quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Girona 1
Man City 0

Persahabatan Estadi Montilivi Att:10,235 15 Ogos 2017 16:00:00

Girona FC

1

Portugués Manzanera 14'

1 - 0

Manchester City

0
Pengadil
Medié Jimenez
Sorotan perlawanan

Girona FC:

  • Iraizoz
  • Maffeo
  • Muniesa
  • Espinosa
  • Alcalá Boulaya 60’
  • Benítez Ramalho 60’
  • Portugués Manzanera Planas 60’
  • García Soares de Paulo 60’
  • Pons Moreno 60’
  • Granell Nogué García 60’
  • Stuani
Pemain simpanan tidak diturunkan
Bounou, Ramírez López, Olivas Alba, Suárez

Manchester City:

  • Bravo
  • Adarabioyo
  • Mangala
  • Stones Otamendi 45’
  • Touré
  • Veiga de Carvalho e Silva
  • Sané
  • Foden Gündogan 71’
  • da Silva
  • Diaz de Jesus 71’
  • Sterling
Pemain simpanan tidak diturunkan
Santana de Moraes, Roberts, Grimshaw, Kompany, Silva, Luiz Rosa, Zinchenko, Agüero, De Bruyne

Manchester City tewas 1-0 kepada Girona FC dalam Pep Guardiola memberi peluang kepada pemainnya beraksi dalam persiapan perlawanan pertama di Stadium Etihad menentang Everton Isnin depan.

City mempamerkan permainan agak memuaskan namun bergelut untuk mencipta peluang jelas selepas Girona mendahului perlawanan pada minit ke-14 dengan gol kemenangan tunggal oleh Portu.

Pasukan

Bernardo Silva dan Claudio Bravo yang terlibat dalam Piala Konfederasi musim panas di Rusia diturunkan buat pertama kali dalam kesebelasan utama dengan dua pemain muda City yang menyerlah semasa pramusim iaitu Brahim Diaz dan Phil Foden turut diberi peluang.

City sekali lagi dengan formasi tiga pemain pertahanan dengan dibarisi oleh Tosin Adarabioyo, John Stones dan Eliaquim Mangala, sementara Danilo dan Leroy Sane di bahagian sayap.

Manakala Yaya Toure menjadi tonggak di bahagian tengah bersama Foden dan Bernardo membantu Diaz dan Raheem Sterling di bahagian serangan.

Apa yang telah berlaku?

Sterling melakukan percubaan jelas pertama City dengan rembatan cantik pada awal minit perlawanan namun ia dapat ditepis oleh penjaga gawang tuan rumah, Gorka Iraizoz.

Ledakan gol Portu pada minit ke-14 dari luar kotak penalti dari hantaran Aday Benitez memberi kelebihan kepada tuan rumah yang mendapat sorakan gamat penyokong tempatan seramai lebih 10 ribu yang membanjiri Stadium Montilivi yang berkapasiti 13,500.

Christian Stuani hampir menambah gol kedua Girona dengan tendangan rendah namun berjaya diselamatkan Bravo untuk mengakhiri kedudukan 1-0 di masa rehat.

Sekembali di separuh masa kedua, Ilkay Gundogan diturunkan menggantikan Phil Foden selepas direhatkan selama lapan bulan akibat kecederaan semasa menentang Watford bulan Disember tahun lalu.

Sementara Brahim Diaz pula diganti masuk oleh Gabriel Jesus dengan dua pemain City yang dipinjamkan ke Girona, Pablo Maffeo dan Aleix Garcia turut beraksi.

Bernardo hampir menyamakan kedudukan namun dapat diselamatkan Iraizoz sebelum tendangan padu Gabriel Jesus sedikit melepasi palang.

Leroy Sane turut berpeluang menyamakan kedudukan namun ia pantas dibentes barisan pertahanan Girona sebelum sempat menyudahinya.

Jelas,ia bukan hari City, namun ia hari bersejarah buat Girona dalam persiapan mereka menempuh musim pertama dalam sejarah kelab tersebut beraksi dalam La Liga Sepanyol bermula hujung minggu ini selepas dipromosi dari Segunda Division (Liga Kedua). Tahniah Girona dan selamat maju jaya di Lal Liga!

Apa seterusnya?

City akan berhadapan Everton dalam perlawanan pertama di Stadium Etihad dalam Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 pada jam 8 malam Selasa 21 Ogos waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Selasa 22 Ogos waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad ke kem latihan Girona

Manchester City terbang ke Sepanyol untuk menjalani latihan sebelum menyambung kembali saingan Liga Perdana Inggeris minggu depan.

Senarai skuad Manchester City untuk perlawanan persahabtan menentang Girona FC.

Berita Pasukan Utama

Kompany puji permainan sabar City

Vincent Kompany percaya kemenangan Manchester City 2-0 dalam Liga Perdana Inggeris di Brighton bukti yang pasukan Pep Guardiola telah belajar dari musim lalu.

Reaksi Vincent Kompany dan Kyle Walker selepas kemenangan Manchester City 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion.

Berita Pasukan Utama

Pep: Lebih banyak lagi akan hadir dari City

Pengurus Pep Guardiola mengumumkan yang beliau gembira yang City mengharungi cabaran pertama musim baru Liga Perdana Inggeris dengan meraih tiga mata, namun berjanji masih banyak lagi akan hadir dari pasukan.

Reaksi Pengurus City, Pep Guardiola seusai kemenangan pasukan 2-0 ke atas Brighton