quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Huddersfield 1
Man City 2

RAHEEM TO THE RESCUE: City's number 7 celebrates scoring his 12th of the season to put City ahead.

RAHEEM TO THE RESCUE: City's number 7 celebrates scoring his 12th of the season to put City ahead.

Liga Perdana Inggeris (EPL) John Smith's Stadium Att:24121 26 November 2017 16:00:00

Huddersfield Town

1

Otamendi 46'

1 - 2

Manchester City

2

Agüero 47' (pen)

Sterling 84'

Pengadil
Craig Pawson
Sorotan perlawanan

Huddersfield Town:

  • Lössl
  • Jorgensen
  • Smith
  • Malone Löwe 74’
  • Schindler
  • Ince Quaner 81’
  • Hogg Mounie 86’
  • Williams
  • van La Parra
  • Mooy
  • Depoitre
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kachunga, Green, Hadergjonaj, Cranie

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Kompany de Jesus 80’
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Silva Mangala 89’
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Sané
  • Agüero Gündogan 86’
  • Sterling
Pemain simpanan tidak diturunkan
Veiga de Carvalho e Silva, Zinchenko, Bravo, da Silva

City terpaksa mengejar dari belakang untuk menjamin kemenangan 2-1 ke atas Huddersfield di Stadium John Smith, petang Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 13 +34 37
2 Manchester United 13 +22 29
3 Chelsea 13 +13 26
4 Arsenal 13 +7 25

Ia merupakan kali pertama dalam masa 22 tahun sejarah kelab dapat meraih kemenangan selepas ditinggalkan pada separuh masa pertama dalam Liga Perdana Inggeris.

Apa yang telah berlaku?

Huddersfield bertahan kukuh dalam petak penalti dan bekerja keras setiap kali City menguasai posesi bola menjadikan setiap penyudahan City dalam keadaan tergopoh gapah pada awal perlawanan.

Ia turut menyukarkan City untuk mencari ruang dan melakukan percubaan dengan hampir sepuluh pemain tuan rumah sentiasa bertahan di balik bola.

City memperolehi peluang pertama pada minit ketujuh dengan percubaan tandukan Vincent Kompany melalu tendangan penjuru Kevin De Bruyne, sebelum tendangan Sergio Aguero melepasi penjaga gol Huddersfield, Jonas Lössl pada minit ke-13 namun dibatalkan kerana ofsaid.

Sejurus selepas itu, hantaran silang Leroy Sane hanya sejengkal untuk menemui Aguero di pintu gawang sehinggalah pada minit ke-33 hantaran dari kerjasama De Bruyne dan Silva cuba dirembat masuk Aguero namun ia melambung tinggi.

Nicolas Otamendi turut melakukan percubaan dari jarak jauh namun rembatan kencangnya seinci melepasi palang sebelum tendangan Aguero diselamatkan Lossl yang kemudiannya tepisan bola tersebut cuba disepak masuk Sterling tapi2 menyasar keluar.

1-0 DOWN: Huddersfield take the lead late on in the first half.

Di masa tambahan babak pertama, hantaran lintang Aaron Mooy hampir disumbat masuk Mathias Jorgensen dari jarak dekat sebelum cubaan tandukan Schinder dari tendangan penjuru terkena bahu Otamendi lalu meluncur masuk melepasi Ederson yang membawa tuan rumah mendahului 1-0.

WORK TO DO: City go in behind at half time.

Sekembali di babak kedua, sebaik sahaja dua minit perlawanan disambung rayuan Sterling untuk penalti ditolak pengadil selepas Lossl jelas mengasarinya namun buat kali kedua ia berlaku  pengadil perlawanan Pawson menyaksikan Scott Malone menjatuhkan Sterling untuk dihadiahkan sepakan penalti.

PENALTY: Raheem Sterling is brought down by 'keeper Jonas Lossl and referee Craig Pawson points to the spot.

Aguero menyempurnakan mudah sepakan penalti untuk gol ke-180nya buat City menjadikan kedudukan terikat 1-1 dan Sane hampir menambah gol kedua pada minit ke-55 namun ia tepat terkena palang gol.

Sepuluh minit sebelum wisel penamat, Gabriel Jesus diturunkan bagi menggantikan Kompany dan empat minit kemudiannya percubaannya dapat ditepis Lossl sebelum bola muntah hinggap di kaki Sterling lalu dirembat masuk untuk ledakan gol kemenangan.

Ia merupakan gol ke-12 Sterling di kesemua kejohanan musim ini dan ia seakan menjadi tradisi buatnya menjaringkan gol penyelamat di saat-saat genting buat City musim ini sebagaimana gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord , Selasa lalu.

Pemain bintang

Aguero mendapat undian terbanyak melalui aplikasi City MatchDay untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan atas aksi cemerlangnya sepanjang 90 minit permainan, dan gol penyamaan melalui sepakan penalti.

Di sebalik kemenangan

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan jarak lapan mata dari pencabar terdekat Manchester United selepas kelab jiran tersebut menang tipis 1-0 ke atas Brighton, dan meninggalkan juara bertahan, Chelsea yang berada di tempat ketiga dengan jurang 11 mata.

City kini mencatat 11 kemenangan Liga Perdana berturut-turut musim ini (18 semua kejohanan) dan 26 perlawanan tanpa kalah semenjak akhir musim lalu. Satu lagi rekod terbaik kelab.

 Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Southampton pada hari Rabu ini, 29 November jam 8 malam waktu UK (4 pagi waktu Malaysia) sebelum West Ham United bertandang pada hari Ahad, 3 Disember jam 4 petang UK (12 tengah malam waktu Malaysia) dalam saingan Liga Perdana.

Galeri Foto

Persiapan ke Huddersfield

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

City v Hudds

Ikuti liputan langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris pertemuan Manchester City dengan Huddersfield di bawa dari John Smith's Stadium.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami takkan pandang mudah Huddersfield