quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2018/19

Video Galeri Foto

Liverpool
Man City

Jurgen Klopp vs Pep Guardiola

Jurgen Klopp vs Pep Guardiola

Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad, 7 Oktober 2018 4:30 PTG

Liverpool

Prestasi Terkini

M K Seri M M M Seri
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Martin Atkinson
Kali Terakhir
Liverpool 0-0 Man City, 7/10/18

Manchester City akan berkunjung ke laman Liverpool, petang Ahad untuk menamatkan badi lama Anfield dengan hanya dua kemenangan dicatat dalam masa 62 tahun.

Bila di mana?

Pasukan Pep Guardiola meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris sebagai pendahulu dengan hanya dibezakan jumlah gol namun berkongsi mata yang sama dengan pasukan Reds Merseyside.

Perlawanan akan berlangsung pada hari Ahad 7 Oktober jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 11.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Related image

Berita Pasukan

City: Kevin De Bruyne dan Benjamin Mendy dalam bayangan akan kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan dan kedua-duanya telah kembali berlatih semenjak minggu lalu. Namun Claudio Bravo dan Fabian Delph kekal direhatkan dan Ilkay Gundogan akan melalui ujian kecergasan akhir selepas mengalami masalah hamstring semasa kemenangan di Hoffenheim.

Liverpool: Divock Origi baru sahaja sembuh dari kecederaan buku lalu sementara Virgil van Dijk mengalami kecederaan tulang rusuk. Adam Lalllana masih meneruskan proses pemulihan dari kecederaan pangkal paha.

Kali Terakhir

Kunjungan terakhir City musim lalu di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris pada bulan Januari 2018 menyaksikan kekalahan tipis 4-3 selepas meraih kemenangan 5-0 dalam perlawanan awal di Stadium Etihad.

Image result for liverpool 4-3 mancity

Sementara kunjungan kedua dalam Liga Juara-Juara Eropah pula City tewas 3-0 yang membawa Citizens terkeluar dari suku akhir kejuaraan dengan agregat 1-5.

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 210 kali dengan City hanya meraih 54 kemenangan, 52 seri dan kalah 104 kepada Liverpool. Kali terakhir Blues meraih kemenangan di Anfield lebih 15 tahun lalu pada 3 Mei 2003 dengan jaringan 2-1 hasil dua gol Nicolas Anelka.

Image result for anelka liverpool v man city 2003

Pengadil perlawanan

Martin Atkinson akan mengadili perlawanan nanti.

Image result for martin atkinson referee 2018

Prestasi Pasukan

City: Citizens kini menduduki puncak Liga Perdana Inggeris dengan 19 mata dan kelebihan 18 gol berbanding 12 oleh Liverpool. Kemenangan di Anfield nanti akan menentukan pendahulu baru liga.

City mara ke pusingan keempat Carabao Cup selepas menang ke atas Oxford United dan menduduki tempat kedua Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah selepas dua perlawanan. Perlawanan terakhir menyaksikan City menang 2-1 di Hoffenheim Selasa lalu.

Liverpool: Reds menduduki tangga kedua Liga Perdana selepas menghuni di puncak sejak awal musim selama enam minggu sebelum diatasi juara bertahan, City.

Liverpool terkeluar dari Carabao Cup selepas dikalahkan Chelsea, dan menduduki tempat kedua Kumpulan C Liga Juara-Juara selepas dua perlawanan. Perlawanan terakhir menyaksikan mereka tewas 1-0 di Napoli selepas diikat seri Chelsea di Stamford Bridge dalam Liga Perdana sebelumnya.

Image result for napoli 1-0 liverpool

Siapa bakal menang dan bertakhta di puncak liga sebelum rehat antarabangsa nanti? Sama-sama kita lihat. 

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan cuba yang terbaik lawan Liverpool

Berita Pasukan Utama

Pemain City dipanggil galas tugasan antarabangsa

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu sengsara untuk berjaya