quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 1
Feyenoord 0

TOP SPOT: City players celebrate Sterling's winner

TOP SPOT: City players celebrate Sterling's winner

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Etihad Stadium Att:43548 21 November 2017 19:45:00

Manchester City

1

Sterling 88'

1 - 0

Feyenoord

0
Pengadil
Ivan Kruzliak
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Mangala
  • Otamendi
  • Walker
  • da Silva
  • Touré Foden 75’
  • Gündogan
  • De Bruyne de Jesus 64’
  • Agüero
  • Sterling Diaz 91’
  • Veiga de Carvalho e Silva
Pemain simpanan tidak diturunkan
Silva, Luiz Rosa, Bravo, Delph

Feyenoord:

  • Jones
  • Diks Nieuwkoop 72’
  • Haps
  • van Beek
  • Tapia
  • Toornstra
  • Vilhena
  • Amrabat
  • Berghuis Basacikoglu 82’
  • Larsson
  • Boëtius Jørgensen 69’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Vermeer, St. Juste, Kramer, Nelom

City mara ke 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah sebagai pendahulu Kumpulan F selepas gol lewat perlawanan oleh Raheem Sterling dalam kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord malam Rabu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 5 +10 15
2 Shakhtar Donetsk 5 -1 9
3 Napoli 5 +1 6
4 Feyenoord 5 -10 0

Penjaring gol terbanyak City itu meledak masuk hantaran Ilkay Gundogan dua minit sebelum wisel penamat untuk membawa kemenangan ke-17 berturut-turut di kesemua kejohanan musim ini.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola melakukan enam pertukaran pemain dari skuad yang mengalahkan Leicester 2-0 Sabtu lalu dengan Sergio Aguero menjadi kapten pasukan.

Permainan bermula perlahan dan mendatar tanpa sebarang percubaan jelas oleh kedua-dua pasukan sehinggalah pada minit ke-26 Ederson hampir membenarkan gol lawan oleh Jean-Paul Boetius yang merampas bola dari kakinya.

Namun ia berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang City tersebut dengan sempurna dari kemungkinan dikenakan kad merah.

Selepas setengah sejam perlawanan Aguero dan Sterling hampir membuka jaringan diikuti Sam Larsson enam minit kemudiannya yang berjaya ditepis keluar Ederson untuk mengakhiri separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan.

Sekembali di babak kedua, permainan lebih rancak dengan hantaran Bernardo Silva hanya sejengkal untuk melepasi pertahanan Feyenoord diikuti percubaan bertubi-tubi Aguero yang melepasi palang gol Brad Jones.

Pada minit ke-60 kad kuning dilayangkan kepada Kevin De Bruyne membawanya digantung permainan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Shakhtar Donetsk.

City kemudiannya dihidangkan peluang dengan sepakan percuma namun tendangan Yaya Toure jauh menyasar diikuti percubaan Aguero dari jarak jauh menyipi keluar.

Phil Foden, 17 yang diturunkan pada minit ke-75 untuk penampilan pertamanya dalam kejohanan, menjadikannya pemain ke-4 termuda England beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah, dan yang ke-35 dalam kejohanan.

Pada minit ke-88 hantaran kemas Gundogan berjaya dikejar Sterling lalu ditendang masuk untuk memberi kemenangan berharga buat City sebelum beliau diganti oleh seorang lagi pemain muda, Brahim Diaz, 18.

Pemain bintang

Raheem Sterling menjadi penyelamat dengan gol kemenangan untuk gol ke-11 buat City musim ini di kesemua kejohanan.

Di sebalik kemenangan

City unggul di kedudukan pertama Kumpulan F dengan meraih 15 mata dengan menang semua 5 perlawanan.

Kemenangan Napoli 3-0 ke atas Shkahtar Donetsk bermakna pasukan Ukraine tersebut perlu meraih sekurang-kurangnya satu mata apabila bertemu City pada 6 Disember nanti untuk mengiringi City ke 16 akhir.

Sebaliknya, kekalahan Donetsk kepada City dan kemenangan Napoli ke atas Feyenoord akan membawa pendahulu Serie A Itali ke pusingan seterusnya.

Apa seterusnya?

City akan bertandang ke Huddersfield hari Ahad ini dengan perlawanan bermula jam 4 petang UK bersamaan 12 pagi Isnin waktu Malaysia dengan sasaran kemenangan ke-18 berturut-turut, diikuti pertemuan dengan Southampton malam Khamis di Stadium Etihad dalam Liga Perdana Inggeris.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami ingin bina sejarah besar di Eropah

Berita Pasukan Utama

De Bruyne: City terus ‘laparkan’ kejayaan

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kompany boleh ganti tempat Stones