quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Leicester 0
Man City 2

KING POWER PARTY: The City players celebrate Kevin De Bruyne's wonder goal.

KING POWER PARTY: The City players celebrate Kevin De Bruyne's wonder goal.

Liga Perdana Inggeris (EPL) King Power Stadium Att:31908 18 November 2017 15:00:00

Leicester City

0
0 - 2

Manchester City

2

Jesus 45'

De Bruyne 49'

Pengadil
Graham Scott
Sorotan perlawanan

Leicester City:

  • Schmeichel
  • Morgan
  • Simpson
  • Fuchs
  • Maguire
  • Gray
  • Mahrez Slimani 83’
  • Iborra Okazaki 83’
  • Ndidi
  • Albrighton Iheanacho 67’
  • Vardy
Pemain simpanan tidak diturunkan
King, Chilwell, Hamer, Dragovic

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Stones Mangala 31’
  • Kompany
  • Delph
  • Walker
  • De Bruyne Gündogan 89’
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • Sterling Veiga de Carvalho e Silva 84’
  • Sané
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Yaya Touré, Bravo, Agüero

City meneruskan rekod baru dengan kemenangan ke-16 berturut-turut selepas menundukkan Leicester 2-0 di Stadium King Power, petang Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 12 +33 34
2 Manchester United 12 +21 26
3 Chelsea 12 +13 25
4 Tottenham Hotspur 12 +11 23

Apa yang telah berlaku?

Dengan kebanyakan ahli skuad baru kembali dari tugasan antarabangsa selama dua minggu mewakili negara masing-masing, ia tidak memeranjatkan City mengambil masa untuk menemui semula rentak permainan yang telah menyaksikan permainan yang menghiburkan sejak dari awal musim.

Kapten Vincent Kompany kembali beraksi sejak kali terakhir dalam kemenangan di Bournemouth akhir bulan Ogos lalu, namun dikenakan kad kuning di awal perlawanan selepas menjatuhkan Jamie Vardy.

City kemudiannya mula menguasai permainan dengan kerjasama cantik Kevin De Bruyne, Fabian Delph dan Leroy Sane di sayap kiri.

Namun Leicester memberi tentangan sengit terutama bekas juara liga musim 2015/16 kini di bawah kendalian Claude Puel yang jelas ampuh pertahanan mereka.

John Stones terpaksa menamatkan perlawanan berikutan masalah hamstring dan digantikna dengan Eliaquim Mangala selepas 30 minit permainan.

Kedudukan yang terikat akhirnya berubah apabila Delph dan De Bruyne berjaya merungkaikan pertahanan Leicester sebelum bola tersebut diambil Raheem Sterling kepada David Silva yang disudahi mudah Gabriel Jesus satu minit sebelum masa rehat.

Sekembali di babak kedua, Leicester hampir menyamakan kedudukan namun percubaan mereka terkena tiang gol Ederson sebelum hantaran Leroy Sane dirembat masuk De Bruyne untuk mendahului tuan rumah 2-0 pada minit ke-49.

City berpeluang menambah gol seterusnya melalui percubaan Jesus dan Silva namun gagal menemui sasaran untuk berkesudahan dua gol tanpa balas dan tiga mata penuh dibawa pulang.

Pemain bintang

Kevin De Bruyne yang merupakan Pemain Terbaik Etihad bulan Oktober dinobat Pemain Terbaik Perlawanan. Pemain tengah Belgium itu kini terlibat dalam 50 gol buat City dalam Liga Perdana Inggeris di penampilan ke-76 liga iaitu 16 gol dan 34 bantuan jaringan.

Di sebalik kemenangan

City kini kekal di puncak carta liga dengan 34 mata, sembilan mata jarak dengan pencabar terdekat Chelsea sebelum Manchester United turut bertemu Newcastle.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Feyenoord dalam perlawanan peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah dengan pasukan Pep Guardiola sudah layak ke 16 akhir, sebelum bertandang ke Huddersfield Ahad depan.

Galeri Foto

Liga Perdana kembali! Persiapan ke Leicester

Galeri Foto

Liga Perdana kembali! Persiapan ke Leicester

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

leicester v city

Ikuti liputan langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris pertemuan Manchester City dengan Leicester City di bawa dari King Power Stadium.