quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2016/17

Video Galeri Foto

Man City 2
Leicester 1

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54407 13 Mei 2017 14:00:00

Manchester City

2

Silva 29'

de Jesus 36' (pen)

2 - 1

Leicester City

1

Okazaki 42'

Pengadil
Robert Madley

Manchester City:

  • Caballero
  • Clichy
  • Kompany
  • Luiz Rosa
  • Otamendi
  • Sané
  • Touré
  • Silva
  • De Bruyne Zabaleta 82’
  • Sterling Agüero 78’
  • de Jesus Navas 94’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Kolarov, Reges, Agudo Durán, Gunn

Leicester City:

  • Schmeichel
  • Benalouane
  • Simpson
  • Chilwell
  • Fuchs
  • Albrighton Gray 80’
  • Mahrez
  • Ndidi
  • King Amartey 68’
  • Vardy
  • Okazaki Slimani 73’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Wasilewski, Zieler, Kapustka, Musa

City memperkukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menang 2-1 ke atas Leicester hari Sabtu.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Chelsea 37 +48 90
2 Tottenham Hotspur 37 +54 83
3 Manchester City 37 +36 75
4 Liverpool 37 +33 73

Gol pembuka David Silva dan sepakan penalti Gabriel Jesus telah membawa kemenangan berharga buat pasukan Pep Guardiola untuk kembali ke posisi ketiga Liga Perdana dengan dua lagi baki perlawanan musim ini.

Apa yang telah berlaku?

City bermula dengan meyakinkan untuk mencari gol awal sebagaimana yang telah dilakukan mereka dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace minggu lalu.

Image result for man city 2-1 leicester leroy sane

The Citizens hampir mendahului perlawanan seawal tiga minit selepas tendangan penjuru Leroy Sane cuba ditanduk masuk Fernandinho namun ia menyasar keluar.

Sane turut berpeluang melakukannya 16 minit kemudiannya melalui hantaran David Silva namun ia turut menyimpang keluar, diikuti percubaan Nicolas Otamendi, Vincent Kompany, Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus.

Image result for man city 2-1 leicester

Selepas setengah jam perlawanan, kedudukan yang terikat akhirnya berjaya diuraikan City melalui hantaran rendah Sane yang kemudian disudahi Silva untuk meledak gol pembuka.

Gol tersebut telah diprotes Leicester dengan dakwaan Sterling cuba menyepaknya masuk di posisi ofsaid meskipun tayangan semula menunjukkan ia tidak menyentuh kaki Sterling.

Lima minit kemudian, City menambah gol kedua melalui sepakan penalti Gabriel selepas Sane dijatuhkan oleh Yohan Benaloune dalam kotak penalti semasa melakukan serangan.

Namun tiga minit sebelum masa rehat Shinji Okazaki menyumbat masuk dengan tendangan voli yang memukau dari dari hantaran Marc Albrighton yang tidak terjangka oleh Caballero untuk membawa kedudukan 2-1.

Image result for man city 2-1 leicester shinji

Permainan babak kedua tidak setersusun sebagaimana di separuh masa kedua, dengan kerap berlaku insiden yang telah membawa kecederaan pemain kedua-dua pasukan.

Leicester dihadiahkan peluang dengan sepakan penalti pada minit ke-76 selepas Gael Clichy menjatuhkan Riyad Mahrez dalam kotak penalti.

Pemain asal Algeria itu berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun ia dibatalkan pengadil, Robert Madley kerana berlaku dua sentuhan berikut Mahrez tergelincir semasa melakukan sepakan dan tersentuh kedua-dua belah kakinya.

Perlawanan berlanjutan hingga ke 10 minit masa tambahan berikutan permainan terhenti beberapa ketika untuk pemain menerima rawatan yang berakhir dengan kemenangan buat City dengan jaringan 2-1.

Di sebalik kemenangan

Dengan tiga mata lagi diraih, City mengumpul 72 mata dari 36 perlawanan untuk menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool akan menentang West Ham pada hari Ahad. 

Image result for man city 2-1 leicester

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan West Bromwich Albion pada pukul 8 malam Rabu, 16 Mei (3 pagi Rabu waktu Malaysia) untuk perlawanan terakhir di tempat sendiri sebelum bertamu di Watford untuk perlawanan penutup musim ini pada hari Ahad, 21 Mei jam 8 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Stones dan Aguero dapat beraksi lawan Leicester

John Stones dan Sergio Aguero dalam senarai pemilihan pemain untuk skuad Pep Guardiola menentang penyandang juara liga, Leicester di Stadium Etihad hari Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola Man City vs Leicester

Berita Pasukan Utama

De Bruyne Raja pembantu jaringan EPL

Dua bantuan jaringan dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu telah meletakkan Kevin De Bruyne sebagai pembantu jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris.

Laporan Perlawanan

Aksi lima bintang City tumbangkan Palace

Avatar Pengguna Daftar masuk

The Citizens mempersembahkan aksi lima bintang selepas mendahului 1-0 di babak pertama dengan menambah empat gol lagi di separuh masa kedua dalam persembahan antara terbaik Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini.

City naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Crystal Palace 5-0 di Etihad- laporan perlawanan