quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 5
Liverpool 0

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54172 09 September 2017 12:30:00

Manchester City

5

Agüero 24'

de Jesus 51', 53'

Sané 77', 91'

5 - 0

Liverpool

0
Pengadil
Jonathan Moss
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes Bravo 46’
  • Otamendi Mangala 71’
  • Stones
  • da Silva
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Walker
  • De Bruyne
  • Mendy
  • de Jesus Sané 57’
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Veiga de Carvalho e Silva, Foden, Delph, Gündogan

Liverpool:

  • Mignolet
  • Alexander-Arnold
  • Klavan
  • Matip
  • Moreno
  • Can
  • Wijnaldum Milner 58’
  • Henderson
  • Salah Oxlade-Chamberlain 45’
  • Barbosa de Oliveira Solanke 67’
  • Mané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Gomez, Lovren, Sturridge, Karius

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester United 4 +10 10
2 Manchester City 4 +8 10
3 Chelsea 4 +3 9
4 Watford 4 +4 8

Gol pembuka Sergio Aguero diikuti dua gol Gabriel Jesus dan dua gol Leroy Sane membawa City mencatat rekod baru menjaringkan gol terbanyak ke atas pencabar Liga Perdana Inggeris sejak tahun 1937.

Apa yang telah berlaku?

Liverpool turun dengan prestasi cemerlang selepas menundukkan Arsenal 4-0 dua minggu lalu sementara City pula meraih kemenangan dramatik 2-1 di Bournemouth.

City menyasarkan kemenangan semenjak kali terakhir diraih dalam saingan Liga Perdana pada Ogos 2014 dengan kemenangan 3-1.

Ia mempertemukan dua pakar taktikal terbaik bola sepak Eropah dengan Pep Guardiola dan Jurgen Klopp masing-masing memegang rekod lima kemenangan.

Image result for pep jurgen city 5-0 liverpool

Pasukan pelawat hampir mengecewakan tuan rumah di minit awal perlawanan apabila bintang baru the Reds, Mohamed Salah sentiasa memberi ancaman, namun sukar melepasi pertahanan mantap City gandingan Benjamin Mendy dan Kyle Walker.

Tendangan rendah Fernandinho hampir membuahkan gol pertama pada minit ke-16 namun dapat ditepis Simon Mignolet sebelum Aguero meledak gol pada minit ke-31 melalui hantaran Kevin De Bruyne.

Image result for aguero city 5-0 liverpool

Beberapa minit kemudian Salah hampir menyamakan kedudukan namun berjaya disekat Nicolas Otamendi sebelum diselamatkan Ederson Moraes.

John Stones hampir menambah gol kedua selepas itu namun rembatannya dapat diselamatkan Mignolet sebelum pelanggaran Sadio Mane dengan Ederson yang mara ke hadapan untuk menyelamatkan percubaan pemain sayap Senegal tersebut.

Mane dikenakan kad merah kerana tindakan yang membahayakan lawan yang telah membawa Ederson tersungkur jatuh berikutan tendangan keras terkena sisi mukanya yang membawa perlawanan terhenti sebelum penjaga gol Brazil tersebut diusung keluar dan digantikan dengan Claudio Bravo.

Selepas perlawanan disambung semula, City serta merta memanfaatkan kelebihan Liverpool yang beraksi dengan sepuluh pemain apabila hantaran Walker berjaya ditanduk masuk Gabriel namun dibatalkan kerana ofsaid.

Image result for leroy sane city 5-0 liverpool

Dua minit kemudian di masa tambahan, Gabriel berjaya menanduk masuk hantaran De Bruyne lalu melepasi Mignolet untuk gol kedua yang menambah keyakinan pasukan.

Seminit sebelum masa rehat pertama, Stones berjaya merampas bola dari Henderson menemui Fernandinho kemudian dihantar kepada Aguero untuk disudahinya.

Namun tanpa mementingkan diri sendiri sebaik sahaja tiba di pintu gawang Kun menghantarkannya kepada Gabriel untuk disudahi mudah mendahului 3-0.

Ia tidak berhenti di situ sekembali di babak kedua, City terus memburu gol seterusnya dan pada minit ke-76 Leroy Sane merembat masuk hantaran Mendy sebelum menambah gol kelima dari bantuan Walker sebelum wisel penamat.

Image result for leroy sane city 5-0 liverpool

Pemain bintang

Gabriel Jesus dengan dua gol telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, namun dua rekod lain tercipta.

Aguero dengan gol ke-124 Liga Perdana Inggeris menjadi pemain bukan Eropah mencatat gol terbanyak dalam saingan liga.

Manakala Kevin De Bruyne menjadi pembantu jaringan gol terbanyak dengan 56 bantuan jaringan antaran 5 liga utama Eropah.

Di sebalik kemenangan

City melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris sebelum Manchester City bertemu Stoke petang Sabtu dan Huddersfield melawan West Ham malam Selasa

Image result for celebration man city 5-0 liverpool 2017

Apa seterusnya?

City akan memulakan cabaran Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan dengan terbang ke Belanda bertemu Feyenoord pada hari Rabu dengan perlawanan bermula jam 2.45 pagi Khamis, 14 September waktu Malaysia sebelum ke Watford dalam saingan Liga Perdana Inggeris Sabtu depan.

Berita Pasukan Utama

City hadapi Liverpool tanpa Kompany

Vincent Kompany akan terlepas beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool hari Sabtu di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Liverpool...

Berita Pasukan Utama

City hadapi Liverpool tanpa Kompany

Vincent Kompany akan terlepas beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool hari Sabtu di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Liverpool...

Berita Pasukan Utama

Mendy tak sabar debut laman sendiri