quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Shakhtar Donetsk 2
Man City 1

Liga Perdana Inggeris (EPL) Donbass Arena 06 Disember 2017 19:45:00

Shakhtar Donetsk

2

Anício Caldeira Duarte 26'

dos Santos 32'

2 - 1

Manchester City

1

Agüero 92' (pen)

Pengadil
Benoit Bastien
Sorotan perlawanan

Shakhtar Donetsk:

  • Pyatov
  • Ordets
  • Butko
  • Rakitskiy
  • dos Santos de Azevedo 64’
  • Anício Caldeira Duarte
  • Rodrigues de Paula Santos
  • Barcellos Freda
  • Stepanenko
  • Romero Bonfim Kovalenko 82’
  • Ferreyra Khotcholava 89’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Shevchenko, Ferreira Bonfim, Petryak, Lourenco

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Adarabioyo
  • Luiz Rosa Agüero 70’
  • Mangala
  • Gündogan
  • da Silva
  • Touré
  • Foden
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané Diaz 62’
  • de Jesus
Pemain simpanan tidak diturunkan
Walker, Sterling, Duhaney, Bravo, Otamendi

City mengalami kekalahan pertama selepas lapan bulan dengan jaringan 2-1 kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 6 +9 15
2 Shakhtar Donetsk 6 0 12
3 Napoli 6 0 6
4 Feyenoord 6 -9 3

Selepas tanpa kalah dalam 28 perlawanan berturut-turut sejak April 2017 dua gol tuan rumah di babak pertama  dan sepakan penalti Serrgio Aguero di akhir perlawanan menandakan perlawanan ke-100 Liga Juara-Juara kendalian Pep Guardiola.

Apa yang telah berlaku?

Guardiola melakukan tujuh perubahan pemain dari skuad yang menewaskan West Ham hari Ahad lalu dengan menurunkan Phil Foden, 17 dari awal permainan.

Foden yang menjadi pemain Inggeris termuda beraksi dalam kejohanan ditugaskan di posisi bek sayap kiri, sementara Fernandinho pula di pertahanan tengah.

Rembatan tepat sasaran di sudut atas kanan gawang oleh Bernard selepas melepasi Danilo menyukarkan Ederson untuk melakukan penyelamatan.

Image result for shakhtar donetsk 2-1 manchester city

Pasukan tuan rumah kelihatan bermain dengan lebih intensiti tinggi dan dengan pertahanan City yang turut rapuh, enam minit kemudiannya Ismaily menambah gol kedua buat Shakhtar.

City hampir menjaringkan gol pertama dengan hantaran cantik Foden namun gagal disudahi Gabriel Jesus apabila Pyatov tampil menghadangnya.

Image result for shakhtar donetsk 2-1 manchester city

Sekembali di babak kedua, kerjasama Bernardo Silva dan Fernandinho hampir menghasilkan gol, diikuti percubaan Gabriel dari hantaran Brahim Diaz terkena tiang sebelum Gabriel dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Butko di masa tambahan.

Aguero dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan sepakan penalti tanpa sebarang masalah melepasi Pyatov untuk membawa kedudukan muktamad 2-1 kemenangan berpihak kepada tuan rumah.

Image result for shakhtar donetsk 2-1 manchester city

Di sebalik kekalahan?

Rekod tanpa kalah City lebur akhirnya juga kemenangan ke-20 berturut-turut musim ini, namun ia tidak menggugat kedudukan City sebagai pendahulu Kumpulan F kejohanan dan Shakhtar mengiringi ke peringkat seterusnya sebagai tempat kedua kumpulan.

Image result for shakhtar donetsk 2-1 manchester city

Apa seterusnya?

City akan bertandang di laman Manchester United di Old Trafford pada petang Ahad ini dalam perlawanan terbesar Liga Perdana Inggeris setakat ini pada musim ini.

Ia diikuti perlawanan bertemu Swansea pada hari Rabu di Stadium Liberty sebelum Citizens menerima tamu, Tottenham Hotspur pada hari Sabtu berikutnya.

Berita Pasukan Utama

Pep: City tanpa Silva dan KDB lawan Shakhtar

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City lawan Shakhtar Donetsk

Berita Pasukan Utama

Undi sekarang! Pemain Terbaik Etihad November