quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 5
Palace 0

Pep Guardiola dan skuad pendahulu liganya kembali ke Etihad minggu ini.

Pep Guardiola dan skuad pendahulu liganya kembali ke Etihad minggu ini.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:53526 23 September 2017 14:00:00

Manchester City

5

Sané 44'

Sterling 51', 59'

Agüero 79'

Delph 89'

5 - 0

Crystal Palace

0
Pengadil
Neil Swarbrick

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones Delph 70’
  • Mendy da Silva 29’
  • Otamendi
  • Walker
  • De Bruyne
  • Sterling Veiga de Carvalho e Silva 61’
  • Sané
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, de Jesus, Bravo, Mangala

Crystal Palace:

  • Hennessey
  • Dann
  • Fosu-Mensah
  • Sakho
  • van Aanholt
  • Townsend
  • Milivojevic
  • Loftus-Cheek
  • Schlupp
  • Cabaye Puncheon 57’
  • Benteke Sako 72’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Tomkins, Speroni, Riedewald, Ward, McArthur

Manchester City sekali lagi berpesta gol dengan mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas Crystal Palace hari Sabtu untuk kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 6 +19 16
2 Manchester United 6 +15 16
3 Chelsea 6 +7 13
4 Tottenham Hotspur 6 +5 11

Citizens terpaksa bersabar sehingga minit ke-44 apabila Leroy Sane meledak gol pembuka kemudian ditambah empat gol lagi di separuh masa kedua oleh Raheem Sterling (2), Sergio Aguero dan Fabian Delph.

Apa yang telah berlaku?

City turun selepas menang 2-1 di West Brom pusingan ketiga Piala Carabao dan kemenangan besar 6-0 di Watford dalam Liga Perdana Inggeris minggu lalu selaku pendahulu liga.

Sementara Palace pula bertandang selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Huddersfield dalam Piala Carabao namun masih belum meraih sebarang mata dan gol dalam Liga Perdana musim ini untuk berada di tangga tercorot liga.

Pep Guardiola melakukan lapan perubahan dari pasukan yang beraksi di the Hawthorns malam Khamis lalu dengan tujuh pemain direhatkan termasuk Gabriel Jesus dan Yaya Toure.

Sementara Vincent Kompany yang pada mulanya dijangka kembali beraksi tiada dalam senarai pemain kerana belum bersedia.

City hampir membuka jaringan pada minit ke-7 apabila hantaran silang Kevin De Bruyne cuba dihadang Mamadou Sakho yang mengarah ke gawang sendiri, namun terkena tiang dan diselamatkan Wayne Hennessey.

Fernandinho turut melakukan percubaan dari jarak jauh namun dapat ditangkap Hennessey sebelum rembatan Aguero melambung tinggi melepasi palang.

Pasukan bimbingan Roy Hodgson turut berpeluang menjaringkan gol pertama namun percubaan Ruben Loftus-Cheek meleret keluar dari gawang Ederson.

Selepas Benjamin Mendy terpaksa menamatkan perlawanan awal berikutan pelanggaran yang membawa kecederaan lutut, City seakan bertambah kecewa dengan permainan kurang memberangsangkan.

Namun sepuluh minit sebelum masa rehat City mula menemui rentak permainan dan seminit sebelum akhir babak pertama Sane meledak gol pembuka melalui hantaran cantik David Silva untuk mendahului 1-0.

Hanya tujuh minit selepas perlawanan disambung, City menambah gol kedua melalui rembatan masuk Sterling melalui hantaran Kevin De Brune dari bola awal hasil kerjasama Danilo, Fernandinho dan Aguero.

Selang lapan minit kemudian Sterling menyumbat gol ketiga melalui hantaran Aguero sebelum penyerang Argentina itu menanduk masuk gol keempat yang juga gol ke-176 nya buat City dari hantaran Sane.

Gol tersebut menjadikan Kun hanya memerlukan lagi dua gol untuk memecah rekod kelab sejak tahun 1939 sebagai penjaring gol terbanyak City yang dipegang oleh legenda, Eric Brook dengan jumlah 177 gol.

Fabian Delph yang diturunkan menggantikan John Stones kemudiannya menyempurnakan gol kelima pada minit ke-88 melalui hantaran David Silva untuk membawa kemenangan mutlak 5-0 buat City. Satu lagi aksi lima bintang pasukan!

Pemain bintang

Leroy Sane telah dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh EA Sports dan juga undian aplikasi CityMatchDay dengan satu gol dan satu bantuan jaringan.

Di sebalik kemenangan

City yang sebelum ini berkongsi kedudukan di puncak bersama Manchester United kini menjadi pendahulu tunggal liga dengan kelebihan 4 gol berbanding kelab jiran tersebut selepas pasukan Jose Mourinho menang tipis 1-0 di Southampton.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Shakhtar Donestk malam Rabu ini di Stadium Etihad dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah sebelum bertandang ke Stamford Bridge bertemu Chelsea hari Sabtu depan, diikuti rehat antarabangsa selama dua minggu.

Previu Perlawanan

Ikuti Man City vs Palace di Twitter

Segala yang anda tahu tentang perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris musim ini, pertemuan Manchester City dengan Crystal Palace.

Info Perlawanan Manchester City lawan Crystal Palace...

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...