quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 3
Arsenal 1

179 AND COUNTING: City's record-breaking forward celebrates his penalty strike with Leroy Sané.

179 AND COUNTING: City's record-breaking forward celebrates his penalty strike with Leroy Sané.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 05 November 2017 14:15:00

Manchester City

3

De Bruyne 19'

Agüero 50' (pen)

de Jesus 74'

3 - 1

Arsenal

1

Lacazette 65'

Pengadil
Michael Oliver
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Stones
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Sterling Gündogan 78’
  • Sané Veiga de Carvalho e Silva 87’
  • Agüero de Jesus 62’
Pemain simpanan tidak diturunkan
da Silva, Touré, Bravo, Mangala

Arsenal:

  • Cech
  • Monreal
  • Koscielny
  • Coquelin Lacazette 56’
  • Kolasinac
  • Ramsey
  • Xhaka Giroud 78’
  • Bellerín
  • Iwobi Wilshere 78’
  • Sánchez
  • Özil
Pemain simpanan tidak diturunkan
Macey, Walcott, El Sayed El Neny, Debuchy

Manchester City meneruskan momentum dengan 15 kemenangan berturutan dengan mengalahkan Arsenal 3-1 petang Ahad di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 11 +31 31
2 Manchester United 11 +18 23
3 Tottenham Hotspur 11 +13 23
4 Chelsea 11 +9 22

City meraih tiga mata berharga selepas gol Kevin De Bruyne, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus menundukkan pelawat untuk satu lagi rekod baru pasukan Pep Guardiola.

Apa yang telah berlaku?

Berikutan pencapaian rekod baru Aguero sebagai penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman malam Khamis lalu dengan gol ke-178 menentang Napoli, Citizens memulakan permainan dengan gaya sama menekan dan intensiti tinggi.

Ia menunjukkan dalam masa beberapa minit pertama sebelum Gunners mula melakukan serangan dengan dua percubaan pertama Alexis Sanchez dan Mesut Ozil dari jarak jauh, namun gagal mengena sasaran.

Image result for man city 3-1 arsenal wenger de bruyne

Tuan rumah menemui peluang pertama melalui tendangan rendah Sane namun dapat diselamatkan Petr Cech sehinggalah pada minit ke-19 De Bruyne meledak gol pembuka melalui kerjasama Fernandinho.

Sterling hampir menyumbat gol kedua melalui hantaran David Silva pada minit ke-33 namun ia menyusur melintasi hadapan gawang Cech sebelum hantaran Sane tidak terkejar untuk disudahinya untuk mengakhiri babak pertama 1-0.

Image result for man city 3-1 arsenal wenger de bruyne

Beberapa minit selepas perlawanan disambung semula Arsenal melaklukan serangan berbahaya dengan kerjasama Sanchez dan Aaron Ramsey yang melalui awah kelangkang John Stones untuk memaksa Ederson menerkamnya.

Sejurus selepas itu pada minit ke-50 Sterling ditolak jatuh Nacho Monreal dalam kotak penalti yang kemudiannya disempurnakan Aguero untuk gol terus menambah rekod baru golnya ke angka 179.

Lima belas minit kemudiannya Gunners mengurangkan defisit gol melalui pemain gantian Alexandre Lacazette sebelum Gabriel Jesus menambah gol ketiga minit ke-75 untuk memberi kemenangan 3-1.

Di sebalik kemenangan

City terjamin di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan sekurang-kurangya kekal jarak lima mata sebelum perlawanan antara Manchester United dan Chelsea.

Pemain bintang

Kevin De Bruyne yang mendapat undian terbanyak sebagai Pemain Terbaik Etihad bulan Oktober sekali lagi menjadi pilihan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan kali ini dengan gol pembukanya.

Image result for man city 3-1 arsenal wenger

Apa seterusnya?

Saingan bola England dan Eropah dihenti seketika untuk memberi laluan kepada tugasan antarabangsa sebelum diteruskan semula lagi dua minggu dengan kunjungan ke Stadium King Power bertemu Leicester pada hari Sabtu, 18 November.

Previu Perlawanan

Ikuti langsung kami di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Pep puji Sterling menjelang lawan Arsenal

Berita Pasukan Utama

City mendominasi pencalonan anugerah EPL Oktober