quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 7
Stoke 2

BRAZILIAN BLEND: The City players celebrate after Fernandinho's stunner

BRAZILIAN BLEND: The City players celebrate after Fernandinho's stunner

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54128 14 Oktober 2017 15:00:00

Manchester City

7

Jesus 17', 55'

Sterling 19'

Silva 27'

Luiz Rosa 60'

Sané 62'

Silva 79'

7 - 2

Stoke

2

Diouf 44'

Walker 47'

Pengadil
Craig Pawson

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Silva
  • Luiz Rosa Touré 73’
  • De Bruyne Gündogan 66’
  • Sterling
  • Sané
  • de Jesus Veiga de Carvalho e Silva 63’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Agüero, Mangala

Stoke :

  • Butland
  • Edwards Sobhi Ahmed 53’
  • Wimmer Martins Indi 45’
  • Zouma
  • Pieters
  • Choupo-Moting
  • Diouf
  • Cameron
  • Fletcher
  • Rodríguez Ruiz Afellay 45’
  • Shaqiri
Pemain simpanan tidak diturunkan
Adam, Grant, Crouch, Berahino

City meneruskan prestasi cemerlang sebagaimana sebelum rehat antarabangsa kali ini dengan membelasah Stoke 7-2 di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 8 +25 22
2 Manchester United 8 +19 20
3 Tottenham Hotspur 8 +10 17
4 Watford 8 0 15

Pasukan Pep Guardiola terus berpesta gol dengan kebijakan inspirasi maestro Kevin De Bruyne yang terlibat dalam empat gol.

Dua gol Gabriel Jesus, ditambah gol Raheem Sterling, David Silva, Leroy Sane, Fernandinho dan Bernardo Silva menyekat kemaraan Stoke yang turut menjaringkan dua gol di setiap babak perlawanan.

Apa telah berlaku?

Manchester City turun selepas dua minggu rehat antarabangsa menyambung momentum sama setelah menang 1-0 ke atas Chelsea.

Pep menurukan kesebelasan sama semasa kemenangan di Stamford Bridge dengan Sergio Aguero kembali di bangku simpanan.

Peluang pertama hadir pada minit kelapan apabila De Bruyne menemui Leroy Sane dalam petak penalti namun rembatan Sane terlalu kuat yang melambung tinggi.

Image result for fernandinho city 7-2 stoke

Citizens terus mengetuk pintu gawang pelawat dan pada minit ke-17 akhirnya terbolos apabila Gabriel Jesus meledak hantaran silang Kyle Walker dari jarak dekat.

Dua minit kemudian Sterling menambah gol kedua melalui apabila bola De Bruyne menemui Sane namun tanpa mementingkan diri sendiri dihantar untuk disudahi pemain sayap England tersebut.

Gol ketiga City hadir melalui kerjasama Gabriel dan Sane untuk Sterling, namun seperti awalnya Raheem menghantar bola untuk disumbat masuk oleh kapten pasukan, David Silva pada minit ke-27.

Namun seminit sebelum rehat, hantaran Jesse menemui Mame Diouf yang kemudian menendang masuk melepasi Ederson Moraes yang pertama kali terbolos selepas tujuh perlawanan.

Sekembali di separuh masa kedua, gol Diouf sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pasukan Mark Hughes untuk mengejar dari belakang.

Dua minit selepas perlawanan disambung, hantaran lintang Thomas Edwards cuba ditanduk Diouf dan terkena paha Kyle Walker lalu melepasi Ederson menjadikan kedudukan 3-2.

Image result for fernandinho city 7-2 stoke

Namun Citizens yang lebih mendominasi permainan menambah gol keempat dengan tendangan cantik Fernandinho melalui hantaran Fabian Delph minit ke-60.

Image result for leroy sane city 7-2 stoke

Dua minit kemudian Leroy Sane menyumbat masuk gol kelima melalui hantaran De Bruyne diikutii Bernardo Silva menyempurnakan gol ketujuh melalui hantaran Sterling, sekaligus gol pertamanya buat kelab untuk membawa kemenangan besar 7-2 buat City.

Image result for bernardo silva city 7-2 stoke

Pemain bintang

Tidak syak lagi Kevin De Bruyne begitu menyinar dan begitu menyerlah musim ini dengan dua bantuan gol dan terlibat dalam empat gol lagi. Ia merupakan penampilan ke-100 De Bruyne untuk kelab.

Di sebalik kemenangan

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris tanpa berkongsi mata dan kedudukan berikutan Manchester United diikat seri tanpa jaringan dengan Liverpool di Anfield.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Napoli malam Rabu di Stadium Etihad untuk perlawanan ketiga Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah dan hanya selangkah untuk menempah tempat ke pusingan 16 akhir.

City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan bertemu Burnley Sabtu depan, 21 Oktober jam 10 malam waktu Malaysia.

Previu Perlawanan

Segala yang anda perlu tahu: City vs Stoke

Berita Pasukan Utama

Aguero dijangka kembali lawan Stoke

Berita Pasukan Utama

Pep dinobat Pengurus Terbaik September