quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Chelsea 0
Man City 1

 Bagaimana prestasi Manchester City setakat ini!

Bagaimana prestasi Manchester City setakat ini!

Liga Perdana Inggeris (EPL) Stamford Bridge Att:41530 30 September 2017 16:30:00

Chelsea

0
0 - 1

Manchester City

1

De Bruyne 67'

Pengadil
Martin Atkinson
Sorotan perlawanan

Chelsea:

  • Courtois
  • Rüdiger
  • Christensen
  • Cahill
  • Kanté
  • Fàbregas
  • Bakayoko Batshuayi 73’
  • Azpilicueta
  • Alonso
  • Hazard Rodríguez Ledesma 72’
  • Morata Borges Da Silva 35’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zappacosta, Nunes do Nascimento, Caballero, Moses

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones
  • Sané Gündogan 84’
  • Silva Veiga de Carvalho e Silva 76’
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne da Silva 93’
  • Sterling
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, Zinchenko, Bravo, Mangala

Manchester City mempamerkan permainan antara terbaik musim ini untuk membawa pulang tiga mata penuh dari London selepas menewaskan juara bertahan liga, Chelsea 1-0 petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 7 +20 19
2 Manchester United 7 +19 19
3 Tottenham Hotspur 7 +9 14
4 Chelsea 7 +6 13

Apa yang telah berlaku?

Pasukan Antonio Conte memperolehi peluang jelas di awal perlawanan apabila Alvaro Morata cuba menanduk masuk namun dapat dihadang John Stones.

City lebih mendominasi permainan dengan menguasai posesi bola dan bermain pantas dan menekan namun sukar menemui ruang dengan tuan rumah lebih banyak bertahan.

Hantaran cantik Fabian Delph dihadang oleh Antonio Rudiger dan serangan balas bermula dengan lontaran bola awal Ederson kepada Raheem Sterling kemudian digelecek Kevin De Bruyne sebelum diambil kembali Sterling. Namun hantarannya tidak terkejar untuk David Silva dan Gabriel Jesus menyudahinya.

Fernandinho turut cuba mengetuk pintu gol Thibaut Courtois apabila tendangan penjuru De Bruyne cuba ditanduk masuk namun dapat diselamatkan untuk membawa kedudukan terikat tanpa jaringan di masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, City meneruskan rentak permainan sama dengan melakukan siri serangan bertubi-tubi sehingga sukar ditangani Chelsea.

Sterling hampir membuka jaringan dengan cubaan tendangan jarak jauh namun ia melepasi palang sebelum Gabriel turut hampir melakukannya namun dapat diselamatkan Courtois.

Permainan Chelsea berubah selepas kemasukan Pedro dan Michy Bathsuayi apabila mereka mula melakukan serangan ke gawang Ederson namun tetap tidak tergugat dengan pertahanan City yang mantap dibarisi Stones, Kyle Walker, Delph dan Nicolas Otamendi.

Pada minit ke-67 berkat kesabaran, akhirnya De Bruyne meledak gol pembuka dari hantaran Gabriel Jesus dengan rembatan kaki kirinya yang sukar diselamatkan Courtois.

Ia merupakan gol kedua De Bruyne buat City musim ini dan ia amat bermakna buatnya berikutan bekas kelabnya itu menyebabkannya membawa diri ke Wolfsburg sebelum berpindah ke City.

Di minit-minit akhir perlawanan Gabriel Jesus hampir menambah gol kedua melalui hantaran Sterling namun sempat dihadang Rudiger di pintu gawang untuk membawa kemenangan mutlak 1-0 buat Citizens.

Pemain bintang

Kevin De Bruyne dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dengan gol tunggal kemenangan menewaskan bekas kelabnya sendiri.

Di sebalik kemenangan

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan perbezaan satu gol dan berkongsi mata sama dengan Manchester United selepas kelab jiran tersebut menang 4-0 ke atas Crystal Palace.

Apa seterusnya?

Saingan liga dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada tugasan antarabangsa kelayakan Piala Dunia 2018 selama dua minggu.

Liga Perdana Inggeris akan disambung semula pada hari Sabtu 14 Oktober dengan City menerima kunjungan Stoke City diikuti menerima tamu Napoli di Stadium Etihad untuk perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah tiga hari kemudiannya.

Veni, vidi, Vici ( Kami datang, kami lihat, kami takluk)..

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

Ia pertemuan antara Blues Manchester dan Blues London. Ketahui segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan ketujuh Liga Perdana Inggeris musim ini.

Info Perlawanan: Chelsea vs Manchester City...

Berita Pasukan Utama

City tanpa tiga pemain hadapi Chelsea

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany tidak tersenarai dalam pilihan skuad ke Stamford Bridge hari Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Stamford Bridge...

Berita Pasukan Utama

Aguero akan diperiksa selepas kemalangan jalanraya