quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Feyenoord 0
Man City 4

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Feyenoord Stadium Att:43500 13 September 2017 18:45:00

Feyenoord

0
0 - 4

Manchester City

4

Stones 2', 63'

Aguero Jesus 25'

Pengadil
Szymon Marciniak
Sorotan perlawanan

Feyenoord:

  • Jones
  • St. Juste
  • Botteghin
  • van der Heijden
  • Nelom
  • Amrabat Larsson 78’
  • El Ahmadi
  • Vilhena
  • Berghuis (Toornstra
  • 46)
  • Kramer Vente 72’
  • Boëtius
Pemain simpanan tidak diturunkan
Diks, Tapia, Bijlow, Geertruida

Manchester City:

  • Ederson
  • Walker
  • Stones
  • Otamendi
  • Mendy
  • Fernandinho Sane 72’
  • De Bruyne
  • Bernardo
  • Silva (c) Delph 67’
  • Jesus
  • Aguero (Sterling 60)
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Danilo, Gundogan, Mangala

City meneruskan momentum kemenangan dengan membenamkan tuan rumah, Feyenoord 4-0 perlawanan pertama Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah di De Kuip, Rotterdam.

Gol pembuka John Stones, diikuti gol Sergio Aguero, Gabriel Jesus dan gol pelengkap Stones membawa City memulakan cabaran Eropah dengan penuh bergaya.

Apa yang telah berlaku?

Selepas menundukkan Liverpool 5-0, Citizens turun ke Belanda dengan berkeyakinan untuk memulakan kempen kejuaraan elit Eropah buat tahun ketujuh berturut-turut .

Pep Guardiola menurunkan pasukan terbaiknya termasuk Ederson yang kembali beraksi dengan muka masih berbalut jahitan luka dan memakai pelindung kepala selepas diusung keluar apabila mengalami kecederaan akibat terjahan tinggi Sadio Mane Sabtu lalu.

Citizens mendahului penyandang juara Eredivisie kurang dua minit selepas perlawanan bermula dengan tandukan masuk John Stones melalui tendangan penjuru Kevin De Bruyne.

Enam minit kemudiannya, Gabriel Jesus hampir menambah gol kedua sebelum Sergio Aguero meledak gol ke-23 Liga Juara-Juara Eropah buat City dan ke-50 di pentas Eropah pada minit ke-10 dari hantaran Kyle Walker.

Dengan kerjasama cantik De Bruyne, David Silva dan Bernardo Silva ia memberi lebih ruang untuk Gabriel dan Aguero mencipta peluang dan melakukan asakan serangan, dan pada minit ke-25 Jesus berjaya menyumbat gol ketiga dari hantaran Nicolas Otamendi yang juga gol pertamanya di penampilan kejuaraan Eropah.

Sejurus beberapa minit kemudian, hantaran silang Benjamin Mendy menemui Gabriel dan cuba disudahinya namun pertahanan Feyenoord pantas menyekat dan bendera ofsaid diangkat sebelum diselamatkan penjaga gol Feyenoord, Brad Jones untuk mengakhiri babak pertama 3-0.

Sekembali di separuh masa kedua, De Bruyne sekali lagi membantu jaringan untuk gol kedua Stones melalui tandukan masuk pada minit ke-63 menjadikan perlawanan pertama buat pemain pertahanan England tersebut dengan dua gol.

Raheem Sterling yang diturunkan dari bangku simpanan hampir menambah jaringan namun dapat diselamatkan sebelum Leroy Sane turut hampir melengkapkan gol kelima sebagaimana ke atas Liverpool namun juga dapat diselamatkan untuk mengakhiri kemenangan mutlak 4-0 buat City.

Pemain bintang

John Stones dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dengan dua jaringan gol dan permainan mantap di bahagian pertahanan.

Di sebalik kemenangan

City di kedudukan teratas Kumpulan F mendahului Shakhtar Donetsk yang menang ke atas Napoli 2-1 di Ukraine. Perlawanan seterusnya, City akan menerima kunjungan Shakhtar di Stadium Etihad dalam masa dua minggu lagi.

Seterusnya?

City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan bertandang di Vicarage Road bertemu Watford hari Sabtu ini, 19 September. Perlawanan akan berlangsung jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Perjalanan Eropah kami baru bermula

Ederson dalam pemilihan skuad untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu meskipun mengalami kecederaan kepala semasa kemenangan ke atas Liverpool hari Sabtu lalu.

Previu Pep Guardiola, berita pasukan, sidang media menjelang Feyenoord lawan Manchester City...

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Feyenoord lwn Man City

Feyenoord merupakan lawan pertama Man City di peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 dan berikut apa yang anda perlu tahu menjelang kunjungan ke Belanda.

Segala yang anda perlu tahu menjelang perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah, Feyenoord menentang Manchester City...

Berita Pasukan Utama

Rombongan skuad Man City lawan Feyenoord

Manchester City berada do Rotterdam untuk perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 menentang Feyenoord, berikut senarai skuad.

Senarai skuad Manchester City ke Belanda menghadapi Feyenoord, Liga Juara -Juara Eropah..