quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Newcastle 0
Man City 1

HE'S TOP OF THE LEAGUE: Raheem Sterling celebrates his 17th goal in all competitions this season.

HE'S TOP OF THE LEAGUE: Raheem Sterling celebrates his 17th goal in all competitions this season.

Liga Perdana Inggeris (EPL) St James' Park Att:52311 Rabu, 27 Disember 2017 7:45:00 PTG

Newcastle United

0
0 - 1

Manchester City

1

Sterling 31'

Pengadil
Andre Marriner
Sorotan perlawanan

Newcastle United:

  • Elliot
  • Lascelles
  • Dummett
  • Manquillo
  • Mbemba Merino 77’
  • Yedlin
  • Shelvey
  • Murphy
  • Aarons Atsu 71’
  • Diamé
  • Mato Sanmartín Gayle 62’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Ritchie, Clark, Darlow, Pérez Gutiérrez

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Otamendi
  • Walker
  • da Silva
  • Kompany de Jesus 11’
  • Gündogan
  • De Bruyne
  • Luiz Rosa
  • Agüero Mangala 77’
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva Sané 83’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Adarabioyo, Touré, Diaz

Manchester City terus melanjutkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan 18 kemenangan berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas Newcastle dan menambah jurang di puncak kepada 15 mata.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 20 +49 58
2 Manchester United 20 +27 43
3 Chelsea 20 +20 42
4 Liverpool 20 +23 38

Apa yang telah berlaku?

Perlawanan bermula dengan percubaan awal Jonjo Shelvey sebaik sahaja wisel ditiupkan namun ia berakhir dalam dakapan Ederson.

Selepas itu ia seakan jalan sehala berpihak kepada pasukan Pep Guardiola dengan penguasaan posesi bola 83% berbanding 17% oleh Magpies.

Selepas 12 minit perlawanan, kapten Vincent Kompany terpaksa menamatkan perlawanan awal kerana kesan kecederaan lamanya dan diganti masuk dengan Gabriel Jesus.

Sergio Aguero melakukan beberapa percubaan termasuk tandukan yang diselamatkan Rob Elliot, diikuti dua rembatannya terkena tiang.

Pada minit ke-31 hantaran cantik Kevin De Bruyne menemui Raheem Sterling untuk meledak gol pembuka yang juga gol ke-13 Liga Perdananya dan ke-17 di kesemua kejohanan buat kelab musim ini.

Empat minit kemudian Magpies bimbingan Rafa Benitez hampir menyamakan kedudukan melalui tendangan Rolando Aaron yang pantas diselamatkan Nicolas Otamendi di pintu gawang apabila ia melepasi hadangan awal Ederson.

Kedudukan tidak berubah ke masa rehat dengan City mendahului Newcastle 1-0.

Sekembali di babak kedua, De Bruyne hampir menambah gol kedua namun ia melepasi palang sebelum Dwight Gayle dikenakan kad kuning atas dakwaan simulasi, meskipun para penyokong Magpies menjerit supaya diberikan sepakan penalti.

ON THE PROWL: Gabriel Jesus' effort is saved by Newcastle's Rob Elliot.

Beberapa percubaan turut dilakukan oleh Ilkay Gundogan, Danilo , Gabriel Jesus sebelum gol Aguero dibatalkan kerana ofsaid selepas tendangan De Bruyne terkena palang.

Pasukan tuan rumah turut dihidangkan peluang dengan sepakan percuma namun tendangan Jonjo Shelvey dapat dimentahkan pertahanan City.

Newcastle terus memburu gol penyamaan dengan City mencari gol kedua sehinggalah ke wisel penamat yang berakhir dengan satu lagi kemenangan berharga buat Citizens untuk melengkapkan perlawanan tanpa kalah menentang kesemua 19 pasukan Liga Perdana musim ini.

Pemain bintang

Satu lagi penampilan mantap Kevin De Bruyne dengan bantuan jaringan dan mencipta peluang-peluang untuk rakan-rakan sepasukan serta beberapa cubaan olehnya sendiri.

Di sebalik kemenangan

City semakin selesa di puncak carta Liga Perdana dengan menambah jurang 15 mata (58 mata) mendahului pencabar terdekat Manchester United (43) selepas kelab jiran tersebut diikat seri Burnley, diikuti rapat oleh penyandang juara Chelsea (42) di tempat ketiga.

Ia menjadikan kemenangan ke-18 berturut-turut City dalam liga dan hanya satu lagi untuk menyamai rekod terbaik liga domestik utama Eropah yang masih dipegang oleh Bayern Munich pada musim 2013/ 14 dengan 19 kemenangan berturutan yang juga ketika dikendalikan Pep.

Gol Sterling tersebut turut merupakan gol ke-200 dihasilkan oleh pasukan di bawah bimbingan Guardiola semenjak pengurus Catalan tersebut menjadi bos City awal musim 2016/17.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di Selhurst Park di ambang Tahun Baru  (Ahad) dengan perlawanan bermula jam 12 tengahari UK bersamaan pukul 8 malam waktu tempatan Malaysia diikuti menerima kunjungan Watford untuk perlawanan pembuka Tahun Baru pada 2 Disember (Selasa) pukul 8 malam UK bersamaan 4 pagi Rabu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami kekal fokus untuk hadapi Newcastle

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji kehebatan hubungan akrab pemain

Laporan Perlawanan

City terus lakar rekod baru benamkan Bournemouth

Celebration v Bournemouth

Manchester City masih tidak dapat dihentikan dan terus mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 17 kemenangan berturut-turut selepas membenamkan Bournemouth 4-0 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Man City 4 Bournemouth 0