quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Tottenham
Man City

Tottenham Hotspur vs Man City EPL

Tottenham Hotspur vs Man City EPL

Liga Perdana Inggeris (EPL) Isnin, 29 Oktober 2018 8:00 PTG

Tottenham

Prestasi Terkini

M M M M K Seri M
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Kevin Friend
Kali Terakhir
Spurs 0-1 Man City, 29/10/18

Manchester City kembali meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan menghadapi Tottenham Hotspur dalam perlawanan ke-10 musim ini.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Wembley pada hari Isnin, 29 Oktober jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Image result for wembley stadium spurs

Berita Pasukan

City: Pasukan Pep Guardiola dijangka masih tanpa Ilkay Gundogan yang cedera hamstring, Danilo (lutut), Claudio Bravo (otot tendon) sementara Fabian Delph dimaklumkan bos dalam pemilihan skuad.

Image result for fabian delph 2018/19

Tottenham: Mauricio Pochettino tanpa Jan Vertonghen (hamstring), Vincent Janssen (kaki) yang terpaksa direhatkan sehingga Disember. Sementara Victor Wanyama (hamstring), Danny Rose (pangkal paha) dan Dele Alli (hamstring) akan menjalani ujian kecergasan sebelum perlawanan.

Pengadil Perlawanan

Kevin Friend

Image result for kevin friend 2018/19

Prestasi Pasukan

City: Selepas sembilan perlawanan Citizens mendahului Liga Perdana Inggeris dan perlu meraih kemenangan untuk kembali ke puncak selepas Liverpool dan Chelsea meraih kemenangan masing-masing.

Image result for donetsk v man city 2018/19

Selain itu, City turut mendahului Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah selepas menang 3-0 di Shakhtar Donetsk, Selasa lalu serta akan menghadapi Fulham dalam pusingan keempat Carabao Cup Rabu ini.

Tottenham: Spurs kini di kedudukan kelima selepas sembilan perlawanan dan kemenangan ke atas City akan membawa pasukan ke kedudukan ketiga, manakala seri atau kalah tidak akan merubah kedudukan mereka.

Image result for inter 2-1 spurs 2018/19

Dalam Liga Juara-Juara Eropah di kedudukan ketiga Kumpulan B di belakang Barcelona dan Inter Milan, Spurs selepas tewas 2-1 di Itali. Manakala dalam Carabao Cup, mereka akan bertemu West Ham Rabu ini di pusingan keempat.

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 155 kali di kesemua kejuaraan dengan City menang 60, seri 35 dan kalah 60 kepada pasukan London tersebut.

Pertemuan terakhir pada 14 April 2018 telah menyaksikan City berjaya menumpaskan Spurs 3-1 di Wembley hasil gol Gabriel Jesus, ilkay Gundogan dan Raheem Sterling, gol Spurs pula dijaringkan Christian Eriksen.

Image result for spurs 1-3 man city 2018

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saingan EPL musim ini lebih sengit

Sidang media Pep Guardiola vs Spurs

Pep Guardiola percaya yang pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini lebih sukar berbanding musim Manchester City menjuarainya dengan memecah deretan rekod musim lalu.

Berita Pasukan Utama

Pep puji kehebatan City selepas menang di Ukraine

Laporan Perlawanan

City pamer aksi hebat jinakkan Shakhtar di Ukraine