quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2016/17

Video Galeri Foto

Watford 0
Man City 5

Liga Perdana Inggeris (EPL) Vicarage Road Att:20829 21 Mei 2017 14:00:00

Watford

0
0 - 5

Manchester City

5

Kompany 5'

Agüero 23', 36'

Luiz Rosa 41'

de Jesus 58'

Pengadil
Jonathan Moss

Watford:

  • Gomes
  • Janmaat Eleftheriou 39’
  • Mason
  • Holebas
  • Behrami
  • Amrabat Deeney 59’
  • Doucouré
  • Capoue
  • Cleverley
  • Niang Pereira 74’
  • Okaka
Pemain simpanan tidak diturunkan
Gilmartin, Pantilimon, Watson, Zuniga Mosquera

Manchester City:

  • Caballero
  • Otamendi
  • Clichy
  • Kompany
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Touré Sagna 63’
  • Sané Navas 62’
  • de Jesus
  • Silva
  • Agüero Iheanacho 71’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kolarov, Stones, Sterling, Gunn

Manchester City menutup musim 2016/17 dengan aksi lima bintang selepas menumbangkan Watford 5-0 di Vicarage Road, hari Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Chelsea 38 +52 93
2 Tottenham Hotspur 38 +60 86
3 Manchester City 38 +41 78
4 Liverpool 38 +36 76

City turun dengan sasaran untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata untuk menjamin tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah secara automatik buat musim ketujuh berturut-turut.

Apa yang telah berlaku?

City beraksi dengan penuh tajam dari awal perlawanan dan hampir membuka jaringan seawal minit pertama melalui percubaan Sergio Aguero yang memaksa Heurelho Gomes melakukan kesilapan yang telah membawa Gabriel Jesus berpeluang cuba menanduknya namun dihadang bek tuan rumah.

Namun ia tidak lama, selang empat minit kemudian Vincent Kompany meledak gol pembuka melalui tandukan tendangan penjuru Kevin De Bruyne.

Ia telah menambah keyakinan pasukan Pep Guardiola untuk terus melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang tuan rumah apabila sekali lagi De Bruyne membantu jaringan buat gol kedua yang disudahi mudah Aguero pada minit ke-23.

Gol tersebut menjadikan gol ke-32 Aguero City musim ini dan bantuan gol ke-18 Kevin De Bruyne untuk menjadikannya sebagai pembantu jaringan terbanyak Liga perdana Inggeris musim ini.

Prestasi City yang lebih mantap musim ini di tempat lawan berbanding di laman sendiri ternyata terbukti apabila pada minit ke-36 Aguero menambah gol ketiga City dari hantaran rendah Leroy Sane.

Gol ke-33 Kun di kesemua kejohanan buat City musim ini membawa jumlah jaringan terbanyak dalam sesuatu musim buat penyerang Argentina tersebut sejak menyarung jersi City tahun 2011.

City ternyata belum puas apabila lima mnit kemudiannya Fernandinho menjadikan kedudukan 4-0 selepas Aguero berjaya merampas bola ia diambil Gabriel yang kemudian dirembat masuk pemain tengah Brazil tersebut.

Sekembali di babak kedua, Willy Caballero melakukan penyelamatan mantap dari percubaan pertama Watford oleh Stefano Okaka sebelum tendangan Aguero untuk percubaan hatriknya hanya sejengkal menyimpang keluar.

Gol kelima City pula hadir melalui usaha Aguero yang melepasi halangan awal the Hornets sebelum menemui Gabriel untuk melengkapkan penyudah terindah dengan kemenangan 5-0.

Di sebalik kemenangan

City mengakhiri musim 2016/17 di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah tanpa perlu melalui saringan ‘play-off’ sebagaimana musim ini.

Kemenangan Liverpool ke atas Middlesborough telah menyaksikan pasukan Jurgen Klopp di tempat keempat untuk perlawanan ‘play-off’ dan Arsenal di sebalik kemenangan ke atas Everton berakhir di tangga kelima dan akan bersaing di Liga Europa musim depan.

Apa seterusnya?

Tiada lagi perlawanan musim ini! Jadual Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 akan diumumkan pada 14 Jun 2017 dan perlawanan pembuka musim baru akan bermula pada 12 Ogos 2017. Jumpa lagi musim depan!

Berita Pasukan Utama

Kompany: Piawai telah ditetapkan

Vincent Kompany memimpin Man City dalam kemenangan selesa 5-0 di perlawanan penutup Liga Perdana Inggeris di Watford telah mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk meneruskan prestasi sama di musim baru Ogos nanti.

Reaksi Vincent Kompany atas kemenangan 5-0 menentang Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.

Berita Pasukan Utama

Pep teruja dengan skuad Man City

Bos Pep Guardiola menjelaskan yang skuad Manchester City merupakan kumpulan pemain terbaik pernah dia bekerja bersama selepas the Citizens menyudahi musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 5-0 ke atas Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.

Berita Pasukan Utama

Silva, De Bruyne dan Aguero disenarai pendek

Pusingan pertama untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17 telah berakhir dengan Kevin De Bruyne, David Silva dan Sergio Aguero disenarai pendek.

Silva, De Bruyne dan Aguero disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Musim 2016/17. Siapakah pilihan anda?