quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

West Brom 2
Man City 3

West Brom v City EPL

West Brom v City EPL

Liga Perdana Inggeris (EPL) The Hawthorns Att:24003 28 Oktober 2017 15:00:00

West Bromwich Albion

2

Rodriguez 13'

Phillips 92'

2 - 3

Manchester City

3

Sané 10'

Luiz Rosa 15'

Sterling 64'

Pengadil
Mike Jones
Sorotan perlawanan

West Bromwich Albion:

  • Foster
  • Evans
  • Hegazi
  • McAuley Phillips 68’
  • Barry
  • Livermore
  • Gibbs
  • Nyom
  • Krychowiak McClean 81’
  • Rondón Robson-Kanu 58’
  • Rodriguez
Pemain simpanan tidak diturunkan
Brunt, Myhill, Yacob, Chadli

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Sané
  • de Jesus Gündogan 82’
  • Veiga de Carvalho e Silva Sterling 61’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, Bravo, Agüero, Mangala, da Silva

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan jarak lima mata selepas mengalahkan West Brom 3-2 di The Hawthorns petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 10 +29 28
2 Manchester United 10 +19 23
3 Tottenham Hotspur 10 +12 20
4 Chelsea 10 +8 19

Apa yang telah berlaku?

Dengan sembilan pertukaran dilakukan dari skuad yang menyingkirkan Wolves di pusingan keempat Piala Carabao melalui penalti penentuan malam Rabu lalu.

City bertandang buat kali kedua di laman West Brom musim ini selepas menang 2-1 di pusingan ketiga Piala Carabao enam minggu lalu.

Citizens turun dengan rekod tanpa kalah 20 perlawanan berturut-turut dan menyasarkan untuk melanjutkan kemenangan ke-13 berturutan di kesemua kejohanan untuk satu lagi rekod baru kelab.

Pasukan Pep Guardiola hampir membuka jaringan selepas tujuh perlawanan bermula melalui hantaran Kevin De Bruyne kepada Kyle Walker yang hanya sejengkal menemui Gabriel Jesus dan David Silva sebelum tendangan lemah Leroy Sane.

Namun selang lapan minit kemudian, pemain sayap Jerman itu meledak gol pembuka melalui hantaran Fernandinho dari bola awal David Silva.

Ia tidak bertahan lama, apabila dua minit kemudian hantaran bola bekas pemain City, Gareth Barry menemui Jay Rodriguez yang kemudian menanduk masuk melepasi Ederson Moraes untuk gol penyamaan.

Dengan permainan rancak dari awal perlawanan, bola hinggap di kaki Fernandinho untuk dirembat masuk melepasi Ben Foster pada minit ke-15 membawa pelawat mendahului semula pasukan bimbingan Tony Pulis.

City hampir menambah gol ketiga pada minit ke-27 apabila hantaran De Bruyne menemui David Silva namun ia melambung tinggi yang membawa kedudukan 2-1 di masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, City kerap terlepas bola dan hantaran yang kurang kemas yang diambil kesempatan oleh Baggies.

Sejurus Raheem Sterling diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-64 dan ia merubah rentak permainan. Tiga minit kemudian, hantaran Kyle Walker menemui Sterling untuk menjadikan kedudukan 3-1.

City berpeluang menambah jaringan dengan sepakan percuma, namun tendangan De Bruyne tidak membuahkan hasil begitu juga percubaan Silva sebelum gol lewat perlawanan oleh Matt Phillips membawa kedudukan 3-2.

Di sebalik kemenangan

City kembali menjarakkan kedudukan 5 mata dari pencabar tedekat Manchester United selepas kelab jiran tersebut menang tipis 1-0 ke atas Spurs di Old Trafford di perlawanan awalnya.

Apa seterusnya?

Citizens akan terbang ke Naples untuk perlawanan timbal balik peringkat Kumpulan F menentang pendahulu Serie A Itali pada hari Rabu jam 7.45 malam bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Sekiranya City menang ia mengesahkan pasukan Pep mara ke peringkat 16 akhir selepas menang ketiga-tiga perlawanan termasuk 2-1 ke atas Napoli di Stadium Etihad.

Ia diikuti kunjungan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad, 5 November jam 2.15 petang UK bersamaan pukul 10.15 malam waktu Malaysia.

 

 

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

city v west brom

Selepas mencatat rekod kemenangan 12 perlawanan berturutan, City menyasarkan melanjutkan rekod tersebut dalam kunjungan ke West Bromwich Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu.

Segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan Man City menentang West Brom.

Berita Pasukan Utama

City masih tanpa Kompany hadapi West Brom

Berita Pasukan Utama

City masih tanpa Kompany hadapi West Brom