quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man United 2
Man City 0

International Champions Cup NRD Stadium, Houston Att:67401 20 Julai 2017 20:05:00

Manchester United

2
2 - 0

Manchester City

0

Manchester United:

  • Ederson
  • Walker
  • Kompany (Mangala)
  • Adarabioyo (Otamendi)
  • Fernandinho
  • Yaya Toure (Stones)
  • Foden (Zinchenko)
  • De Bruyne (Nasri)
  • Roberts (Diaz)
  • Aguero (G Jesus)
  • Sterling (Sane)

Manchester City:

  • TBC

Pertemuan pertama Manchester City menentang Manchester United di luar UK pagi Jumaat berakhir dengan kekalahan, namun banyak perkara positif boleh diambil dari perlawanan persahabatan tersebut.

Selepas acara ringkas memperingati mangsa-mangsa serangan di Manchester Arena sebelum perlawanan bermula dengan persembahan cahaya memukau, seramai 67,401 penonton hadir di Stadium NRG kemudiannya dihidangkan dengan pertemuan bersejarah kedua-dua pasukan Manchester merah dan biru.

Apa yang telah berlaku?

Pep menurunkan skuad dengan formasi 4-5-1 dengan bek penuh Walker dan Fernandinho diberi kebebasan mara ke bahagian tengah, manakala Yaya Toure menjadi 'jantung' di tengah padang di belakang Kevin De Bruyne dan Phil Foden. Sementara Raheem Sterling di sayap kiri dan Patrick Roberts di sayap kanan.

City bermula dengan meyakinkan yang telah menyaksikan kapten Vincent Kompany tampil mantap di benteng pertahanan, sementara Sterling dan Roberts cuba mengucar-kacirkan pertahanan United.

Babak pertama menampilkan permainan memukau pemain tengah muda City kelahiran Manchester, Phil Foden, 17 dan juga penampilan pertama Kyle Walker dan penjaga gol baru City asal Brazil, Ederson Moraes.

Ederson berjaya menepis dua cubaan berbahaya Henrikh Mkhtiyaran dan Ander Herrera sebelum ledakan gol pembuka oleh penyerang baru United, Romelu Lukaku pada minit ke-37.

Selang dua minit kemudian, Marcus Rashford pula menambah gol kedua untuk pasukan kendalian Jose Mourinho mendahului 2-0.

Sekembali selepas rehat pertukaran beberap pemain untuk memberi minit permainan sedikit sebanyak merencatkan rentak permainan.

Pep menurunkan barisan skuad kedua dengan Eliaquim Mangala, John Stones, Nicolas Otamendi, Samir Nasri, Brahim Diaz dan Leroy Sane menggantikan Yaya, Kompany, Tosin, De Bruyne, Roberts dan Sterling.

Lukaku hampir menambah gol ketiga untuk United namun terkena palang dan Gabriel Jesus hampir mengurangkan defisit gol.

Di akhir minit-minit perlawanan Ederson berjaya menyelamatkan dua cubaan Phil Jones dalam City gagal menemui gol.

Pemain bintang

Meskipun kalah dalam perlawanan persahabatan pertama saingan International Champions Cup edisi Amerika Syarikat, ia telah menyaksikan lahirnya sebutir bintang baru hasil graduan Akademi City, kelahiran tempatan.

Ia merupakan penampilan pertama Phil diturunkan dalam kesebelasan utama senior selepas aksi debut sebagai pemain gantian semasa perlawanan persahabatan menentang Real Madrid di International Champions Cup edisi Australia semasa pramusim tahun lalu.

Phil yang menjadikan David Silva sebagai idolanya, bermain begitu tenang menjangkau usianya di bahagian tengah mencari ruang yang sukar dikawal para pemain United yang jauh lebih senior.

Pep Guardiola malah penuh pujian ke atas pemain yang beliau sifatkan melangkau tahap usianya yang belum pernah disaksikan oleh bos City sebelum ini.

Apa seterusnya?

City terbang ke Los Angeles hari Jumaat untuk meneruskan saingan International Champiosn Cup dengan berhadapan Real Madrid hari Rabu (27 Julai, 9 pagi Khamis Malaysia) di Coliseum sebelum perlawanan terakhir bertemu Tottenham Hotspur di Stadium Nissan, Nashville hari Sabtu (pagi Ahad Malaysia).

Anda boleh menonton sorotan perlawanan di pautan www.internationalchampionscup.com

Berita Pasukan Utama

Kompany: ‘’Houston derbi ada kelebihan’’

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United