quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 4
Tottenham 1

​TOGETHER: City's winning run continues...

​TOGETHER: City's winning run continues...

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54214 Sabtu, 16 Disember 2017 5:30:00 PTG

Manchester City

4

Gündogan 14'

De Bruyne 70'

Sterling 80', 90'

4 - 1

Tottenham Hotspur

1

Eriksen 93'

Pengadil
Craig Pawson
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph
  • Mangala
  • Otamendi
  • Walker
  • Luiz Rosa
  • Gündogan Foden 83’
  • De Bruyne
  • Sané Veiga de Carvalho e Silva 85’
  • Agüero de Jesus 58’
  • Sterling
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, Zinchenko, Bravo, da Silva

Tottenham Hotspur:

  • Lloris
  • Vertonghen
  • Trippier
  • Dier
  • Rose Davies 89’
  • Dembélé
  • Eriksen
  • Alli Sissoko 84’
  • Winks
  • Kane
  • Son Lamela 77’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Vorm, Aurier, Llorente, Foyth

City melanjutkan rekod baru kepada 16 kemenangan berturut-turut dengan membenamkan Spurs 4-1 di Stadium Etihad malam Ahad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 18 +44 52
2 Manchester United 18 +27 41
3 Chelsea 18 +18 38
4 Liverpool 18 +18 34

Gol pembuka Ilkay Gundogan di babak pertama ditambah gol Kevin De Bruyne dan dua gol Raheem Sterling di separuh masa kedua membawa satu lagi kemenangan indah untuk diraikan Citizens dalam perlawanan ke-18 Liga Perdana Inggeris musim ini.

Apa yang telah berlaku?

Pasukan pelawat kendalian Mauricio Pochettino jelas dengan strategi awal mereka mengarahkan para pemainnnya mengawasi dan mengawal De Bruyne dan menekan tinggi permainan.

Mousa Dembele bernasib baik terlepas kad kuning selepas melanggar rakan senegaranya, De Bruyne di awal perlawanan sebelum Leroy Sane menemui Sergio Aguero namun percubaan Kun dibentes Jan Vertonghen.

Sejurus selepas itu Aguero cuba menanduk masuk tendangan percuma De Bruyne namun ia melepasi palang sebelum sekali lagi ‘set pieces’ membuahkan hasil pada minit ke-14.

Tendangan penjuru Sane cuba disudahi Fernandinho, yang kemudian terbang di ruang udara Gundogan untuk ditanduk masuk melepasi Hugo Lloris membawa kedudukan 1-0.

Aguero hampir menambah gol kedua namun dapat ditepis Lloris dan tepisan bola tersebut cuba ditendang masuk Sterling tapi ia melambung tinggi melepasi palang.

Pada minit ke-35 Spurs menemui ruang dan melakukan percubaan pertama mereka dngan tendangan kencang Harry Kane namun mudah diselamatkan Ederson Moraes, dan kedudukan tidak berganjak ke masa rehat dengan 1-0.

Sekembali di babak kedua, Spurs bermain secara lebih terbuka dan sekali lagi Kane melakukan percubaan untuk mencari gol penyamaan namun ia berjaya diselamatkan Ederson.

Selepas itu De Bruyne sekali lagi diterjah keras Dele Alli yang jelas kelihatan boleh membawa kad merah, namun Craig Pawson hanya melayangkan kad kuning.

Pemain tonggak City tersebut bangkit dan selang beberapa minit kemudiannya meledak gol kedua pada minit ke-70 melalui bantuan Sane yang tidak memberi kesempatan lamgsung untuk Lloris menyelamatkannya.

Lima minit kemudian, De Bruyne sekali lagi dijatuhkan pertahanan Spurs oleh Jan Vertonghen untuk pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Gabriel Jesus yang diturunkan menggantikan Aguero minit ke-67 ditugaskan menyempurnakan sepakan penalti tersebut namun tendangannya tepat terkena tiang dan bola muntah hinggap di kaki Sterling dan sekali lagi sepakannya melambung tinggi.

Pasukan pelawat hampir berpeluang menjaringkan gol apabila Erik Lamela berjaya melepasi kubu pertahanan City, kemudian hantarannya cuba disudahi Harry Winks, namun De Bruyne bertindak pantas mematahkannya.

Sepuluh minit sebelum wisel penamat, Sterling menjaringkan dua gol selang sepuluh minit satu melalui bantuan De Bruyne diikuti Sane untuk menjadikan kedudukan 4-0 sebelum Christian Eriksen mencuri satu gol saguhati di masa tambahan sebagai ole-ole di bawa pulang ke kota London.

Tiada yang boleh menghentikan City, Setakat ini.

Pemain bintang

Kevin De Bruyne mempamerkan permainan memukau dengan satu gol dan satu bantuan jaringan, serta semangat juang yang tinggi sepanjang permainan.

Di sebalik kemenangan

City menambah jurang di puncak kepada 14 mata sebelum Manchester United turun menentang West Brom Albion pada malam Isnin.

Ia merupakan lanjutan rekod baru Liga Perdana Inggeris  [16 kemenangan berturutan] selepas City berjaya memecahkannya Rabu lalu dengan 15 kemenangan berturut-turut setelah menundukkan Swansea.

Apa seterusnya?

City akan bertandang sekali lagi di Stadium King Power musim ini, tapi kali ini untuk perlawanan suku akhir Piala Carabao dengan perlawanan bermula jam 3.45 pagi Khamis, 20 Disember waktu Malaysia.

Ia diikuti pertemuan kunjungan balas Bournemouth di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 23 Disember dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sebelum perayaan Krismas namun buat para penyokong, perayaan sudah disambut lebih awal! Ho! Ho! Hoooray!


Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia perlawanan penting menentang Spurs