quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Man City
Burnley

Previu Perlawanan Manchester City vs Burnley EPL

Previu Perlawanan Manchester City vs Burnley EPL

Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu, 20 Oktober 2018 3:00 PTG

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
lwn

Burnley

Prestasi Terkini

Seri K K K Seri M K
Pengadil
Jonathan Moss
Kali Terakhir
Man City 5-0 Burnley, 20/10/18

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabangsa bulan Oktober dengan menghadapi Burnley untuk perlawanan ke-9 liga musim ini.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 20 Oktober jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Image result for etihad stadium 2018

Berita Pasukan

Manchester City

Kevin De Bruyne kembali berlatih penuh selepas sembuh dari kecederaan lutut yang dialaminya sejak bulan Ogos dan kemungkinan akan kembali beraksi.

Namun Fabian Delph dijangka kekal direhatkan, sementara Ilkay Gundogan turut tidak dapat bermain selepas terlepas perlawanan terakhir seri 0-0 dengan Liverpool berikutan kecederaan semasa kemenangan 2-1 ke atas Hoffenheim.

Penjaga gol, Claudio Bravo kekal direhatkan dengan kecederaan jangka panjang otot paha.

Burnley

 Pasukan kendalian Sean Dyche kemungkinan akan ketiadaan beberapa pemainnya yang terlibat dalam tugasan antarabangsa termasuk James Tarkowski yang terpaksa menarik diri dari skuad England menentang Croatia dan Sepanyol kerana masalah pangkal paha.

Sementara Robbie Brady (hamstring) dan Ben Gibson (hernia) menambah senarai kecederaan sedia ada dengan penjaga gol Nick Pope yang direhatkan akibat kecederaan masa panjang di bahagian bahu.

Pengadil

Jonathan Moss

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan terlah bertemu sebanyak 98 kali di kesemua kejuaraan dengan City meraih 44 kemenangan, 25 seri dan 29 kalah.

Pertemuan terakhir menyaksikan City diikat seri 1-1 oleh Burnley di Turf Moor pada 3 Februari hasil jaringan Danilo minit ke-22 sebelum disamakan Gudmundsson minit ke-82.

Image result for burnley 1-1 City danilo

Prestasi Pasukan

City

Pasukan Pep Guardiola kini mendahulu Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 20 mata mendahulu Liverpool dan Chelsea dengan jumlah mata yang sama, tapi dengan kelebihan perbezaan gol 18. City turut menghasilkan 21 gol berbanding hanya 3 bolos.

Perlawanan terakhir City di Anfield berjaya mengikat tuan rumah, Liverpool tanpa jaringan.

Image result for liverpool 0-0 city

Burnley

Pasukan Lancashire ini menduduki tangga ke-12 Liga Perdana dengan mengumpul 8 mata dengan dua menang, dua seri dan empat kalah serta menghasilkan 10 gol berbanding 12 bolos.

Perlawanan terakhir Burnley menyaksikan Clarets diikat pelawat Huddersfield 1-1.

Image result for burnley 1-1 huddersfield

Pertalian pasukan

Beberapa pemain telah bermain untuk kedua-dua pasukan termasuk Mike Summerbee, Dennis Tueart, Willie Donachie, Ben Mee dan terakhir Joe Hart.

Image result for joe hart man city

Mantan penjaga gol City yang berpindah ke Burnley musim panas lalu merupakan ikon kelab selepas bersama Blues selama 11 tahun dengan 348 penampilan serta merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan dua Piala Liga.

Selamat kembali Joe!

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad September

Berita Pasukan Utama

Aguero dan De Bruyne calon Ballon d’Or 2018

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola gembira permainan City di Anfield