quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 2
Shakhtar Donetsk 0

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Etihad Stadium Att:45310 26 September 2017 18:45:00

Manchester City

2

De Bruyne 48'

Sterling 90'

2 - 0

Shakhtar Donetsk

0
Pengadil
Jorge Sousa

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • De Bruyne
  • Silva Gündogan 81’
  • Luiz Rosa
  • Sané
  • de Jesus Sterling 54’
  • Agüero Veiga de Carvalho e Silva 85’
Pemain simpanan tidak diturunkan
da Silva, Touré, Bravo, Mangala

Shakhtar Donetsk:

  • Pyatov
  • Ordets
  • Rakitskiy
  • dos Santos
  • Butko
  • Barcellos Freda
  • Anício Caldeira Duarte Petryak 89’
  • Romero Bonfim Ferreira Bonfim 78’
  • Rodrigues de Paula Santos Kovalenko 91’
  • Stepanenko
  • Ferreyra
Pemain simpanan tidak diturunkan
Shevchenko, Khotcholava, Lourenco, de Azevedo

Gol Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling bawa City kemenangan 2-0 ke atas pelawat, Shakhtar Donetsk dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Apa yang telah berlaku?

City menerima kunjungan pendahulu liga Ukraine selepas mencatat permulaan cemerlang kemenangan 4-0 di Feyenoord sementara Shakhtar menang 2-1 ke atas Napoli di laman sendiri dua minggu lalu.

Pep Guardiola dan mantan pemain Shakhtar, Fernandinho telah memberi amaran awal akan gaya permainan menyerang pelawat yan dibarisi lima pemain Ukraine, lima Brazil dan seorang penyerang utama Argentina.

Shakhtar lebih menguasai permainan dari awal perlawanan dan hampir membuka jaringan pada minit ke-12 oleh Fred namun berjaya dihadang Fernandinho.

Related image

Serangan turut dilakukan bertubi-tubi dari sisi kanan terutama dari Bernard dan Marlos termasuk percubaan tandukan Facundo Ferreyra yang berjaya diselamatkan Ederson.

Kedudukan tidak berubah dengan terikat tanpa jaringan ke masa rehat.

Tiga minit selepas perlawanan disambung hantaran David Silva menemui Kevin De Bruyne yang kemudian merembat masuk gol pembuka melepasi bahu Pyatov.

Permainan City lebih baik di separuh masa kedua dan pada minit ke-55 hantaran David Silva cuba disudahi Sergio Aguero namun tendangan Kun dapat dihadang Pyatov.

City dihidangkan peluang menambah gol pada minit ke-71 apabila Leroy Sane dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Dorets.

Aguero dipertanggungjawabkan menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamai rekod 177 gol dipegang sejak tahun 1939 oleh legenda Cit, Eric Brook, namun gagal melepasi Pyatov.

Kemudiannya, City dinafikan dua sepakan penalti selepas Sane dan Sterling jelas ditolak jatuh dalam kotak penalti sebelum Raheem Sterling meledak gol kedua dari hantaran Bernardo Silva seminit sebelum masa tamat untuk membawa kemenangan mutlak 2-0.

Image result for fernandinho city 2-0 shakhtar donetsk

Pemain bintang

Kevin De Bruyne dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dengan satu jaringan gol dan mencipta banyak peluang dan umpanan.

Di sebalik kemenangan

City kekal di kedudukan teratas Kumpulan F dengan enam mata penuh dari dua perlawanan, Napoli dan Shakhtar tiga mata, sementara Feyenoord di kedudukan terkebawah yang masih gagal meraih sebarang mata.

Image result for fernandinho city 2-0 shakhtar donetsk

Apa seterusnya?

City akan berkunjung ke Stamford Bridge menemui penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada hari Sabtu, 30 September.

Perlawanan akan bermula jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 pagi Ahad, 1 Oktober waktu tempatan Malaysia.

Saingan liga kemudiannya berehat selama dua minggu untuk tugasan antarabangsa sebelum disambung semula dengan menentang Stoke City.

Galeri Foto

Persiapan ke Stamford Bridge

Galeri Foto

Persiapan ke Stamford Bridge

Galeri Foto

Persediaan bertemu Shakhtar Donetsk