quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 0 (4)
Wolves Wolves 0 (1)

HAND IT TO CLAUDIO: City keeper Claudio Bravo denies Helder Costa

HAND IT TO CLAUDIO: City keeper Claudio Bravo denies Helder Costa

Piala Liga (Carabao Cup) Etihad Stadium 24 Oktober 2017 19:00:00

Manchester City

0
0 - 0

Wolves

0
Pengadil
Kevin Friend
Matchday centre

Manchester City:

  • Bravo
  • Mangala
  • da Silva Walker 103’
  • Adarabioyo Stones 90’
  • Touré
  • Zinchenko
  • Gündogan
  • Sterling
  • de Jesus De Bruyne 82’
  • Agüero
  • Veiga de Carvalho e Silva Sané 95’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Nmecha, Delph, Santana de Moraes

Wolves:

  • Norris
  • Batth
  • Coady
  • Hause
  • Silva Nascimento Vinagre
  • N'Diaye
  • Price
  • Bennett
  • Marshall Ronan 72’
  • Enobakhare Bonatini Lohner Maia 90’
  • Costa Cavaleiro 78’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Deslandes, Gonçalves Miranda, Burgoyne, Doherty

Manchester City menempah tempat ke suku akhir Piala Carabao dengan kemenangan penalti penentuan 4-1 ke atas Wolves selepas diikat seri tanpa jaringan.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola merombak pasukannya dengan melakukan banyak perubahan dari skuad yang mencatat prestasi memberangsangkan termasuk menurunkan Tosin Adarabioyo dan Oleksandr Zinchenko dalam kesebelasan utama.

Pasukan pelawat yang kini mendahului Liga Championship berpagar di petak penalti dari awal perlawanan yang menyukarkan City mencari ruang untuk mencipta peluang jelas.

LEADING MAN: Sergio Aguero looks to force is way through the Wolves defence

Sergio Aguero berpeluang membuka jaringan namun dapat diselamatkan Will Norris sebelum percubaan keduanya dari hantaran Raheem Sterling tersasar jauh.

Claudio Bravo turut menyelamatkan beberapa serangan berbahaya oleh penyerang utama Wolves, Bright Enobkhare sebelum tendangan Aguero melambung tinggi melepasi palang.

HAND IT TO BRAVO: Claudio Bravo makes a wonderful save in the penalty shoot-out

Bernardo Silva memain peranan sebagai tonggak di posisi tengah dengan ketiadaan David Silva dan Kevin De Bruyne, disamping Zinchenko yang memperagakan permainan mantap di pertahanan kiri.

PRESS GANG: Gabriel Jesus and Oleksandr Zinchenko take the game to Wolves

Ilkay Gundogan juga bekerjasama cantik dengan Yaya Toure namun masih sukar untuk menembusi pertahanan Wolves yang bertahan kukuh.

Selain ancaman Enobkahare, Bravo turut menyelamatkan percubaan berbahaya Helder Costa sebelum De Bruyne diturunkan tiga minit sebelum masa tamat menggantikan Gabriel Jesus.

Hantaran De Bruyne ditepis Norris sebelum tepisannya cuba dirembat masuk Sterling namun tangkas diselamatkan Norris untuk membawa perlawanan berakhir tanpa jaringan di masa penuh yang kemudian dilanjutkan ke masa tambahan.

Pep menurunkan John Stones dan Leroy Sane menggantikan Bernardo dan Tosin di masa tambahan yang sedikit merubah rentak permainan.

Namun kedudukan tidak berganjak meskipun satu pertukaran tambahan dilakukan yang dibenarkan mengikut peraturan Piala Carabao dengan menurunkan Kyle Walker menggantikan Danilo.

Dua minit sebelum masa tambahan berakhir City dihidangkan peluang dengan sepakan percuma selepas N'Diaye menjatuhkan Sterling. De Bruyne dipertanggungjawabkan menyempurnakannya namun ia melambung melepasi palang.

Image result for pep guardiola an bravo city vs wolves

Berikutan tiada pemenangan selepas 30 minit masa tambahan permainan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Piala Carabao pertama kali melaksakanan sistem penalti penentuan (penalty shootout) ABBA dengan selepas sepakan pertama ia dilakukan dua sepakan berturutan untuk setiap pasukan.

PENALTY PRIZE: The City players celebrate their spot-kick success

Selepas gagal menyelamatkan sepakan pertama Wolves oleh Bonatini, De Bruyne dan Yaya membawa City mendahului 2-1. Bravo tampil menyelamatkan dua sepakan penalti Wolves berturutan oleh N'Diaye dan Coady sebelum Sane dan Aguero menjadikan kedudukan 4-1 buat City.

Di sebalik kemenangan

Dengan kemenangan penalti penentuan tersebut City mara ke suku akhir Piala Carabao dan lawan City akan ditentukan melalui undian pada hari Khamis 26 Oktober, 4 petang UK bersamaan pukul 11 malam waktu Malaysia bertempat di London.

Setakat ini 6 pasukan sudah menempah tempat ke pusingan kelima; Manchester United, Bristol City, Bournemouth, Leicester City, Arsenal dan Manchester City. Empat pasukan masih merebut 2 tempat lagi iaitu; Chelsea, Everton, Spurs dan West Ham.

Image result for pep guardiola and bravo city vs wolves

Ia masih menjadi perdebatan sama ada kemenangan melalui penalti penentuan dikira sebagai kemenangan atau seri. Namun keputusan muktamad adalah seri dengan penalti penentuan dikira untuk memilih pemenang ke peringkat seterusnya. Sekiranya pendapat mengatakan ia dikira kemenangan, ia bermakna City mencatat rekod baru kemenangan ke-12 berturut-turut di kesemua kejohanan.

Pemain bintang

Claudio Bravo menjadi Pemain Terbaik Perlawanan dengan tiga penyelamatan penting semasa satu lawan satu dengan Enobkahare dan dua sepakan penalti penentuan.

Apa seterusnya?

City akan bertandang ke West Brom hari Sabtu ini, 28 Oktober untuk saingan Liga Perdana Inggeris sebelum berkunjung ke Napoli hari Rabu untuk perlawanan keempat peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

 

Galeri Foto

Persediaan bertemu Wolverhampton Wanderers

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

City v Wolves

Segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan Manchester City dengan Wolverhampton Wanderers dalam pusingan keempat Piala Carabao.

Previu perlawanan peringkat 16 akhir Piala Liga antara Manchester City dan Wolverhampton Wanderers..

Laporan Perlawanan

City tundukkan pelawat Burnley di Etihad

BLUE HEAVEN: Sergio Aguero celebrates after firing home his penalty

Manchester City City meraih kemenangan berharga 3-0 ke atas Burnley untuk menyamai rekod terbaik kelab 11 kemenangan berturut-turut.

Laporan perlawanan Manchester City 3 Burnley 0