quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City
Brighton

Man City vs Brighton and Hove Albion preview

Man City vs Brighton and Hove Albion preview

Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu, 29 September 2018 3:00 PTG

Man City

Prestasi Terkini

Seri M M M M K M
lwn

Brighton

Prestasi Terkini

M K K Seri Seri K K
Pengadil
Lee Mason
Kali Terakhir
City 2-0 Brighton, 29/9/18

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris hari Sabtu ini dengan berhadapan Brighton & Hove Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Bila dan di mana?

Pasukan Pep Guardiola akan menjadi tuan rumah kepada sang burung camar (Seagulls) di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 29 September dengan perlawanan bermula jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Perlawanan akan disiarkan di saluran Astro SuperSport  816/834 HD.

Image result for etihad stadium 2018

Berita Pasukan

City: Citizens masih ketiadaan Kevin De Bruyne yang cedera ligamen lutut, begitu juga Claudio Bravo yang mengalami kecederaan otot tendon kaki. Manakala Benjamin Mendy, masih diragui dapat beraksi semula.

Brighton: Pasukan Chris Hughton ketiadaan Dale Stephens (hamstring) dan Pascal Gross (buku lali), sementara Jose Izquierdo masih belum pasti dapat bermain.

Image result for chris hughton brighton 2018

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 19 kali dengan City menang 10, seri 4 dan kalah 5. Perlawanan  terakhir pada 9 Mei 2018 telah menyaksikan City menang 3-1 di Stadium Etihad hasil gol Danilo, Bernardo Silva dan Fernandinho.

Image result for man city 3-1 brighton

Prestasi Terkini

City: Blues kini menduduki tangga kedua di belakang Liverpool selepas enam perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 5 perlawanan dan seri 1, serta menghasilkan 19 gol. Perlawanan terakhir menyaksikan City menang 3-0 di Oxford dalam pusingan ketiga Carabao Cup, Selasa lalu.

Brighton: Seagulls sekarang di kedudukan ke-13 carta Liga Perdana selepas enam perlawanan dengan meraih 1 kemenangan, 2 seri dan 3 kalah dan mengumpul 8 gol. Perlawanan terkahir Brighton kalah tipis 1-2 kepada Spurs di laman sendiri dalam Liga Perdana, Sabtu lalu.

Image result for brighton 1-2 spurs

Pengadil

Lee Mason akan mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-7 musim ini nanti.

Image result for lee mason 2018

Berita Pasukan Utama

Guardiola intai lebih kejayaan Piala Liga

Laporan Perlawanan

City mara ke pusingan keempat Piala Liga

Previu Perlawanan

Misi pertahankan Carabao Cup bermula!

Manchester City champions Carabao Cup 2018

Manchester City akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan Carabao Cup yang dijulang musim lalu dengan bertemu Oxford United di pusingan ketiga musim ini.