quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 4
MCFC Real Madrid 1

International Champions Cup The Coliseum, Los Angeles Att:67401 26 Julai 2017 20:00:00

Manchester City

4

Otamendi 52'

Sterling 59'

Stones 66'

Diaz 82'

4 - 1

Real Madrid

1
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Ederson Grimshaw 80’
  • Walker Duhaney 69’
  • Danilo Sane 80’
  • Kompany Mangala 46’
  • Otamendi Adarabioyo 80’
  • Stones
  • Toure Roberts 79’
  • De Bruyne Diaz 69’
  • Foden Nasri 46’
  • Aguero Sterling 46’
  • G Jesus (Zinchenko 69)
Pemain simpanan tidak diturunkan
Fernandinho, Muric

Real Madrid:

  • Navas
  • Carvajal
  • Varane
  • Nacho
  • Marcelo
  • Casemiro
  • Modric
  • Kovacic
  • Bale
  • Isco
  • Benzema (subs TBC)
Pemain simpanan tidak diturunkan
Vallejo, Ramos, Kroos, Casilla, Hernandez, Vazquez, Llorente, Asensio, Mayoral, Ceballosw, Yanez, Quezada, Tejero, Gomez

Manchester City mempersembahkan permainan memukau dengan membenakam juara Eropah 12 kali, Real Madrid 4-1 di Coliseum, Los Angeles dalam saingan International Champions Cup pagi Khamis.

Kedua-dua pasukan dipertemukan semula selepas kali terakhir di semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16 dengan City kalah tipis dengan agregat 1-0 pencapaian terbaik Blues di pentas Eropah.

Kali ini di hadapan seramai 93,098 ia menyaksikan kehadiran memecah rekod baru Memorial Coliseum Los Angeles lokasi Sukan Olimpik 1932 yang berkapasiti 93, 607.

Apa yang telah berlaku?

Dengan Real Madrid menurunkan kesebelasan utama terkuat mereka, hanya dengan ketiadaan pemenang empat kali Ballo D'Or, Cristiano Ronaldo, ia seakan lebih dari perlawanan persahabatan pramusim buat mereka berbanding City.

Pep Guardiola sekali lagi menurunkan dua set pasukan untuk memberi minit perlawanan kepada para pemainnya sebagai persiapan musim baru termasuk penampilan pertama Danilo Luiz, bek asal Brazil yang berpindah dari Real Madrid secar rasmi Ahad lalu.

SQUAD: Team photo

Bintang muda semasa perlawanan pertama menentang Manchester United minggu lalu, Phil Foden, 17 sekali lagi diturunkan di permulaan perlawanan yang memperagakan permainan penuh kematangan bertarung dengan para pemain Real yang lebih berpengalaman.

THROUGH THE MIDDLE: Phil Foden avoids traffic

Pasukan kendalian Zinedine Zidane hampir membuka jaringan oleh Gareth Bale namun berjaya disekat oleh Vincent Kompany sebelum percubaan Isco diselamatkan penjaga gawang baru City, Ederson Moraes.

Beberapa minit kemudian Gabriel Jesus hampir meledak gol pembuka hasil kerjasama Kyle Walker, Yaya Toure dan Sergio Aguero namun dapat diselamatkan penjaga gol Real, Keylor Navas.

CHASE: Aguero hunts down the ball

Ia diikuti cubaan rembatan masuk Aguero dari hantaran Kevin De Bruyne namun sekali lagi dapat diselamatkan Navas sebelum cubaan tandukan Casemiro mengenai palang gol City kemudian percubaan Karim Benzema dari hantaran Modric pula berjaya diselamatkan Ederson untuk mengakhiri babak pertama dengan tanpa sebarang jaringan.

HEEMEO: Raheem scores against Madrid

Sekembali di separuh masa kedua, rentak permainan tidak banyak berubah sehinggalah minit ke-52 hantaran silang De Bruyne cuba ditanduk masuk John Stones dan lantunan bola tersebut hinggap di kaki Nicolas Otamendi untuk disepak masuk.

Selang tujuh minit kemudian Raheem Sterling pula menambah gol kedua dengan tendangan rendah dari bola awal De Bruyne sebelum pemain tengah Belgium itu membantu gol ketiga yang disumbat masuk John Stones pada minit ke-66.

HUGS: Kyle Walker and John Stones celebrate a big win

Dengan City mendahului Los Blancos tiga gol, ia ternyata tidak berhenti di situ apabila pemain tengah muda City, Brahim Diaz menambah sengsara Real Madrid dengan bantuan Patrick Roberts untuk menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-82.

Dua minit sebelum wisel penamat, Oscar menjaringkan gol saguhati buat Real untuk membawa keputusan muktamad 4-1, satu kemenangan meyakinkan buat Citizens.

Pemain bintang

Kevin De Bruyne menjadi bintang utama permainan dari mula hingga akhir dengan usaha tanpa lelah mencipta peluang demi peluang dan berjaya membantu tiga jaringan gol menentang penyandang juara Liga Juara-Juara Eropah.

THUMBS UP: Danilo in action against his former club

Apa seterusnya?

City akan terbang ke Nashville untuk perlawanan persahabatan terakhir, saingan International Champions Cup dalam sesi Jelajah  Pramusim Amerika Syarikat dimana mereka akan berhadapan dengan Tottenham Hotspur di Stadium Nissan.

Perlawanan akan berlangsung pada hari Sabtu, 29 Julai jam 5 petang waktu Nashville bersamaan pukul 6 pagi hari Ahad, 30 Julai waktu tempatan Malaysia.

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles