quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Oxford United
Man City

Manchester City champions Carabao Cup 2018

Manchester City champions Carabao Cup 2018

Piala Liga (Carabao Cup) Kassam Stadium Selasa, 25 September 2018 7:45 PTG

Oxford United

Prestasi Terkini

K K M M M K Seri
lwn

Man City

Prestasi Terkini

Seri M M M M K M
Pengadil
Roger East
Kali Terakhir
0-3 City, 25/9/18

Manchester City akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan Carabao Cup yang dijulang musim lalu dengan bertemu Oxford United di pusingan ketiga musim ini.

Bila dan di mana?

City akan berkunjung ke Stadium Kassam bertemu pasukan yang kini menduduki tangga ke-23 League One (Divisyen Ketiga).

Perlawanan akan berlangsung hari Selasa, 25 September bermula jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Tiada siaran langsung disiarkan di UK, mahupun di tanahair, namun seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Image result for kassam stadium

Berita Pasukan

City: Kevin De Bruyne, Claudio Bravo kedua-dua masih direhatkan berikutan kecederaan jangka masa panjang. Sementara Benjamin Mendy diragui berikutan kecederaan kaki dan telah terlepas perlawanan menentang Fulham, Lyon dan Cardiff. Manakala Danilo masih berlatih untuk kecergasan penuh selepas pulih dari kecederaan selama dua bulan.

Oxford: Pasukan kendalian Karl Robinson dilanda ramai pemainnya yang cedera dengan kecederaan baru Marcus Browne (lutut) dan Jamie Mackie (pinggul). Ia menambah senarai panjang kecederaan sedia ada; Rob Hall, Camero Brannagan, Samir Carruthers, Tsun Dai, Simon Eastwood, Fabio Lopes dan Tony McMahon.

Image result for oxford united 2018

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 13 kali dalam semua kejuaraan antara januari 1974 sehingga Mac 1998 dengan City menang enam kali, seri dua dan Oxford menang lima kali.

Kemenangan terakhir City ke atas Oxford di catat pada Februari 1997 dengan jaringan 4-1 hasil dua gol Georgi Kinkladze, sementara Uwe Rosler menambah gol ketiga dan gol sendiri menyempurnakan kemenangan.

Pertemuan terakhir

Dalam pertemuan terakhir di Maine Road, City tewas 2-0 kepada Oxford pada Mac 1998.

Prestasi Pasukan

City: Pasukan Pep Guardiola kini menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas enam perlawanan dengan perlawanan terakhir Sabtu lalu menyaksikan Blues menumpaskan Cardiff 5-0 di tempat lawan.

Image result for cardiff 0-5 man city

Oxford: United kini menduduki tempat ke-23 dari 24 pasukan EFL League One (Divisyen Ketiga) selepas Sembilan perlawanan dengan perlawanan terakhir menyaksikan mereka tewas 2-1 di laman sendiri kepada Walsall.

Berita Pasukan Utama

Pep puji ‘bakat istimewa’ Mahrez

CARDIFF CHALLENGE: Pep Guardiola

Pep Guardiola telah memuji Riyad Mahrez selepas pemain antarabangsa Algeria tersebut menajringkan dua gol pertamanya buat City dalam kemenangan 5-0 di Cardiff.

Laporan Perlawanan

Aksi lima bintang City bungkamkan Cardiff

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu sesuai diri gaya permainan Cardiff