quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2016/17

Video Galeri Foto

Man City 3
West Brom 1

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 16 Mei 2017 11:30:00

Manchester City

3

de Jesus 27'

De Bruyne 29'

Touré 57'

3 - 1

West Bromwich Albion

1

Robson-Kanu 87'

Pengadil
Craig Pawson

Manchester City:

  • Caballero
  • Otamendi
  • Kompany Stones 74’
  • Fernandinho
  • Kolarov
  • De Bruyne
  • Sané
  • Touré Fernando 81’
  • de Jesus
  • Silva Zabaleta 62’
  • Agüero
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sterling, Gunn, Clichy, Navas,

West Bromwich Albion:

  • Foster
  • Wilson McLean 52’
  • Evans
  • Dawson
  • Nyom
  • Livermore Morrison 65’
  • Yacob
  • Brunt
  • Chadli
  • Fletcher
  • Rondón Robson-Kanu 71’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Field, Leko, K Wilson, Myhill

City kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan West Bromwich Albion 3-1 di perlawanan terakhir di Stadium Etihad musim ini.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Chelsea 33 +40 78
2 Tottenham Hotspur 33 +47 74
3 Liverpool 34 +28 66
4 Manchester City 33 +28 65

Gol pembuka Gabriel Jesus diikuti gol kedua Kevin De Bruyne di separuh masa pertama, ditambah gol ketiga Yaya Toure di babak kedua, mengukuhkan kedudukan pasukan Pep Guardiola untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Namun ia adalah malam khas buat Pablo Zabaleta, dengan para penyokong bangun memberi tepukan gemuruh sebaik sahaja beliau diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-60 dan setia menunggu seusai perlawanan untuk majlis perpisahan buat pemain yang dekat di hati mereka selama sembilan tahun.

Apa yang telah berlaku?

Perlawanan bermula agak hambar dengan pasukan pelawat lebih banyak bertahan yang menyukar City menemui ruang untuk mencipta peluang sebenar sehinggalah minit ke-13 apabila City dihidangkan peluang dengan sepakan percuma Aleks Kolarov, namun ia dapat ditepis Ben Foster.

Ia kemudiannya diikuti tendangan jarak jauh Leroy Sane, namun ia menyasar keluar, sebelum sepakan percuma West Brom oleh Nacer Chadli berjaya diselamatkan Willy Caballero.

Akhirnya kedudukan yang terikat terurai pada minit ke-27 dengan kerjasama cantik Yaya dan Sergio Aguero yang menemui De Bruyne untuk disudahi Gabriel dari jarak dekat untuk gol keenamnya buat City dari 10 penampilan musim ini.

Selang dua minit kemudian, hantaran cantik Aguero menemui Gabriel yang kemudian diterjah pertahanan West Brom. Bola Jesus yang terlepas kemudiannya hinggap di kaki De Bruyne untuk dirembat masuk untuk gol kedua.

City terus mencari gol seterusnya dengan beberapa percubaan oleh Sane, Gabriel, Vincent Kompany dan De Bruyne namun tidak berhasil untuk membawa kedudukan 2-0 di masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, City terus mendominasi permainan yang menyaksikan Aguero dan Sane terlepas peluang tipis untuk menambah gol.

Pada minit ke-57 Yaya meledak gol ketiga melalui kerjasama cantiknya dengan Aguero yang sukar diselamatkan Foster.

Tiga minit sebelum wisel penamat Hal Robson-Kanu menjaringkan gol saguhati buat pasukan kendalian Tony Pulis untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-1 buat the Citizens.

Di sebalik kemenangan

Dengan City dan Arsenal kedua-duanya menang, kedudukan di enam teratas liga tidak banyak berubah. Namun sehingga kini City berada di kedudukan selesa untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah, sekurang-kurangnya dengan meraih seri di perlawanan terakhir menentang Watford.

Sekiranya City menang menentang Watford, posisi ketiga terjamin dan pasukan Pep Guardiola layak secara automatik tanpa ‘play-off’ ke Liga Juara-Juara musim depan.

Namun sekiranya City tewas dan Arsenal menang ke atas Everton dan Liverpool pula ke atas Middlesborough, Arsenal perlu menjaring lebih dari enam gol untuk memintas City di posisi keempat dan mencuri tempat ke Liga Juara-Juara.

Apa seterusnya?

Perlawanan penutup musim ini akan berlangsung di Vicarage Road menentang Watford pada hari Ahad, 21 Mei jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Selamat jalan Zaba!

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan lawan West Brom ibarat final

Manchester City akan diperkuatkan dengan kembalinya John Stones dalam skuad untuk perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini menentang West Bromwich Albion, malam Rabu.

Previu Perlawanan Pep Guardiola vs West Brom

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke UCL

City memperkukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menang 2-1 ke atas Leicester hari Sabtu.

Laporan perlawanan Manchester City vs Leicester City

Berita Pasukan Utama

Pep puji ‘keberanian’ pengadil

Pep Guardiola menyifatkan pengadil Robert Madley sebagai ‘berani’ selepas membatalkan sepakan penalti Leicester dalam kemenangan City 2-1 di Stadium Etihad.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Leicester