quote linkedin dugout

Laporan Perlawanan | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Bournemouth 1
Man City 2

Liga Perdana Inggeris (EPL) Vitality Stadium Att:10419 26 Ogos 2017 11:30:00

Bournemouth

1

Daniels 13'

1 - 2

Manchester City

2

de Jesus 21'

Sterling 97'

Pengadil
Mike Dean
Sorotan perlawanan

Bournemouth:

  • Begovic
  • Smith
  • Daniels
  • Mings
  • Aké
  • Cook
  • Surman
  • Arter
  • Gosling
  • Defoe Mousset 94’
  • King
Pemain simpanan tidak diturunkan
Cook, Smith, Fraser, Boruc, Ibe

Manchester City:

  • Santana de Moraes
  • da Silva
  • Mendy
  • Kompany
  • Otamendi
  • Silva Stones 100’
  • Luiz Rosa
  • De Bruyne
  • Sterling
  • Veiga de Carvalho e Silva Agüero 66’
  • de Jesus Sané 82’
Pemain simpanan tidak diturunkan
Touré, Bravo, Delph, Mangala

Manchester City meraih tiga mata penuh selepas berhempas pulas dengan gol kemenangan di minit terakhir masa tambahan ke atas Bournemouth oleh Raheem Sterling sebelum dikenakan kad merah.

Pos Pasukan P BG Mt
1 Manchester United 3 +10 9
2 Liverpool 3 +5 7
3 Huddersfield Town 3 +4 7
4 Manchester City 3 +3 7

Susunan Pemain

Pep Guardiola melakukan beberapa perubahan ke atas pasukannya yang seri dengan Everton minggu lalu dengan membawa turun Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Danilo dalam kesebelasan utama serta menampilkan Benjamin Mendy buat pertama kali.

Gabriel Jesus menjadi pilihan dengan Sergio Aguero ditempatkan di bangku simpanan, begitu juga John Stones dengan formasi 4-3-3.

Apa yang telah berlaku?

Pasukan kendalian Eddie Howe mencari kemenangan pertama selepas kalah dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini ini, juga kemenangan pertama dengan tewas dalam empat pertemuan terakhir dengan Manchester City.

Image result for charlie daniels v man city

Cherries mendahului pelawat dengan rembatan cantik Charlie Daniels pada minit ke-13 yang jelas menyukarkan Ederson Moraes untuk menyelamatkannya.

Lima minit kemudian Jermain Defoe hampir menambah gol kedua buat tuan rumah melalui hantaran Dan Gosling namun berjaya diselamatkan Ederson sebelum ledakan gol penyamaan oleh Gabriel Jesus dari hantaran David Silva pada minit ke-21.

Sejurus kemudian, Jesus telah dihadang jatuh dengan sengaja oleh Nathan Ake dalam percubaan mencari gol kedua yang sepatutnya membawa kepada kad merah. Namun hanya dilayangkan kad kuning oleh Mike Dean yang menimbulkan kemarahan para penyokong City.

City mempamerkan permainan cantik dengan siri hantaran kemas oleh Kevin De Bruyne, David Silva dan Bernardo Silva. Sementara Mendy dan Danilo mengawal bahagian sayap yang turut kerap mencipta peluang dan memberi umpanan.

Kedudukan tidak berubah di masa rehat dengan terikat 1-1. Sekembali di separuh masa kedua, Aguero diturunkan menggantikan Bernardo dengan baki setengah jam perlawanan dan hantaran Mendy hampir menghasilkan gol kemenangan namun tendangan bola Silva melambung tinggi.

Defoe turut hampir menemui gol kemenangan buat Cherries namun dapat diselamatkan Ederson diikuti tendangan padu Josh King terkena tiang.

Gabriel turut berpeluang menemui gol kemenangan namun tendangan jarak dekatnya menyasar keluar, begitu juga percubaan tandukan Nicolas Otamendi yang terkena tiang sebelum hantaran Danilo di masa tambahan disudahi Sterling yang menggamatkan suasana di Stadium Vitality.

Selepas dikenakan kad kuning pada awalnya, Sterling dilayangkan kad kuning kedua lantas kad merah kerana didakwa Mike Dean meraikan gol kemenangan di minit akhir bersama para penyokong secara berlebihan yang telah menimbulkan kontroversi.

Sebelas kad kuning dan satu kad merah sepanjang perlawanan, namun tiga mata berharga diraih untuk dibawa pulang sebagai hadiah manis buat para penyokong yang datang jauh!

Apa seterusnya?

Saingan bola England dan Eropah dihenti seketika untuk rehat antarabangsa memberi laluan kepada perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018.

City akan menerima kunjungan Liverpool pada hari Sabtu, 9 September sebelum memulakan cabaran Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan dengan bertandang ke Feyenoord, Belanda pada 13 September.

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Bournemouth vs Man City

Bournemouth merupakan lawan City seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan dengan Cherries.

Tarikh dan masa perlawanan, lokasi dan siaran langsung TV...

Berita Pasukan Utama

Mendy bakal debut lawan Bournemouth

Benjamin Mendy kemungkinan akan tampil buat kali pertama buat Manchester City di Bournemouth Sabtu ini.

Sidang media Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Bournemouth.

Galeri Foto

Persiapan skuad ke Bournemouth