quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 2
Napoli 1

SUPER TUESDAY: Raheem Sterling leads the celebrations after his early strie

SUPER TUESDAY: Raheem Sterling leads the celebrations after his early strie

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att: 17 Oktober 2017 19:45:00

Manchester City

2

Sterling 10'

de Jesus 12'

2 - 1

Napoli

1

Diawara (pen)73'

Pengadil
Antonio Mateu Lahoz

Manchester City:

  • Ederson
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones
  • Silva Gundogan 76’
  • Fernandinho
  • De Bruyne
  • Sané
  • de Jesus Danilo 87’
  • Sterling Bernardo 70’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Yaya Toure, Agüero, Mangala, Danilo

Napoli:

  • Reina
  • Albiol
  • Koulibaly
  • Ghoulam
  • Hysaj Maggio 70’
  • Diawara
  • Zielinski
  • Hamsik Ounas 78’
  • Mertens
  • Callejon
  • Insigne Allan 57’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sepe, Jorginho, Maksimovic, Rog

Permainan Manchester City di separuh masa pertama yang memukau terbukti penting dalam kemenangan 2-1 ke atas Napoli.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 3 +7 9
2 Shakhtar Donetsk 3 0 6
3 Napoli 3 0 3
4 Feyenoord 3 -7 0

Gol awal Raheem Sterling diikuti Gabriel Jesus dikurangkan defisit dengan sepakan penalti Napoli oleh Diawara di babak kedua telah membawa pasukan Pep Guardiola unggul mendahului Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah dengan meraih kemenangan kesemua tiga perlawanan.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola menurunkan kesebelasan sama yang telah menewaskan Stoke City 7-2 Sabtu lalu dengan Sergio Aguero masih ditempatkan di bangku simpanan.

City hanya mengambil masa 9 minit untuk membuka jaringan ke atas pendahulu Serie A Itali bimbingan Maurizio Sarri mengulangi gaya permainan-permainan lalu.

Bola awal Fernandinho menemui Leroy Sane yang kemudian diambil oleh David Silva hinggap di kaki Kyle Walker. Namun tendangan pemain pertahanan England tersebut dapat ditepis Pepe Reina sebelum bola muntah berjaya dirembat masuk Sterling.

Citizens menambah gol kedua selang dua minit kemudian melalui hantaran Kevin De Bruyne yang disudahi cantik Gabriel untuk menjadikan kedudukan 2-0.

De Bruyne hampir menambah gol ketiga pada minit ke-25 namun tendangan kencangnya terkena palang dan jatuh tepat di atas garisan gawang Napoli selepas rembatan awal David Silva melambung tinggi.

Image result for diawara goal man city vs napoli

Napoli hampir menemui gol pertama mereka melaku percubaan Marek Hamsik pada minit ke-33 namun berjaya diselamatkan Ederson sebelum pelawat dihadiahkan sepakan penalti berikutan Walker menarik jatuh Raul Albiol di pintu gol.

Namun sepakan penalti tersebut gagal disempurnakan Dries Mertens apabila Ederson sekali lagi tampil menepisnya dan dengan pantas Fernandinho menerjahnya keluar dalam Napoli cuba mencuri kesempatan.

Sekembali di separuh masa kedua, rentak permainan City tidak selincah di babak pertama apabila Napoli mula bermain lebih terbuka dan melakukan asakan serangan.

Hamsik sekali lagi melakukan serangan berbahaya pada minit ke-65 namun berjaya dipatahkan dengan hadangan badan John Stones sebelum Napoli diberikan sepakan penalti kedua selepas Fernandinho menerjah jatuh Faoizi Ghoulam.

Kali ini Amadou Diawara tidak menghampakan para penyokong pasukan pelawat apabila menyempurnakan sepakan penalti melepasi Ederson untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kedudukan tidak berubah sehingga ke wisel penamat untuk memberi kemenangan ketiga berturut-turut buat City di peringkat kumpulan kejohanan dan tanpa kalah dalam 12 perlawanan di kesemua kejohanan musim ini.

Pemain bintang

Kevin De Bruyne sekali lagi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan melalui undian pilihan para peminat dengan bantuan gol untuk Gabriel Jesus.

Di sebalik kemenangan

City unggul di kedudukan pertama Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah dengan mengaut kesemua 9 mata dari 3 perlawanan dengan perlawanan seterusnya bertemu Shakhtar Donetsk di Ukraine.

Apa seterusnya?

City akan kembali meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris hari Sabtu ini, 21 Oktober dengan menerima kunjungan Burnley dengan perlawanan bermula jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Ia diikuti perlawanan pusingan keempat Piala Liga (Carabao Cup) pada malam Rabu menentang Wolverhampton juga bertempat di Stadium Etihad.

 

Previu Perlawanan

Ikuti Langsung di Twitter!

City v Napoli

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan Napoli, dan berikut segala apa yang anda perlu tahu.

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia menjanjikan pertemuan menarik lawan Napoli

Pep Napoli Presser

Sergio Aguero kemungkinan akan kembali dalam kesebelasan utama menentang Napoli malam Rabu selepas berlatih dengan cukup bagus.

Previu Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Napoli, Liga Juara-Juara Eropah

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia merupakan permainan terbaik City