quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 3
Burnley 0

BLUE HEAVEN: Sergio Aguero celebrates after firing home his penalty

BLUE HEAVEN: Sergio Aguero celebrates after firing home his penalty

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54118 21 Oktober 2017 14:00:00

Manchester City

3

Agüero 30' (pen)

Otamendi 73'

Sané 75'

3 - 0

Burnley

0
Pengadil
Roger East
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones
  • De Bruyne Gündogan 80’
  • Silva
  • Luiz Rosa Touré 78’
  • Agüero de Jesus 76’
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
Pemain simpanan tidak diturunkan
Mangala, da Silva, Sterling, Bravo

Burnley:

  • Pope
  • Tarkowski
  • Lowton
  • Ward
  • Mee
  • Arfield
  • Cork
  • Brady
  • Defour Westwood 84’
  • Wood Barnes 20’
  • Hendrick Berg Gudmundsson 71’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bardsley, Taylor, Lindegaard, Long

Manchester City City meraih kemenangan berharga 3-0 ke atas Burnley untuk menyamai rekod terbaik kelab 11 kemenangan berturut-turut.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 9 +28 25
2 Manchester United 9 +18 20
3 Tottenham Hotspur 9 +13 20
4 Chelsea 9 +7 16

City sebelum ini pernah mencatat rekod 11 kemanangan berturut-turut di bawah kendalian Manuel Pellegrini semasa kempen 2014/15 dan 2015/16. Ketika itu City mencatat kemenangan pada 19 April 2015 dan berakhir di kempen seterusnya pada 12 September 2015.

Apa yang telah berlaku?

Bernardo Silva hampir membuka jaringan pada awal minit perlawanan namun dapat diselamatkan Nick Pope sebelum pemain tengah Portugis itu dijatuhkan penjaga gol Burnley dalam kotak penalti.

SOLID SILVA: Bernardo Silva looks to open up the Burnley defence

Sergio Aguero menyempurnakan mudah sepakan penalti pada minit ke-30 untuk gol ke-177 buat kelab sekaligus menyamai rekod yang dipegang sejak tahun 1938 oleh legenda City, Eric Brook.

SPOT ON: Sergio Aguero slams home his record-equalling penalty

Permainan City tidak secantik permainan-permainan sebelumnya apabila Kevin De Bruyne beberapa kali kehilangan bola dan kesilapannya hampir membawa padah apabila Ashley Barney merampas bola untuk disudahi Scott Arfield namun ia sempat dihadang.

Aguero turut memaksa Pope tampil beberapa kali menyelamatkan percubaannya dalam memburu gol ke-178 untuk memecah rekod baru individu di kelab sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.

Dengan pasukan pelawat memegang rekod cemerlang di tempat lawan pada musim ini, anak-anak buah Sean Dyche hampir 10 darinya bertahan di dalam petak penalti yang menyukarkan City menemui ruang yang membawa kedudukan 1-0 ke masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, City melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang Clarets sehinggalah pada minit ke-70 Nicolas Otamendi berjaya menanduk masuk tendangan penjuru David Silva.

Selang dua minit kemudian Leroy Sane menambah gol ketiga dari hantaran De Bruyne sebelum Pep menurunkan Gabriel Jesus dan Yaya Toure menggantikan Aguero dan Fernandinho.

TRIPLE CROWN: Leroy Sane fires home City's third goal

De Bruyne dan Jesus hampir menambah gol seterusnya sebelum Ilkay Gundogan yang menggantikan De Bruyne melakukan hantaran cantik yang hampir disumbat masuk Sane, namun gagal mengena sasaran untuk mengakhiri kemenangan mutlak 3-0.

Pemain bintang

Sergio Aguero kembali beraksi selepas 23 hari direhatkan berikutan patah tulang rusuk selepas terlibat dalam kemalangan jalannraya. Meskipun gagal memecah rekod terbarunya di kelab beliau dinobat Pemain Terbaik Perlawanan.

Di sebalik kemenangan

City unggul di puncak carta liga dengan 25 mata, 5 mata dijarakkan dengan Manchester United selepas kelab jiran tersebut tewas 2-11 di Huddersfield. Pasukan Pep Guardiola kini tanpa kalah dalam 13 perlawanan di kesemua kejohanan musim ini dengan menghasilkan sejumlah 42 gol.

LEVEL BEST: Sergio Aguero celebrates with Leroy Sane and David Silva

Apa seterusnya?

City akan menerima tamu, Wolverhampton malam Rabu ini untuk pusingan keempat Piala Liga (Carabao Cup) dengan perlawanan bermula jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Khamis waktu Malaysia. Kemudian City akan bertandang ke West Brom hari Sabtu depan, 28 Oktober untuk meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris.

Berita Pasukan Utama

Perancangan permainan gembirakan Pep

Previu Perlawanan

Ikuti langsung di Twitter!

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dalam sasaran memperkukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dengan menerima kunjungan Burnley. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Segala yang anda perlu tahu tentang Manchester City lawan Burnley...

Galeri Foto

Persiapan bertemu Burnley