quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Swansea 0
Man City 4

TOGETHER: A record-breaking, outstanding display as City make history with a 4-0 rout at Swansea

TOGETHER: A record-breaking, outstanding display as City make history with a 4-0 rout at Swansea

Liga Perdana Inggeris (EPL) Liberty Stadoum Att:20870 Rabu, 13 Disember 2017 7:45:00 PTG

Swansea City

0
0 - 4

Manchester City

4

Silva 27', 52'

De Bruyne 34'

Agüero 85'

Pengadil
Anthony Taylor
Sorotan perlawanan

Swansea City:

  • Fabianski
  • Naughton
  • Olsson
  • Mawson
  • van der Hoorn
  • Carroll Abraham 45’
  • Ki
  • Mesa
  • Ayew
  • Bony Fer 74’
  • Dyer Narsingh 65’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Clucas, Fernandez, Rangel, Mulder

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph Zinchenko 73’
  • Mangala
  • Otamendi
  • da Silva
  • Silva
  • Luiz Rosa Touré 58’
  • De Bruyne Gündogan 77’
  • Agüero
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva
Pemain simpanan tidak diturunkan
Sané, de Jesus, Bravo, Walker

Perjalanan Manchester City terus bertambah mengujakan dari minggu ke minggu selepas mencatat sejarah baru Liga Perdana Inggeris dengan 15 kemenangan berturut-turut.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 17 +41 49
2 Manchester United 17 +26 38
3 Chelsea 17 +17 35
4 Tottenham Hotspur 17 +16 31

Apa yang telah berlaku?

City turun di Stadium Liberty sebagai pendahulu liga dengan jurang 11 mata, sementara Swansea bergelut di zon penyinkiran berada di kedudukan tercorot dengan mengumpul 12 mata dari 3 kemenangan dan 3 seri.

Perlawanan kali ini turut mempertemukan semula Wilfried Bony dengan bekas rakan-rakan sepasukannya selepas menghabiskan tiga musim di Stadium Etihad dan kembali ke Swansea musim ini.

Pep Guardiola melakukan empat pertukaran dari pasukan yang mengalahkan Manchester United Ahad lalu di Old Trafford termasuk menurunkan semula Sergio Aguero sebagai penyerang utama.

Aguero hampir membuka jaringan lima minit selepas perlawanan bermula namun ia menyipi keluar sebelum tendangan voli Fernandinho dapat diselamatkan Lukas Fabianski.

Ia diikuti percubaan tandukan Aguero yang melepasi palang begitu juga tendangan jarak jauh Nicolas Otamendi yang melambung tinggi sebelum David Silva meledak gol pembuka pada minit ke-27 melalui hantaran silang Bernardo Silva.

Tujuh minit kemudiannya Kevin De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 melalui sepakan percuma untuk menjadikannya terlibat dalam 13 gol di penampilan ke-14 Liga Perdana Inggeris musim ini (5 gol dan 8 bantuan jaringan).

Sekembali di separuh masa kedua, City yang menguasai posesi bola 77% berbanding 23% oleh tuan rumah meneruskan rentak permainan sama dengan siri serangan bertubi-tubi ke gawang Swansea.

Pada minit ke-52 David Silva menambah gol ketiga  melalui bantuan Raheem Sterling untuk gol kelimanya musim ini buat kelab.

Aguero hampir menyumbat gol keempat namun ia menyasar jauh sebelum Ederson melakukan penyelamatan penting dari percubaan Roque Mesa sebelum Kun menjadikan kedudukan 4-0 dengan menggelecek laju melepasi tiga pemain pertahanan Swansea dan tendangannya menerobos masuk gawang Fabianski.

Satu lagi malam indah buat Citizens!

Pemain bintang

David Silva dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dengan dua jaringan gol. Silva telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan terakhir berturut-turut.

Di sebalik kemenangan

City mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 15 kemenangan berturut-turut mengatasi rekod dipegang Arsenal sejak 2002 yang disamakan City Ahad lalu, 14 kemenangan berturut-turut.

Ia turut bermakna City kini mencatat prestasi terbaik liga utama Inggeris mengatasi Tottenham yang driekodkan sejak musim 1960/61.

City kekal di puncak carta dengan jurang 11 mata selepas Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Bournemouth.

Apa seterusnya?

City akan menjadi tuan rumah kepada Tottenham Hotspur yang kini di kedudukan keempat liga pada hari Sabtu ini, 16 Disember sebelum berkunjung ke Leicester untuk perlawanan suku akhir Piala Carabao (Piala Liga) pada hari Selasa 19 Disember.

Previu Perlawanan

Membidik rekod baru di Selatan Wales

Swansea v City

Nun tinggi di persada Liga Perdana, Manchester City kini selesa dengan jurang 11 mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua selepas derbi Manchester ke-175 di Old Trafford.

Previu Perlawanan

Membidik rekod baru di Selatan Wales

Swansea v City

Nun tinggi di persada Liga Perdana, Manchester City kini selesa dengan jurang 11 mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua selepas derbi Manchester ke-175 di Old Trafford.

Berita Pasukan Utama

Lupakan insiden derbi, fokus pada Swansea

BOSS VIEW: Pep Guardiola previews the Swansea game

Manchester City akan tanpa Vincent Kompany dalam kunjungan ke Swansea untuk perlawanan ke-17 Liga Perdana Inggeris musim ini malam Khamis.

Sidang media Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Stadium Liberty menentang Swansea.