quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 4
Bournemouth 0

Celebration v Bournemouth

Celebration v Bournemouth

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Att:54270 Sabtu, 23 Disember 2017 3:00:00 PTG

Manchester City

4

Agüero 27', 79'

Sterling 53'

da Silva 85'

4 - 0

Bournemouth

0
Pengadil
Mike Jones
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Delph da Silva 81’
  • Otamendi
  • Walker
  • Kompany
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne Gündogan 74’
  • Silva
  • Agüero
  • Sterling
  • Sané Veiga de Carvalho e Silva 67’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bravo, Mangala, Touré, de Jesus

Bournemouth:

  • Begovic
  • Cook
  • Aké
  • Simpson Mousset 72’
  • Smith
  • Surman
  • Fraser
  • Gosling
  • Stanislas Pugh 12’
  • Wilson Afobe 72’
  • Ibe
Pemain simpanan tidak diturunkan
Boruc, Mahoney, Hyndman, Cook

Manchester City masih tidak dapat dihentikan dan terus mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 17 kemenangan berturut-turut selepas membenamkan Bournemouth 4-0 di Stadium Etihad.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 19 +48 55
2 Manchester United 19 +27 42
3 Chelsea 19 +18 39
4 Liverpool 19 +18 35

Kemenangan tersebut membawa City mencatat rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan di laman sendiri sepanjang tahun 2017 dan menjadi pasukan England pertama menghasilkan 100 gol dalam satu tahun semenjak Liverpool tahun 1982 dengan 106 gol.

Apa yang telah berlaku?

Pep Guardiola menurunkan semula Sergio Aguero sebagai penyerang utama dengan Gabriel Jesus diletakkan di bangku simpanan.

EL MAGO: David Silva in action on his return to the side.

Sementara kapten Vincent Kompany kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan semasa melawan Man United dan David Silva selepas dua perlawanan terakhir.

Perlawanan di babak pertama agak hambar dengan pasukan pelawat lebih banyak bertahan, menyukarkan City mencari ruang. Ia seakan menjadi gaya kebanyakan mana-mana pasukan lawan musim ini.

City melakukan percubaan jelas pada minit ke-20 apabila hantaran Nicolas Otamendi cuba dirembat masuk Aguero namun melambung tinggi melepasi palang gol Asmir Begovic.

Beberapa minit kemudian Otamendi sendiri melakukan percubaan namun kali ini tendangannya dapat diselamatkan Begovic.

Pada minit ke-27 akhirnya City berjaya merobek pertahanan Cherries apabila hantaran cantik Fernandinho yang kemudian ditanduk masuk Aguero untuk gol ke-100 dicatatnya di Stadium Etihad dari 184 keseluruhan.

Kedudukan tidak berubah dengan 1-0 sehingga ke masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, permainan berubah rentak dengan City bertambah kreatif dalam menembusi pertahanan Bournemouth.

Pada minit ke-53 Raheem Sterling menambah gol kedua melalui hantaran Aguero dari bola awal David Silva yang menambah keyakinan pasukan. Ia merupakan gol ke--12 Sterling dalam Liga Perdana dan ke-16 di kesemua kejohanan musim  ini menjadikannya sebagai penjaring gol terbanyak kelab.

Dua belas minit sebelum wisel penamat, Aguero menyumbat gol ketiga juga melalui tandukan hasil bantuan Bernardo Silva yang turun menggantikan Kevin De Bruyne.

Selang lima minit kemudian, Danilo Luiz yang menggantikan Fabian Delph menambah gol keempat yang juga gol pertamanya buat kelab untuk membawa kemenangan mutlak 4-0 buat Citizens.

Pemain bintang

Sergio Aguero kembali ke prestasi terbaiknya dengan dua jaringan gol serta satu bantuan jaringan untuk dinobat Pemain Terbaik Perlawanan.

Di sebalik kemenangan

City mencatat prestasi terbaik dari awal musim dengan kemenangan ke-18 musim ini dari 19 perlawanan untuk menamat separuh pertama musim ini serta melanjutkan rekod 17 kemenangan berturut-turut.

Memasuki fasa kedua musim ini, City mengumpul 55 mata dengan 60 jaringan gol dan 12 bolos dan jarak 13 mata dengan pencabar terdekat Man United selepas mereka seri 2-2 dengan Leicester.

Ia menjadikan City hanya dua kemenangan untuk menyamai rekod terbaik mana-man aliga utama Eropah dengan Bayern Munich masih memgang rekod 19 kemenangan berturut-turut tahun 2014 juga di bawah bimbingan Guardiola.

Apa seterusnya?

City akan bertandang di St James’ Park bertemu Newcastle United pada 27 Disember sebelum berkunjung ke Crystal Palace di ambang Tahun Baru, 31 Disember 2017.

Selamat Hari Krismas buat anda yang menyambutnya!

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Где смотреть матч Сити – Борнмут?

Berita Pasukan Utama

Где смотреть матч Сити – Борнмут?