quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Watford 0
Man City 6

Liga Perdana Inggeris (EPL) Vicarage Road Att:20305 16 September 2017 14:00:00

Watford

0
0 - 6

Manchester City

6

Agüero 27', 31', 81'

de Jesus 37'

Otamendi 63'

Sterling 89' (pen)

Pengadil
Anthony Taylor
Sorotan perlawanan

Watford:

  • Gomes
  • Kabasele
  • Mariappa
  • Janmaat
  • Holebas
  • Doucouré
  • Cleverley Pereyra 64’
  • Chalobah Capoue 70’
  • Carrillo
  • de Andrade
  • Gray Deeney 74’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zeegelaar, Wagué, Success Ajayi, Karnezis

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones
  • Mendy
  • Otamendi
  • Walker
  • Sterling
  • Silva Sané 78’
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne Gündogan 66’
  • de Jesus Veiga de Carvalho e Silva 65’
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
da Silva, Bravo, Delph, Mangala

Manchester City mengamuk di Vicarage Road benamkan Watford enam gol tanpa balas termasuk jaringan hatrik Aguero.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 5 +14 13
2 Manchester United 5 +14 13
3 Chelsea 5 +3 10
4 Newcastle United 5 +2 9

Tiga jaringan gol Sergio Aguero membawanya kepada 175 gol keseluruhan hanya 3 gol lagi untuk mengatasi Eric Brook sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City (177 gol).

Tiga gol lagi dihasilkan oleh Gabriel Jesus, Nicolas Otamendi dan Raheem Sterling.

Apa yang telah berlaku?

City turun ke utara London hanya selepas 3 hari kembali dari Feyenoord dengan permulaan cemerlang Liga Juara-Juara Eropah meraih kemenangan 4-0 dan selepas kemenangan besar 5-0 ke atas Liverpool Sabtu lalu.

Raheem Sterling kembali ditempatkan dalam kesebelasan utama menggantikan Bernardo Silva, satu-satunya perubahan dilakukan Pep Guardiola dari skuad Rabu lalu.

Tuan rumah berpeluang mendahului pada awal perlawanan melalui sepakan percuma namun tendangan Richarlison menyasar keluar sebelum Aguero meledak gol pembuka pada minit ke-27 melalui tandukan masuk hantaran Kevin De Bruyne melepasi Heurelho Gomes.

Empat minit kemudian, Aguero menambah gol kedua melalui hantaran David Silva dari bola awal Gabriel Jesus.

Ia menambah keyakinan pasukan dan pada minit ke-38 Gabriel menyudahi hantaran Aguero menjadikan kedudukan 3-0 sehingga ke masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, pasukan tuan rumah bermain lebih terbuka dengan siri serangan ke gawang Ederson namun gagal menemui sasaran.

Pada minit ke-63 hantaran silang David Silva menemui Nicolas Otamendi di pintu gawang lalu menanduk masuk untuk gol keempat City, yang juga gol ketiganya buat kelab.

Sepuluh minit sebelum masa tamat, Aguero menemui bola dari hantaran awal Kyle Walker kemudian menggelecek laju ke gawang Hornets untuk dirembat masuk jaringan hatrik.

Dengan satu minit sebelum wisel penamat, Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti dan tidak menghampakan beliau menyempurnakan gol keenam City untuk membawa satu lagi kemenangan indah dengan jaringan 6-0.

Pemain bintang

Sergio Aguero dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dengan jaringan hatrik dan kian hampir untuk mencatat satu lagi sejarah kelab sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.

Di sebalik kemenangan

City kembali ke puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas lima perlawanan dengan 13 mata dan kelebihan 14 gol. Manchester United perlu menang dengan kelebihan 4 gol ke atas Everton hari Ahad untuk memintas kembali City.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di the Hawthorsn menentang West Bromwich dalam pusingan ketiga Piala Liga (Carabao Cup) hari Rabu 20 September jam 8.00 malam bersamaan pukul 3 pagi Khamis 21 September waktu tempatan Malaysia, sebelum menerima kunjungan Crystal Palace Sabtu depan dalam Liga Perdana Inggeris.

Previu Perlawanan

Ikuti Watford vs City

Segala yang anda ingin tahu menjelang pertemuan Watford menentang Man City…

Perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris musim 2017/18

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan turun pasukan terbaik lawan Watford

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan turun pasukan terbaik lawan Watford