quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City
Lyon Lyon

Manchester City vs Olympique Lyonnais UCL

Manchester City vs Olympique Lyonnais UCL

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Rabu, 19 September 2018 8:00 PTG

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
lwn

Lyon

Prestasi Terkini

Seri Seri Seri M K M M
Pengadil
Daniele Orsato
Kali Terakhir
Man City 1-2 Lyon, 19/9/18

Segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan Manchester City dengan Olympique Lyonnais dalam perlawanan pertama Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah musim 2018/19.

Bila dan di mana?

City akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Perancis di Stadium Etihad pada hari Rabu, 19 September dengan perlawanan bermula jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan disiarkan di saluran BT Sport 3 di UK, sementara untuk para peminat tanahair keputusan Astro untuk tidak membeli hak penyiaran tayangan langsung perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah musim ini ditarik balik di minit-minit akhir atas desakan para pelanggan. Kami akan mengemaskini saluran manakah akan menyiarkannya selepas diumumkan Astro nanti.

Seperti biasa kami akan membawa liputan langsung perlawanan di akau Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS 

Related image

Berita Pasukan

City: Kevin De Bruyne dan Claudio Bravo direhatkan berikutan kecederaan ligament lutut dan tendon. Begitu juga Danilo yang masih dalam proses pemulihan. Sementara Sergio Aguero dan masih belum pasti dapat beraksi selepas mengalami hantukan semasa melawan Fulham, dan Benjamin Mendy mengalami kecederaan lutut.

Lyon: Penyerang Amine Gouiri diketepikan kerana mengalami kerosakan ligamen lutut. Manakala Moussa Dembele yang berpindah dari Celtic pada 1 September dijangka akan tampil buat pertama kali selepas ditemptakan di bangku simpanan hujung minggu lalu.

Rekod pertemuan

Ia akan menjadi pertemuan pertama kedua-dua pasukan selepas diundi dalam Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah musim 2018/19 bersama-sama dengan Shakhtar Donetsk dan Hoffenheim.

Prestasi terkini

City: Juara bertahan Liga Perdana Inggeris kini di kedudukan ketiga selepas lima perlawanan dengan empat kemenangan dan satu seri dan perlawanan terakhir menyaksikan pasukan Pep Guardiola menang 3-0 ke atas Fulham di Stadium Etihad pada hari Sabtu, jaringan gol Leroy Sane, David Silva dan Raheem Sterling.

Image result for city 3-0 fulham

Lyon: Pasukan kendalian Bruno Génésio kini di kedudukan ke-7 League 1 Perancis selepas 5 perlawanan dengan dua kemenangan, dua seri dan satu kalah. Perlawanan terakhir mereka telah menyaksikan mereka diikat 2-2 dengan Caen di tempat lawan dengan jaringan gol Nabil Fekir dan Ferland Mendy.

Image result for caen 2-2 lyon nabil

Layak ke Liga Juara-Juara

City: Juara Liga Perdana Inggeris untuk melayakkan diri ke liga elit Eropah dan turut merangkul kejuaraan Piala Liga (Carabao Cup).

Lyon: Tempat ketiga mengiringi PSG sebagai juara dan Monaco, naib juara.

Sejarah Liga Juara-Juara Eropah

City: Ini merupakan tahun kelapan berturut-turut Citizens layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, rekod terlama dipegang oleh mana-mana pasuakn Liga Perdana Inggeris. Pencapaian terbaik City dalam kejuaraan berjaya sampai ke semifinal pada musim 2015/16 apabila kalah tipis dengan agregat 1-0 kepada Real Madrid. Musim lalu City disingkirkan Liverpool di suku akhir dengan agregat 5-1.

\Image result for city v liverpool ucl

Lyon: Pasukan Perancis tersebut layak bersaing dalam UCL sebanyak 12 kali dan pencapaian terbaik mereka sampai ke semifinal musim 2009/10 selepas berjaya ke suku akhir tiga musim berturut-turut sebelumnya. Musim lalu, Lyon mara ke semifinal Liga Europa, tewas kepada Ajax dengan agregat 5-4.

Related image

Pertalian kelab

Pemain pertahanan Belgium, Jason Denayer berpindah ke Lyon secara kekal musim panas lalu selepas bersama City sejak 2013 dari Akademi kemudian dipinjamkan ke Celtic, Galatasaray dan Sunderland.

Image result for caen 2-2 lyon

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kecederaan Aguero akan diperiksa

Laporan Perlawanan

City tundukkan Fulham tiga gol tanpa balas

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya kagum dengan Fulham

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola addresses the media ahead of the game

Pep Guardiola mengesahkan yang Raheem Sterling dalam pemilihan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham hari Sabtu di Stadium Etihad.