quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Leicester 1
Man City 1

เคลาดิโอ บราโว่ ผู้สวมเป็นฮีโร่ในค่ำคืนวันนี้แก่ทัพเรือใบสีฟ้า

เคลาดิโอ บราโว่ ผู้สวมเป็นฮีโร่ในค่ำคืนวันนี้แก่ทัพเรือใบสีฟ้า

Liga Perdana Inggeris (EPL) King Power Stadium Att:31562 Selasa, 19 Disember 2017 7:45:00 PTG

Leicester City

1

Vardy 90+7' (pen)

1 - 1

Manchester City

1
Pengadil
Robert Madley

Leicester City:

  • Hamer
  • Fuchs
  • Maguire
  • Dragovic Benalouane 111’
  • Amartey
  • Chilwell Gray 72’
  • Iborra
  • King
  • Albrighton Mahrez 57’
  • Iheanacho Vardy 57’
  • Okazaki
Pemain simpanan tidak diturunkan
Jakupovic, Simpson, Ulloa

Manchester City:

  • Bravo
  • Mangala Walker 82’
  • Danilo Adarabioyo
  • Zinchenko
  • Gündogan
  • Foden
  • (Dele-Bashiru 90) Touré
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • de Jesus
  • Diaz Nmecha 87’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Ederson, Duhaney, Sané, Delph

Claudio Bravo sekali lagi menjadi wira buat City dalam sepakan penalti penentuan dengan kemenangan 4-3 menentang Leicester untuk mara ke separuh akhir Piala Carabao.

Apa yang telah berlaku?

Penjaga gol asal Chile itu telah membantu City dalam sepakan penalti penentuan di pusingan keempat kejohanan menentang Wolverhampton Wanderers dan kali ini tampil sekali lagi dalam perlawanan suku akhir melawan Foxes di Stadium King Power.

Pep Guardiola merehatkan sebahagian besar para pemain tonggak dengan menurunkan tiga pemain muda dari awal perlawanan; Phil Foden, Brahim Diaz dan Tosin Adarabioyo serta Oleksandr Zinchenko.

Danilo Luiz pula diletakkan di posisi bek tengah buat pertama kali dalam karier bola sepaknya, sementara Yaya Toure di bahagian tengah dan Gabriel Jesus sebagai penyerang utama.

City memperolehi peluang pertama pada minit ke-14 apabila Bernardo Silva menemui ruang dengan melakukan rembatan ke penjuru gawang namun dapat ditepis Ben Hamer.

Seminit kemudian, Ilkay Gundogan pula melakukan percubaan namun dapat dibentes pertahanan tuan rumah sebelum tendangan Bernardo menyasar keluar.

Pada minit ke-26 Gundogan menggelecek bola ke gawang Leicester melepasi tiga pertahanan mereka kemudian dihantar kepada Bernardo yang meledak gol pembuka melalui tendangan jarak dekat.

Bernardo hampir menambah gol kedua beberapa minit kemudian hasil kerjasama dua pemain muda Brahim dan Foden namun hantaran bintang muda England hanya terlepas sejengkal untuk disudahinya.

Sementara itu, bekas penyerang City, Kelechi Iheanacho dua kali melakukan serangan ke gawang Bravo namun kedua-duanya berjaya diselamatkan sehinggala sebelum Gabriel cuba mengambil peluang bola sebelum ditangkap Hamer yang membawa kepada pelanggaran.

Bos Leicester, Claude Puel kemudiannya menurunkan kedua-dua pemain utamanya, Riyad Mahrez dan Jamie Vardy yang membawa perubahan rentak permainan.

Pada masa yang sama, Pep turut menurunkan dua lagi pemain muda Akademi City yang merupakan penampilan pertama mereka untuk pasukan utama iaitu Lukas Nmecha dan Tom Dele-Bashiru.

Dengan lapan minit masa tambahan di separuh kedua berikutan kecederaan hidung berdarah Eliaquim Mangala selepas pelanggaran dengan Vardy, Leicester terus mencari gol penyamaan dengan City berusaha menambah gol kedua.

Dua minit sebelum wisel penamat di masa tambahan biasa, Kyle Walker yang menggantikan Mangala dilayangkan kad kuning dengan dakwaan simulasi walaupun jelas beliau diterjah jatuh oleh Demarai Gray untuk dihadiahkan sepakan penalti.

Vardy kemudiannya menyempurnakan mudah sepakan penalti melepasi Bravo untuk menjadikan kedudukan 1-1 dan membawa perlawanan terbuka semula untuk membawa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit.

Di masa tambahan Zinchenko hampir menemui gol kemenangan namun dapat ditepis keluar Hamer sebelum sepakan percuma Yaya Toure melepasi palang, begitu juga percubaan Mahrez dapat diselamatkan Bravo.

Persis perlawanan di pusingan sebelumnya menentang Wolves pada Oktober lalu, kedudukan turut tidak berganjak yang membawa kepada penalti penentuan menggunakan sistem ABBA.

Gundogan, Yaya, Nmecha, Gabriel Jesus menyempurnakan kesemua empat sepakan penalti City sebelum sepakan Vardy menyimpang keluar diikuti tendangan Mahrez berjaya diselamatkan Bravo yang membawa kepada kemenangan 3-4 buat City.

Ia sekali lagi malam Bravo diangkat menjadi hero!

Pemain bintang

Selain menjaringkan gol pembuka, Bernardo Silva tanpa penat melakukan larian dan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan selayaknya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Di sebalik kemenangan

Citizens menempah tempat ke separuh akhir bersama-sama Arsenal selepas Gunners menang tipis 1-0 dengan dua tempat lagi akan ditentukan pada malam Khamis apabila Manchester United bertemu Bristol City dan Chelsea melawan Bournemouth.

Undian akan dilakukan seusai perlawanan United lawan Bristol dengan perlawanan separuh akhir dibahagikan kepada dua perlawanan. Perlawanan pertama akan berlangsung pada 9/10 Januari dan perlawanan timbal balik pada 23/24 Januari 2018.

Apa seterusnya?

City akan menerima kunjungan Bournemouth hari Sabtu ini, 23 Disember sebelum bertandang di St James’ Park menentang Newcastle United pada 27 Disember dalam jadual padat perlawanan di musim perayaan.

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bangga kendalikan pasukan ini

Laporan Perlawanan

City benamkan Spurs untuk lanjutkan rekod baru

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!