quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

West Brom 1
Man City 2

Piala Liga (Carabao Cup) The Hawthorns Att:14953 20 September 2017 19:00:00

West Bromwich Albion

1

Yacob 72'

1 - 2

Manchester City

2

Sané 3', 77'

Pengadil
Mike Jones
Sorotan perlawanan Matchday centre

West Bromwich Albion:

  • Foster
  • Dawson
  • McAuley Phillips 62’
  • Gibbs
  • Evans
  • Nyom
  • Yacob McClean 80’
  • Krychowiak
  • Morrison
  • Rodriguez Rondón 67’
  • Robson-Kanu
Pemain simpanan tidak diturunkan
Myhill, Field, Hegazi, Barry

Manchester City:

  • Bravo
  • Delph
  • Mangala
  • Stones
  • da Silva
  • Touré
  • Gündogan Walker 59’
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané Luiz Rosa 79’
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Foden, Diaz, Adarabioyo, Santana de Moraes, Zinchenko

Dua gol Leroy Sane di setiap babak perlawanan bawa kemenangan 2-1 buat Manchester City menentang West Brom di the Hawthorns dalam pusingan ketiga Piala Carabao.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola melakukan lapan perubahan dari skuad yang mengalahkan Watford Sabtu lalu, berbanding kesebelasan utama tuan rumah yang membariskan skuad terkuat mereka.

Kesebelasan utama City termasuk Yaya Toure pertama kali diturunkan musim ini untuk penampilan ke-300 buat City. Manakala Ilkay Gundogan pertama kali diturunkan dari awal perlawanan selepas beraksi sebagai pemain gantian minggu lalu selepas kembali dari kecederaan selama 9 bulan.

City mendahului seawal minit ketiga perlawanan apabila hantaran Raheem Sterling cuba disudahi Gundogan namun dapat ditepis Ben Foster dan bola muntah tersebut dirembat masuk Sane untuk gol pembuka.

Ia permulaan yang meyakinkan buat pasukan pelawat dengan Yaya sebagai kapten menjadi ‘jantung’ bahagian tengah, begitu juga kerjasama cantik antara Bernardo Silva, Sane dan Raheem Sterling.

City hampir menambah gol kedua melalui percubaan Gundogan yang dihadang pertahanan West Brom sebelum tandukan Eliaquim Mangala dapat diselamatkan Foster.

Tendangan Gabriel Jesus turut hampir membuahkan gol sebelum percubaan Sane sekali lagi dapat diselamatkan Foster. Di masa tambahan sebelum rehat  hantaran cantik Gundogan menemui Sterling namun penyudahannya menyipi keluar atas gawang yang membawa kedudukan 0-1.

Empat belas minit selepas perlawanan disambung, Gundogan terpaksa menamatkan awal perlawanan apabila diterjah keras oleh Claudio Yacob dari belakang dan terpaksa diganti masuk dengan Kyle Walker.

Kehilangan Gundogan membawa rentak permainan City turut berubah  dan pada minit ke-69 James Morrison hampir menyamakan kedudukan dan beberapa minit kemudian Sane turut berpeluang menggandakan kedudukan.

West Brom mula melakukan serangan dengan mengambil kesempatan City yang kerap kehilangan bola dan pada minit ke-72 Yacob menyamakan kedudukan melalui tandukan tendangan penjuru Kieran Gibbs.

Ia menambah keyakinan pasukan kendalian Tony Pulis dan Hal Robson-Kanu hampir menambah gol kedua buat Baggies namun tendangannya menyasar jauh sebelum Bernardo berlari laju membawa bola dan dihantar kepada Sane untuk disudahi cantik pemain tengah Jerman itu untuk membawa kemenangan 1-2 buat City.

Pemain bintang

Leroy Sane menyerlah dengan dua jaringan gol selepas turut menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Liverpool.

Di sebalik kemenangan

City mara ke peringkat 16 akhir dan telah diundi bertemu Wolverhampton Wanderers. Perlawanan akan berlangsung pada minggu bermula 23 Oktober bertempat di Stadium Etihad.

Apa seterusnya?

City kembali meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris hari Sabtu ini dengan menerima kunjungan Crystal Palace bimbingan Roy Hodgson pada jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Selang tiga hari kemudian, Shakhtar Donetsk akan bertamu di Stadium Etihad untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, dengan perlawanan bermula jam 2.4 pagi Rabu waktu Malaysia.

Previu Perlawanan

Ikuti di Twitter: West Brom vs Man City

City memulakan cabaran Piala Liga (EFL Cup) yang dikenali mulai musim ini sebagai Piala Carabao berikutan penaja minuman bertenaga. Berikut apa yang anda perlu tahu.

Segala yang anda perlu tahu tentang pertemuan Manchester City dengan West Brom, Carabao Cup...

Galeri Foto

Cabaran Piala Liga bermula!

Berita Pasukan Utama

Gabriel Jesus calon 'Golden Boy 2017'

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus telah dicalonkan untuk anugerah berprestij, ‘Golden Boy’ selepas memulakan kariernya dalam bola sepak England yang menyerlah.

Gabriel Jesus dicalon untuk anugerah Golden Boy 2017...