quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 1
Liverpool 2

Perjalanan Liga Champions The Blues musim ini berakhir.

Perjalanan Liga Champions The Blues musim ini berakhir.

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Etihad Stadium Att:000 Selasa, 10 April 2018 6:45:00 PTG

Manchester City

1

Jesus 2'

1 - 2

Liverpool

2

Salah 56'

Firmino 77'

Pengadil
Antonio Miguel Mateu Lahoz
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Ederson Otamendi
  • Walker
  • Laporte
  • Silva Aguero 66’
  • Fernandinho
  • De Bruyne
  • Bernardo Gundogan 74’
  • Sané
  • de Jesus
  • Sterling
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zinchenko, Kompany, Foden, Bravo, Delph

Liverpool:

  • Karius
  • Robertson
  • Alexander-Arnold Clyne 81’
  • Lovren
  • van Dijk
  • Milner
  • Wijnaldum
  • Oxlade-Chamberlain
  • Firmino Klavan 81’
  • Mané
  • Salah (Ings 89) Ghaly
Pemain simpanan tidak diturunkan
Solanke, Woodburn, Mignolet, Moreno

Gol pembuka Gabriel Jesus tidak dapat membendung kekalahan pedih Manchester City 1-2 (agregat 1-5) dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah kepada Liverpool di Stadium Etihad.

Apa yang telah berlaku?

City turun menerima kunjungan pasukan Jurgen Klopp selepas dua kekalahan berturut-turut pertama kali musim ini dengan 3-0 di Anfield dan 2-3 kepada Manchester United Sabtu lalu.

Gabriel Jesus meledak gol pembuka pada minit ke-2 perlawanan dari hantaran Raheem Sterling seakan memberi harapan untuk kebangkitan semula, meskipun defisit tiga gol di pertemuan pertama.

City begitu mendominasi permainan dari awal perlawanan dengan Ederson Moraes hanya tercegang di pintu gol tanpa sebarang aksi selama 30 minit pertama sehinggalah Nicolas Otamendi dilanggar Sadio Mane yang membawa Ederson tampil membela rakan sepasukannya.

Ia mengembalikan kenangan lama ketika Mane dikenakan kad merah selepas menerjah tinggi yang membawanya berjahit muka dalam kemenangan City 5-0 di awal musim.

Namun begitu, City sukar mencari gol-gol seterusnya dengan Liverpool bertahan kukuh dengan 9 hingga 10 pemain mereka di petak penalti.

Bernardo Silva hampir menambah gol kedua namun tendangannya terkena tiang sebelum jaringan gol Sane dibatalkan pengadil atas dakwaan ofsaid, meskipun sentuhan awal bukan dari pemain City tapi oleh kaki James Milner.

Ia menimbulkan kontroversi yang turut diprotes oleh Pep semasa rehat, namun tindakannya membawa padah apabila diarah pengadil keluar dari pinggir padang dan hanya dibenarkan menonton di tempat duduk penonton di babak kedua.

Sekembali di separuh masa kedua, City terus memburu gol seterusnya sehinggalah Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-56 yang membawa kepada agregat 1-4.

Ia seakan membunuh semangat juang pasukan dengan bebanan berat yang harus digalas. Namun para penyokong City terus memberi sokongan semangat tanpa henti.

Sergio Aguero yang diturunkan dari bangku simpanan hampir berpeluang menambah gol kedua namun gagal melepasi Karius sebelum Roberto Firmino menyumbat gol kedua untuk menjadikan agregat 1-5 pada minit ke-77.

Ia bukan malam City.

Di sebalik kekalahan

City terkeluar dari Liga Juara-Juara Eropah musim ini namun akan kembali semula musim depan dengan lebih persediaan.

Sementara itu, Barcelona turut tersingkir dari kejuaraan selepas dikalahkan tuan rumah AS Roma 3-0 di perlawanan kedua membawa agregat 4-4 dengan kelebihan satu gol di Nou Camp.

Dua lagi tempat di separuh akhir kini menjadi rebutan Bayern Munich, Sevilla, Real Madrid dan Juventus.

Apa seterusnya?

City akan meneruskan perjuangan dalam Liga Perdana Inggeris dengan 6 baki lagi perlawanan ke akhir musim dengan berkunjung ke Stadium Wembley bertemu Tottenham Hotspur, Sabtu depan, 14 April.

Citizens kini memerlukan lagi lima mata untuk menjamin kejuaraan selepas terlepas peluang melakukannya semasa melawan United Sabtu lalu.

Once in a Blue Moon!

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu bermain ‘sempurna’ lawan Liverpool

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan bangkit dari kekalahan ini

Laporan Perlawanan

United 'kacau' pesta awal kejuaraan liga City

CLOSE: Sergio Agüero went close to scoring his 200th City goal, but was denied by David De Gea.

Manchester City melepaskan peluang kemenangan dua jaringan gol pendahuluan di babak pertama sebelum kalah 3-2 kepada Manchester United dalam perlawanan derbi Manchester ke-176 yang penuh sengit dan dramatik.