quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man United 1
Man City 2

BREAKTHROUGH: City pile on David Silva after his volley opened the scoring.

BREAKTHROUGH: City pile on David Silva after his volley opened the scoring.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Old Trafford Att:74847 Ahad, 10 Disember 2017 4:30:00 PTG

Manchester United

1

Rashford 47'

1 - 2

Manchester City

2

Silva 43'

Otamendi 54'

Pengadil
Michael Oliver
Sorotan perlawanan

Manchester United:

  • de Gea
  • Smalling
  • Rojo Lindelöf 45’
  • Young
  • Valencia
  • Herrera Mata 82’
  • Matic
  • Lingard Ibrahimovic 76’
  • Martial
  • Rashford
  • Lukaku
Pemain simpanan tidak diturunkan
Jones, Shaw, McTominay, Romero

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Kompany Gündogan 45’
  • Delph
  • Otamendi
  • Walker
  • Silva
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Sané Veiga de Carvalho e Silva 88’
  • de Jesus Mangala 59’
  • Sterling
Pemain simpanan tidak diturunkan
Zinchenko, Bravo, Agüero, da Silva

Gol dari David Silva dan Nicolas Otamendi di babak pertama dan kedua membawa kemenangan berharga 2-1 di Old Trafford dalam derbi Manchester ke-175.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 16 +37 46
2 Manchester United 16 +25 35
3 Chelsea 16 +15 32
4 Liverpool 16 +14 30

Apa yang telah berlaku?

City bermula mengikut perancangan awal dengan menguasai posesi bola, sementara tuan rumah United lebih banyak bertahan dengan menangkis serangan dan tekanan pelawat.

Dengan pasukan kendalian Jose Mourinho membiarkan Blues menguasai bola, ia membenarkan City melakukan serangan dan sembilan minit selepas perlawanan hantaran cantik Raheem Sterling menemui Gabriel Jesus yang hampir menghasilkan gol pembuka.

Ia diikuti hantaran Fernandinho cuba disudahi Gabriel namun dihadang Marcos Rojo sebelum ia diselamatkan David De Gea.

Ia seakan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan sehinggalah pada minit ke-43 tendangan penjuru Kevin De Bruyne terkena Romelu Lukaku dan bola tersebut kemudian dirembat masuk Silva melepasi De Gea untuk mendahului 1-0.

City hampir menambah gol kedua melalui hantaran De Bruyne namun larian Leroy Sane terlau pantas yang membawa bola lambat sampai untuk disempurnakannya.

Namun di masa tambahan sebelum rehat, Marcus Rashford menyamakan kedudukan apabila bola melepasi kepala Otamendi dan hadangan Fabian Delph sebelum penyerang muda England itu menyumbat masuk melepasi Ederson untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Sekembali di babak kedua, Vincent Kompany telah digantikan dengan Ilkay Gundogan sementara Fernandinho berpindah ke posisi pertahanan digandingkan dengan Otamendi.

Pada minit ke-54 City mendahului semula perlawanan apabila sepakan percuma De Bruyne cuba dihadangi Lukaku diikuti Herrera dan hinggap di kaki Otamendi untuk ditendang masuk dari jarak dekat untuk gol kelimanya musim ini.

City hampir menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-63 melalui hantaran Silva untuk Gundogan namun tiada pemain City sempat untuk menyudahinya diikuti percubaan De Bruyne tujuh minit kemudiannya.

United turut berpeluang menyamakan semula kedudukan apabila kesilapan Delph cuba diambil peluang oleh Rashford namun berjaya diselamatkan Ederson pada minit ke-76.

Beberapa minit kemudian, Ederson menyelamatkan mata City dari tercicir apabila hantaran Anthony Martial cuba disepak masuk Lukaku dan tepisannya cuba disudahi Juan Mata dan tangkas diselamatkannya.

Dalam minit-minit akhir Bernardo Silva cuba mencuri peluang menambah gol penutup sehinggalah wisel penamat ditiupkan pengadil Michael Oliver untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 2-1 buat Citizens.

Pemain bintang

David Silva dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dengan gol pembuka serta semangat kental ditunjukkan dan kepimpinan selaku kapten pasukan di separuh masa kedua.

Di sebalik kemenangan

City menambah jurang kepada 11 mata dengan Manchester United di tempat kedua selepas 16 perlawanan dan kini mengumpul 46 mata dan 48 gol.

City mencatat rekod pasukan pertama mencatat kemenangan 14 perlawanan berturut-turut dalam satu musim yang rekod sebelumnya dipegang Arsenal namun dilakukannya dalam rentetan dua musim.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di Stadium Liberty bertemu Swansea pada malam Khamis, 13 Disember sebelum menerima kunjungan Tottenham Hotspur pada hari Sabtu depan, 16 Disember di Stadium Etihad.

Previu Perlawanan

Misi warnakan kota Manchester dengan biru

united v city

Selepas mengharungi 29 perlawanan akhirnya pasukan Manchester City terpaksa menerima kekalahan pertama mereka semenjak 27 April 2017 apabila skuad Pep Guardiola yang dibarisi rata-rata pemain simpanan tewas 2-1 di tangan Shakhtar Donetsk di Liga Juara-Juara Eropah .

Berita Pasukan Utama

Sterling diundi Pemain Terbaik Etihad November

Berita Pasukan Utama

Silva akan kembali beraksi lawan Manchester United