quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2016/17

Video Galeri Foto

Man City 5
Palace 0

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54119 06 Mei 2017 14:00:00

Manchester City

5

Silva 2'

Kompany 49'

De Bruyne 59'

Sterling 82'

Otamendi 92'

5 - 0

Crystal Palace

0
Pengadil
Michael Oliver

Manchester City:

  • Caballero
  • Clichy
  • Kompany
  • Luiz Rosa
  • Otamendi
  • Sterling
  • Touré
  • Sané Navas 84’
  • Silva Zabaleta 68’
  • De Bruyne
  • de Jesus Iheanacho 84’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Gunn, Sagna, Kolarov, Reges

Crystal Palace:

  • Hennessey
  • Kelly Delaney 76’
  • Schlupp
  • Ward
  • van Aanholt
  • Puncheon
  • Milivojevic Flamini 67’
  • McArthur
  • Benteke
  • Townsend Lee 57’
  • Zaha
Pemain simpanan tidak diturunkan
Remy, Speroni, Campbell, Sako

The Citizens mempersembahkan aksi lima bintang selepas mendahului 1-0 di babak pertama dengan menambah empat gol lagi di separuh masa kedua dalam persembahan antara terbaik Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Chelsea 35 +46 84
2 Tottenham Hotspur 35 +48 77
3 Liverpool 36 +29 70
4 Manchester City 35 +33 69

Apa yang telah berlaku?

City bermula cemerlang dengan mencatat gol pembuka terpantas sejak Februari 2015 oleh Sergio ke atas Newcastle melalui rembatan masuk David Silva dari hantaran Raheem Sterling.

Ia merupakan gol ke-50 Silva dari 26 penampilan untuk City sejak menyertai kelab pada tahun 2010 yang membawa City mendominasi permainan dengan posesi 82% berbanding hanya 18% oleh pelawat.

Gabriel Jesus hampir menambah gol kedua namun dapat ditampan pertahanan Palace sebelum tandukan Christian Benteke hampir membawa gol penyamaan yang berjaya diselamatkan Willy Caballero.

Ia sebagai peringatan yang pasukan kendalian Sam Allardyce bukan sembarangan yang telah mengalahkan Chelsea, Arsenal dan Liverpool musim ini.

Tiga minit sekembali di babak kedua, City menambah gol kedua dengan tendangan padu Vincent Kompany dari hantaran Kevin De Bruyne melepasi penjaga gawang Palace Wayne Hennessey.

Ia ternyata tidak berhenti di situ apabila De Bruyne menyumbat gol ketiga selepas sejam perlawanan sebelum tandukan Pablo Zabaleta disudahi Sterling menjadikan kedudukan 4-0, lapan minit sebelum masa penuh.

Pada masa tambahan Nicolas Otamendi menggenapkan gol kelima dengan tandukan dari sepakan percuma De Bruyne dalam satu satu persembahan terbaik City di tempat sendiri musim ini.

Di sebalik kemenangan

City kembali ke kedudukan ketiga sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam dengan jumlah mata yang sama dengan Liverpool, namun dibezakan dengan jumlah gol, sebelum Liverpool beraksi pada hari Ahad.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan penyandang juara liga, Leicester Sabtu depan 13 Mei di hari genap ulang tahun kelima detik keramat 93.20 ketika gol Aguero membawa City menjulang piala Liga Perdana Inggeris yang menamatkan penantian 44 tahun.

 

Berita Pasukan Utama

Pep: Menukar peluang kepada gol adalah kunci

Pep Guardiola berkata yang gol awal dalam setiap babak perlawanan merupakan platform sempurna untuk City mencatat kemenangan terbesar di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Palace

Berita Pasukan Utama

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Palace

Pep Guardiola mengesahkan Sergio Aguero, Claudio Bravo dan John Stones tidak dapat beraksi ketika Crystal Palace bertandang di Stadium Etihad, Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola Man City vs Palace

Berita Pasukan Utama

Sane, Sterling dan Caballero bersaing untuk POTM