Ederson dan tanpa disangka memberikan United mata penyamaan.

Terasa kejam bagi City yang amat dominan untuk sekian lama, tetapi sesuatuyang lebih buruk terjadi apabila sekali lagi, Sanchez menghantar bola dari tepi sebelah kiri dan Chris Smalling yang tidak dijaga menyambutnya dengan menjaringkan gol dari jarak dekat.

BACK IN IT: Paul Pogba gets one back for United.

Dengan penyokong pasukan tuan rumah terpinga-pinga tidak menyangkanya, perlawanan menjadi tunggang terbalik, dan nampaknya keraian gelaran kejuaraan perlu ditangguhkan beberapa perlawanan lagi.

City juga telah dinafikan satu peluang sepakan penalti yang kukuh pada masa berikutnya, apabila pemain gantian Sergio Aguero telah dijatuhkan akibat tolakan Young, namun sekali lagi pengadil menidakkannya.

CLOSE: Sergio Agüero sees his headed effort saved by David De Gea.

Terdapat sedikit masa lagi untuk Aguero menyambung hantaran silang Sane dengan tandukan, namun ia berjaya ditepis De Gea dari jarak depat.

Kejuaraan masih lagi belum digapai, namun diharapkan ini tidak akan memakan masa yang lama sebelum City dimahkotakan sebagai juara liga musim ini, buat kali keima untuk kelab.

Di sebalik kekalahan

City terpaksa menunggu selama dua minggu atau lebih untuk menyandang mahkota Liga Perdana.

United boleh menyudahi liga dengan 89 mata jika mereka memenangi semua permainan mereka dan Blues kini telah mencapai 84 mata perlu memenangi sekurang-kurangnya dua perlawanan dari enam baki perlawanan sekiranya ia berlaku.

DISAPPOINTED: KDB takes a minute

Apa seterusnya?

City kini mengalih tumpuan kepada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah pada malam Rabu bertemu Liverpool di Stadium Etihad

Ketinggalan 3-0, Blues harus cuba sekurang-kurangnya menyamai jumlah jaringan untuk memaksa perlawanan masa tambahan dan mungkin juga sepakan penalti, atau, jika Liverpool menjaringkan gol, menyamainya dengan empat gol.

Seterusnya, ke Wembley pada Sabtu depan untuk menghadapi Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris.

Previu Perlawanan

Derbi istimewa peluang City diangkat juara

Manchester Derby 176th

Manchester City menerima kunjungan Manchester United untuk derbi ke-176 dengan peluang untuk menjamin kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Blues paling cepat dalam sejarah liga.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu kekal fokus walau hampir juara

Berita Pasukan Utama

City terima empat pencalonan anugerah EPL