quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City 3
West Ham United West Ham 0

Persahabatan Pra-Musim Laugardalsvollur Stadium Att: 04 Ogos 2017 14:00:00

Manchester City

3

de Jesus 8'

Agüero 56'

Sterling 71'

3 - 0

West Ham United

0
Sorotan perlawanan

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • Kompany Adarabioyo 72’
  • Otamendi Roberts 72’
  • Stones Mangala 59’
  • Touré Luiz Rosa 59’
  • Sané Zinchenko 59’
  • Silva Diaz 71’
  • De Bruyne Foden 59’
  • da Silva Walker 59’
  • de Jesus Veiga de Carvalho e Silva 59’
  • Agüero Sterling 59’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Grimshaw, Muric

West Ham United:

  • Hart
  • Zabaleta Byram 45’
  • Ogbonna
  • da Rocha Fonte
  • Masuaku
  • Fernandes Makasi 86’
  • Noble Rice 45’
  • Obiang
  • Ayew Holland 86’
  • Arnautovic Snodgrass 62’
  • Martinez Lopez Hernández Balcázar 45’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Collins, San Miguel del Castillo

Manchester City menamatkan pramusim mereka dengan bergaya selepas menang 3-0 ke atas West Ham United di Stadium Laugardalsvöllur, Reykjavik, Iceland petang Jumaat.

Gol dari Gabriel Jesus, Sergio Aguero dan Raheem Sterling membawa kemenangan yang menambah lagi kecemerlangan sejak dua perlawanan terakhir pramusim di Amerika Syarikat dengan skuad yang bewajah baru.

Barisan Pemain

City sekali lagi menurunkan tiga pemain pertahanan dengan Vincent Kompany, John Stones dan Nicolas Otamendi, sementar Danilo di sayap kanan dan Leroy di sayap kiri.

Yaya Toure sekali lagi menjadi ‘jantung’ di bahagian tengah yang membenarkan David Silva dan Kevin De Bruyne bergerak bebas mencipta peluang di belakang Aguero dan Gabriel.

Ederson dipertanggunjawabkan menjaga gawang dengan Claudio Bravo baru sahaja pulang dari bercuti, manakala Bernardo Silva tampil buat kali pertama selepas terlibat dalam Piala Konfederasi di Rusia.

Apa yang telah berlaku?

City bermula dengan meyakinkan dan membuka jaringan hanya selepas lapan minit perlawanan dengan penyudahan cantik Gabriel Jesus dari hantaran De Bruyne.

Ia diikuti percubaan Aguero dari hantaran silang Silva namun dapat diselamatkan Joe Hart sebelum Jesus sekali lagi mengancam gawang Hammers namun sempat dihadang Angelo Ogbonna.

City yang lebih mendominasi permainan hampir digugat oleh bekas bintang Blues, Pablo Zabaleta apabila hantarannya cuba ditanduk masuk Tony Martines namun melambung tinggi.

Sejurus kemudian Sane menemui Danilo yang kemudiannya cuba menendang dari sisi, namun dengan tangkas ditepis oleh Hart untuk membawa kedudukan 1-0 ke masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, Aguero menambah gol kedua pada minit ke-56 dengan rembatan cantik dari hantaran lintang Silva sebelum Sterling yang diturunkan dari bangku simpanan menyumbat gol ketiga pada minit ke-71 untuk memberi kemenangan ketiga berturut-turut perlawanan peramusim.

Guardiola telah turut memberi peluang minit permainan kepada Bernardo, Oleksandr Zinchenko, Phil Foden, Eliaquim Mangala, Fernandinho, Kyle Walker, Patrick Roberts, Brahim Diaz dan Tosin Adarabioyo.

Pemain bintang

Danilo sekali lagi mempamerkan bakat yang ada padanya dan kali ini di sayap kanan. Beliau telah menambah kelajuan, tenaga dan kehadiran fizikal di bahagian sayap City dan pasukan keseleruhan tampak lebih dinamik.

Image result for pep guardiola iceland vs west ham

Apa seterusnya?

Guardiola dan skuad akan terbang kembali ke Manchester untuk persiapan akhir musim baru Liga Perdana Inggeris 2017/18 dengan perlawanan pembuka pada hari Sabtu, 12 Ogos di Brighton.

Berita Pasukan Utama

Siaran langsung City vs West Ham dari Iceland

Ikuti siaran langsung khas buat anda di Malaysia, perlawanan persahabatan terakhir City menentang West Ham United dari Stadium Laugardalsvöllur, Reykjavik, Iceland.

Pep Guardiola mempersiapkan skuadnya untuk persediaan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan terakhir 'Super Match' melawan Hammers..

Berita Pasukan Utama

Pep seru prestasi sama lawan West Ham

Pep Guardiola mahu melihat para pemainnya meneruskan prestasi cemerlang dalam dua perlawanan terakhir di AS semasa berhadapan West Ham United hari Jumaat ini.

Pep seru prestasi sama lawan West Ham sebagaimana ketika menentang Real Madrid dan Tottenham di Amerika Syarikat...

Galeri Foto

City ke Iceland: Galeri Kembara