quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Napoli 2
Man City 4

SPECIAL K: Kun's expression says it all

SPECIAL K: Kun's expression says it all

Liga Perdana Inggeris (EPL) San Paulo Stadium Att:44483 01 November 2017 19:45:00

Napoli

2

Insigne 21'

Frello Filho 62' (pen)

2 - 4

Manchester City

4

Otamendi 34'

Stones 48'

Agüero 69'

Sterling 92'

Pengadil
Dr. Felix Brych
Sorotan perlawanan

Napoli:

  • Reina
  • Hysaj
  • Albiol
  • Koulibaly
  • Ghoulam Maggio 31’
  • Marques Loureiro Rog 75’
  • Frello Filho Ounas 82’
  • Hamsik
  • Insigne
  • Mertens
  • Callejón
Pemain simpanan tidak diturunkan
Chiriches, Zielinski, Diawara, Sepe

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones
  • da Silva
  • Delph
  • Otamendi
  • Sterling
  • Sané de Jesus 90’
  • Luiz Rosa
  • Gündogan Silva 71’
  • De Bruyne
  • Agüero Veiga de Carvalho e Silva 76’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, Bravo, Mangala, Walker

Sergio Aguero akhirnya memecah rekod kelab sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dengan gol ke-178 dalam kemenangan 4-2 di Napoli.

City melangkah ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas mendahului Kumpulan F dengan menang kesemua empat perlawanan.

Apa yang telah berlaku?

Pep memanggil semula Ilkay Gundogan, Danilo, Raheem Sterling dan Aguero untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dengan menempatkan Kyle Walker, Bernardo Silva, David Silva dan Gabriel Jesus di bangku simpanan.

Kedua-dua pasukan bermain dengan menekan dari awal perlawanan yang menyakikan permainan rancak, namun City kerap kehilangan bola yang membawa pertama kali pasukan lawan lebih menguasai posesi.

Napoli memperagakan permainan cantik selaku pendahulu Serie A yang masih belum kalah musim ini dalam saingan liga Itali dan pada minit ke-21 Lorenzo Insigne meledak gol pembuka melalui hantaran Dries Mertens melepasi Ederson.

Image result for napoli 2-4 man city

Namun sebaliknya gol tersebut menjadi pembakar semangat untuk Citizens mencari segera gol penyamaan dan Aguero hampir melakukannya melalui hantaran Raheem Sterling tapi hanya sejengkal melepasi palang.

Pada minit ke-34 Nicolas Otamend dengan tandukan berbisa berjaya menyamakan kedudukan melalui tendangan penjuru sebelum cubaan tandukan John Stones terkena palang gol Pepe Reina untuk membawa kedudukan 1-1 di masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, Napoli hampir mendahului City namun berjaya ditepis keluar Ederson sebelum cubaan kedua tandukan Stones turut terkena palang namun ia melepasi garisan gol untuk membawa City mendahului pasukan Maurizio Sarri.

Namun pada minit ke-62 Napoli dihadiahkan sepakan penalti berikutan Leroy Sane mengasari Raul Albiol.

Jorginho tidak menghampakan para penyokong tempatan yang tidak putus memberi sorakan semangat dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan semula kedudukan 2-2.

 

Image result for gol aguero napoli 2-4 man city

Tujuh minit kemudian detik bersejarah tiba apabila bola awal Fernandinho diambil Sane kemudian hinggap di kaki Aguero lalu digelecek laju ke gawang Napoli untuk dirembat masuk bagi gol ke-178 di penampilan ke-264.

Gabriel Jesus yang diturunkan sebagai pemain gantian hampir menambah gol keempat namun Sterling menemuinya dengan menyudahi cantik hantaran Kevin De Bruyne untuk memberi kemenangan indah buat Citizens 4-2, menjadikan pasukan England pertama meraih kemenangan di laman Napoli.

Pemain bintang

Tidak lain tidak bukan, Sergio Aguero yang menjadikan ia malam akan dikenang buat bintang Argentina.

Di sebalik kemenangan

City layak ke-16 akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kutipan 12 mata penuh dari empat perlawanan Kumpulan F dengan dua lagi baki perlawanan, diikuti Shaktar Donetsk di tempat kedua selepas tuan rumah final kejohanan mengalahkan Feyenoord 3-1.

Ia menjadikan kemenangan ke-14 berturut-turut  City dan tanpa kalah ke-22 di kesemua kejohanan dan 16 perlawanan musim ini , satu lagi rekod baru kelab.

Image result for napoli 2-4 man city

Apa seterusnya?

City akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal Ahad depan, 5 November di Stadium Etihad untuk mengukuhkan kedudukan di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan pencabar terdekat Manchester United akan bertandang di Stamford Bridge bertemu juara bertahan.

Saingan liga England dan Eropah akan berhenti seketika selepas itu untuk memberi laluan kepada rehat antarabangsa selama dua minggu sebelum disambung semula 18 November dengan kunjungan City ke Leicester.

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

Napoli vs City

September yang sempurna dan tiada tragedi di bulan Oktober dalam City memasuki bulan November yang kian mencabar bermula di Napoli.

Previu perlawanan Napoli lawan Manchester City, Liga Juara-Juara Eropah.

Galeri Foto

Napoli kami datang!

Galeri Foto

Napoli kami datang!