quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 2
West Ham United West Ham 1

GOLDEN SILVA: David Silva celebrates his new contract with the winner

GOLDEN SILVA: David Silva celebrates his new contract with the winner

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54203 03 Disember 2017 16:00:00

Manchester City

2

Otamendi 57'

Silva 83'

2 - 1

West Ham United

1

Ogbonna 44'

Pengadil
Mike Dean
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Mangala
  • Otamendi
  • Walker
  • da Silva de Jesus 45’
  • Delph
  • De Bruyne
  • Silva
  • Agüero Luiz Rosa 85’
  • Sterling
  • Sané Veiga de Carvalho e Silva 93’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Gündogan, Touré, Kompany

West Ham United:

  • San Miguel del Castillo
  • Cresswell
  • Rice
  • Ogbonna
  • Kouyaté Sakho 43’
  • Obiang
  • Masuaku
  • Fernandes
  • Zabaleta
  • Antonio Ayew 88’
  • Lanzini Arnautovic 69’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Martinez Lopez, Quina, Johnson, Trott

Gol kemenangan lewat perlawanan David Silva bawa kemenangan buat Manchester City 2-1 ke atas pelawat, West Ham United di Stadium Etihad, petang Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 15 +36 43
2 Manchester United 15 +26 35
3 Chelsea 15 +16 32
4 Liverpool 15 +14 29

Citizens ditinggalkan pasukan kendalian David Moyes sebelum masa rehat namun gol penyamaan Nicolas Otamendi dan tendangan voli David Silva di minit-minit akhir perlawanan membawa City meraih kemenangan ke-20 berturut-turut musim ini.

Apa yang telah berlaku?

Perlawanan bermula dengan corak sama sejak akhir-akhir ini dengan pasukan lawan berkampung di petak penalti dan 10 pemain mereka berada di belakang bola.

Para pengurus pasukan lawan seakan berkongsi taktikal sama untuk mengelak dari kekalahan besar ialah dengan bertahan dan menutup segala ruang untuk menyukarkan City mencipta peluang.

Beberapa percubaan jarak jauh City termasuk oleh David Silva dan jarak dekat oleh Danilo gagal mengena sasaran sebelum tendangan penjuru West Ham menyaksikan hantaran Aaron Creswell cuba dikuis masuk Cheik Kouyate dan Michail Antonio namun menyimpang keluar.

Dengan keyakinan pasukan pelawat meningkat, Manuel Lanzini turut melakukan percubaan dan berjaya diselamatkan Ederson sebelum tandukan Angelo Ogbonna membawa Hammers mendahului 1-0 sebelum masa rehat.

Image result for man city 2-1 west ham Angelo Ogbonna

Sekembali di babak kedua, Pep menurunkan Gabriel Jesus menggantikan Danilo dan hanya 12 minit perlawanan disambung City dihadiahkan sepakan percuma selepas Fabian Delph diterjah keras.

Namun sepakan percuma Kevin De Bruyne dapat ditepis Adrian sebelum hinggap di kaki Raheem Sterling dari tepisan awal percubaan Gabriel yang kemudian disepak masuk Otamendi dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Ia membawa kembali keyakinan dan harapan.

Leroy Sane hampir menambah gol kedua namun gagal melepasi Adrian sebelum rembatan Antonio diselamatkan Ederson pada minit ke-81.

Tiga minit kemudiannya, hantaran De Bruyne menemui David Silva dan dengan tendangan akrobatik melepasi Adrian yang menggamatkan Stadium Etihad.

West Ham hampir menyamakan semula kedudukan di minit-minit akhir apabila Marko Arnautovic melepasi halangan Eliaquim Mangala dan hantarannya cuba disudahi Diafra Sakho namun bernasib baik menyasar keluar.

Kemenangan tersebut membawa City tanpa kalah dalam 28 perlawanan berturut-turut dan kemenangan ke-13 berturutan Liga Perdana Inggeris untuk menyamai rekod terbaik liga yang dicatat oleh Sunderland, Preston, Arsenal dan Chelsea sebelum ini.

Image result for man city 2-1 west ham 2017/18

Di sebalik kemenangan

City kekal di puncak dengan jarak 8 mata selepas 15 perlawanan dengan mengumpul 43 mata dan jaringan gol 46.

Apa seterusnya?

City akan terbang ke Ukraine untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung pada hari Rabu, 6 Disember dengan Citizens sudah menempah tempat ke 16 akhir.

Ia kemudian diikuti dengan kunjungan ke Old Trafford untuk perlawanan derbi Manchester ke-265 pada hari Ahad, 10 Disember.

Kisah menakjubkan City musim ini terus berlanjutan!

Previu Perlawanan

City mulai bulan getir hadapi Hammers

Kun Zab

City melangkah masuk bulan Disember sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan 13 kemenangan dari 14 perlawanan menghadapi lawan pertamadi bulan sibuk West Ham United..

Berita Pasukan Utama

Pep akan gilirkan pemain hadapi West Ham

Berita Pasukan Utama

David Silva tandatangani lanjutan kontrak