quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Palace 0
Man City 0

​UNBEATEN: Kyle Walker is at the forefront as City salute a fantastic away support.

​UNBEATEN: Kyle Walker is at the forefront as City salute a fantastic away support.

Liga Perdana Inggeris (EPL) Selhurst Park Att: Ahad, 31 Disember 2017 12:00:00 PTG

Crystal Palace

0
0 - 0

Manchester City

0
Pengadil
Jonathan Moss
Sorotan perlawanan

Ederson menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace di Selhurst Park untuk memastikan City kekal tanpa kalah dalam semua 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris sehingga kini.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester City 21 +49 59
2 Chelsea 21 +25 45
3 Manchester United 21 +27 44
4 Liverpool 21 +24 41

Apa yang telah berlaku?

Selepas memberi tekanan kepada Arsenal Rabu lalu dengan kekalahan tipis 2-3 pasukan kendalian Roy Hodgson berkeyakinan untuk mengulanginya ke atas pendahulu liga, dalam menyekat rekod kemenangan berturutan City yang hanya satu lagi untuk menyamai rekod terbaik Eropah dicatat oleh Bayern Munich dengan 19 kemenangan berturut-turut pada musim 2013/14..

Christian Benteke hampir membuka jaringan pada minit minit ke-8 buat tuan rumah apabila berlaku masalah komunikasi antara Eliaquim Mangala dan Ederson namun pantas dihadang pemain pertahanan Perancis tersebut.

Image result for crystal palace 0-0 man city december 2017 ederson

Empat minit kemudian Gabriel Jesus terjatuh dengan kedua-dua belah kelangkangnya terbuka selepas bergelut merebut bola dengan Andros Towsend sebelum sepuluh minit selepas itu terpaksa meninggalkan gelanggang awal dengan tangisan kesakitan berikutan kesan kecederaan dan diganti masuk Sergio Aguero.

Sejurus selepas itu tendangan voli jarak jauh Patrick van Aanholt berjaya ditepis Ederson dengan beberapa percubaan  Aguero dari hantaran Leroy Sane dan Bernardo Silva gagal mengena sasaran termasuk terkena tiang untuk mengakhiri babak pertama tanpa jaringan.

Sekembali di separuh masa kedua, Palace menekan tinggi di sebalik City lebih menguasai posesi bola 71% berbanding 29% oleh tuan rumah.

Ilkay Gundogan turut melakukan percubaan dengan tendangan jarak jauh yan melepasi palang sebelum diganti masuk Raheem Sterling.

City turut dihidangkan beberapa peluang dengan sepakan percuma oleh Kevin De Bruyne namun tidak membuahkan hasil sebelum tendangan rendah Wilfried Zaha menemui Towsend namun melambung tinggi di pintu gol Ederson.

Dalam kedua-dua pasukan memburu gol kemenangan, Palace dihadiahkan sepakan penalti yang mencetuskan kontroversi apabila Sterling didakwa menolak jatuh Zaha dalam petak penalti,namun ia gagal disempurnakan Luka Milijojevic apabil berjaya ditepis keluar Ederson.

Di masa tambahan yang berlanjutan hingga lapan minit, kedua-dua pasukan kehilangan seorang lagi pemain apabila Puncheon melakukan terjahan keras ke atas De Bruyne yang membawa kedua-duanya cedera dan terpaksa diusung keluar sebelum sepakan percuma Yaya Toure yang menggantikan De Bruyne menemui tembok pertahanan.

Rekod kemenangan berturut-turut City lebur di Selhurst Park namun rekod tanpa kalah dalam semua 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim masih berlanjutan.

Di sebalik kemenangan

City yang berada di puncak dikurangkan jurang kepada 14 mata berikutan kemenangan Chelsea ke atas Stoke dan Manchester United diikat seri 0-0 dengan Southampton.

Apa seterusnya?

City akan membuka perlawanan pertama di Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad pada hari Selasa, 2 Januari jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 4 pagi Rabu waktu Malaysia.

Ia kemudian diikuti perlawanan pusingan ketiga Piala FA bertemu Burnley hari Sabtu dan perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao pada hari Selasa.

Selamat Tahun Baru 2018 dari kami semua di Manchester City!

 

 

Previu Perlawanan

Ikuti langsung di Twitter!

palace v city

Ikuti liputan langsung perlawanan Manchester City menentang Crystal Palace dibawakan secara langsung dari Selhurst Park.

Berita Pasukan Utama

Kompany akan kembali beraksi lawan Palace

Berita Pasukan Utama

Pep: Kebolehan adaptasi kunci rekod kemenangan